Up
Monday, August 7, 2017
Sunday, January 3, 2016
First day anak sekolah 2016
Cerita hari ini
Muiz
Masuk darjah satu. Hantar dia dlu td. Tunjuk kelas, lps tu pegi perhimpunan. Ummi tunggu je kt belakang tengok sampai 7.45pg. Lps tu baru pegi sekolah Qayyuum Fattah
Muiz dpt sumbangan pencil case td. Sbb ade YB dtg, bg sumbangan utk murid darjah 1
Amik Muiz balik skolah 12.50, lps tu terus hantar skolah agama. Bawakkan bekal makanan. Tunggu dia salin baju semua. Dah hantar g kls, dah jumpa kawan terus tinggalkn balik rumah. Pukul 3.30ptg ayah dtg amik
Qayyuum & Fattah
Ok je kt skolah, sebab tu sekolah. lama abg dia, dia dah biasa lah. Cikgu nak letak Fattah kelas lagi satu, tapi cikgu cakap nanti dulu, bg diorg biasakan diri dulu, sbb dh ddk sama biasanya.
Balik masa amik diorang, tengok Fattah tengah main kat luar kelas. Qayyuum pulak main dalam kelas. Diorang pandai bawak diri masing2. (Actually Qayyuum n Fattah ni tak ngam sangat, jd diorang cari kawan masing2 kot 😂)
Cikgu cakap Fattah dah pandai warna, pandai pegang pensil. Sbb biasa hobi diorang ni mmg menconteng kertas. Huhu
Sebelum balik Fattah jerit kuat2, babai cikgu!! Budak ni mmg terlebih peramah. Dgn cikgu pun dia selamber je
Ummi cuma risau kalau diorang nak gi toilet. Tau x ckp ngn cikgu tu. Huhu
Hadziq
Kebosanan kat rumah. Sebab xde kawan. Asyik nak nangis je ummi nak buat keje. Tadi bagi susu kat botol baru la smpat masakkn untuk Muiz. Huhu
Masing2 tak sabar nak gi sekolah esok.
Status ni panjang lebar sebab nak copy letak kat blog. Kikiki
Saturday, January 2, 2016
Azam nak ajar anak solat sejak kecik
Abang muiz
Arini solat zohor, asar, magrib, isyak, dia solat belakang ummi
Aritu cek bacaan solat dia
Alhamdulillah kbykn dah pass
Dan perasan sejak tu dia rajin ikut solat tanpa disuruh
Target mmg cuti skolah nak pastikan dia dah boleh ingat bacaan solat
Tapi dah ujung2 baru sempat nak ajar
Tu pun revision je sbb kt skolah dah belajar
Jd la tu, tercapai la jgk hajat ummi sebelum bukak skolah. Huhu
Thursday, December 24, 2015
Breastfeeding membantu rahim lbh cepat baik
4x czer
Kalau tanya saya, yg mne paling sakit
Jawapan sy ms lahirkan Qayyuum (2nd)
Bila nak bersalinkan Fattah (3rd), saya jadi takut jd lebih sakit, sbb beza umur Qayyuum dgn Fattah lg rapat
Tapi ajaibnya, proses bersalin Fattah lebih mudah, lbh cpt baik, dah boleh mengiring menyusukan dia awal2 lg.
Saya percaya penyusuan membantu proses utk pulihkan rahim dgn lbh cpt. Dlu masa Muiz (1st), sy x berjaya susukan dia, mungkin tu sbbkn czer lmbt baik, jd lbh sakit ms bersalin ank 2nd.
Beza umur
Muiz&Qayyuum 1y11m
Qayyuum&Fattah 1y6m
Fattah&Hadziq 2y5m
Alhamdulillah merasa nikmat menjadi ibu dan dikurniakan 4org anak. Dan sy enjoy menyusukan anak2 saya =)
Tuesday, August 4, 2015
Pengalaman pertama jaga anak sunat
Al-kisah
Dua hari sebelum abis cuti raya, dua pupu bdk2 ni tetiba nak sunat.
Anak akak ipar pulak sibuk jugak nak sunat. Jadi kak ipar suruh ajak Muiz skali.
Encik Suami pun pujuk la budak2 ni sunat. Muiz n Fattah nak. Qayyuum taknak.
Tapi setelah dipujuk2 nak beli robot transformers diorang pun setuju
Hari Rabu tu kebetulan ada sedara meninggal kat Bukit Gambir. Jadi abg ipar yang nak sunatkan terus suruh sunat kat klinik wife dia je dekat2 situ.
Planning asalnya, nak sunat kat klinik abg ipar tu kat Jementah.
So, ada 4org la yg nak sunat termasuk sepupu diorang. Muiz sunat dulu.
Ummi kat luar ni berdebar je rasa takut Muiz tetiba menjerit nangis. Tapi alhamdulillah ok. Tak nangis pun, doc bius dulu.
Lepas turn Muiz, turn sepupu diorang pulak. Bila dah sudah, terus bawak masuk kereta.
Lepas tu Qayyuum pulak. Dan last skali tiba turn Fattah. Ummi temankan dia sebab ayah dia tgh hantar Qayyuum masuk kereta.
Dengan ummi dia ckp nak tunggu ayah. So, ummi pegi la kat kereta panggil ayah. Ummi jaga Qayyuum pulak kat kereta.
Bila dengan ayah, dia ckp nak ngan ummi pulak. Last2 tak jadi sunat pun. Hahaha
Tapi ummi mmg dah dpt agak dah sbb Fattah ni mmg suka cakap putar belit ckit. Huhuhu
Sepupu diorang yang sunat sama
Muiz muka pucat lepas sunat tu. Byk diam je. Terkejut agaknye. Hehe. Sempat terlelap sekejap
Qayyuum lps sunat rilex je. Tanya sakit x, xsakit pun
Budak tak jadi sunat ni. Geram je ummi tengok muka dia
Dah siap tu, semua port dkt rmh mak mertua. Dekat 3hari jugak la tido sana.
Hari 1st semua terbaring je. Encik Husband dah belikan mainan siap2 untuk lekakan diorang dari sakit tu.
Doc bg 3 jenis ubat. Antibiotik, bengkak dan tahan sakit.
Muiz sambil main mainan tu, dia ckp, abg Muiz rasa nak berdiri la. Maksudnya dia nak main mcm biasa. Huhuhu. Ummi yg seram tengok diadah mulaaktif ckit.
Mlm tu Qayyuum yang sibuk cakap sakit. Ummi srh dia main mainan dia tu. Ayah diorang dah suruh Ucu belikan transformer sorang satu. Esok nanti ucu bawak balik
Husband snap gambar Muiz kat bilik sunat
Hari ke-2 semua dah mula aktif. Dah bangun berjalan2. Ummi yang risau tengok diorang jalan terkengkang2. Hahaha..
Malam tu ucu diorang balik bawak mainan transformers. Makin excired diorang, terus lupa sakit. Hehehe
Dah mula melasak. Padahal xpakai seluar tu. Hehehe
Ucu belikan mainan transformers
Hari Sabtu dah balik rumah sendiri. Qayyuum dah mula pakai seluar.
Muiz tak berani lagi. Padahal luka Qayyuum yg lg byk.
Qayyuum rilex je dah pakai seluar
Muiz dapat cuti seminggu. Patutnya hari Rabu dah naik sekolah. Tapi sambung lagi Rabu Khamis tu. Minggu depan baru naik sekolah.
Kebetulan hari Sabtu tu ada kenduri kat Melaka. Lepas tu ayah diorang ajak gi mandi kat Bayou Lagoon Park Resort.
Tujuannya supaya darah beku n kuping2 tu senang tertanggal bila berendam
Dan ternyata teknik ni berkesan. Mmg bersih bibird diorang lepas tu. Baru la nampak cantik sikit. Huhu..
Suka,diorang dapat mandi. Lupe dah sakit2 tu
Qayyuum ckp sakit jugak bird dia sikit. Huhu
Muiz sebelum mandi tu mmg bila pakai seluar dia akan pegang seluar dia biar tak kena bird dia.
Tapi ayah cakap kalau nak mandi kolam tak boleh pegang
Bila ummi marah tak kasi pegang, dia nangis menahan sebak. Dia pegang hujung baju je buat syarat. Kelakar pulak ummi tengok.
Lps balik mandi tu ok dah boleh main basikal semua dah. Huhu
Alhamdulillah,
Budak2 sunat ni dah aktif
Dah lari2, dah main beskal
Ummi je yg seram takut jatuh beskal
Muiz sblm g skolah tu xnk pakai sluar
Tapi hari skolah ok je dia pakai sluar
Siap lari2 ngn kwn2 kt skolah
Qayyuum steady je
Dari hari ke-4 dah pakai seluar
Main lari2 semua
Tinggal turn Fattah n Hadziq pulak lg 3-4tahun nnt
Tq Mr. Husband tlg handle bdk2 sunat ni
Muiz 6y & Qayyuum 4y
Thursday, March 19, 2015
Support group kami hebat- Shaklee Johor Bahru
Assalam
Mungkin ramai tak tau, kami di Shaklee work as a group. Support each other. Hubungan kami dgn upline, sideline dan downline memang akrab.
Jadi, sangat penting untuk pilih group bisnes Shaklee yang betul. Yang dapat guide kita untuk teruskan bisnes ini. Pilih upline yang tak lepas tangan dan membantu kita untuk capai income 4-5angka.
Support group sangat penting utk memastikan kami sentiasa setiap hari.
Group bimbingan kami di whatsapp, facebook, telegram sangat aktif. Disitu lah kami berbincang segalanya tentang bisnes Shaklee kami.
Selain dari itu, banyak kelas yang dilaksanakan untuk menambah ilmu tentang produk, skill marketing, planning dll. Tapi jgn risau, kalau yang jauh dari upline tu, masih boleh berbincang dan share ilmu melalui online.
Ni antara aktiviti kedua yg saya join. Yang first masa kelas kat branch pada 13/9/2013. Waktu tu baru je mulakan bisnes Shaklee. Bila dah pegi kelas tu, aura yg sy dpt tu memang lain macam. Terus sy pecut pada bulan tu.
Kelas kedua, masa kat rumah side line saya. Kami belajar pasal produk knowledge. Biasa la dah jual supplement, kena ada ilmu pasal supplement kn. Kelas2 macam ni memang penting, baru lah senang kita nak consult customer.
| Antara ahli2 di bawah group saya Ammar Afiat Network yang hadir. Ade sorang yg dah balik dulu masa ni. |
Ni antara kelas yang dibuat tahun lepas. Waktu ni saya baru pregnant Hadziq 5-6minggu. Dan waktu ni jugak,saya diserang asthma yang sangat teruk disebabkan saya jamah sepotong pelam kat rumah mak. Huhu. Pastu serik dah, taknak makan pelam lagi.
Waktu kelas ni, kami leader2 diberi task utk bentangkan topik2 yang dah dibagi2. Biasa lah, dah jadi leader, kena berani bercakap kat depan. Saya dengan tercungap2 bentangkan topik saya masa tu.
Yang ni pulak, kelas basic blog yg dibuat kat rumah upline saya.
Saya memang dah ada blog sebelum ni, tapi tak lah aktif blogging. Rupanya baru saya tau, banyak lg function2 yang saya boleh guna dlm blog ni. Rugi betul tak mahirkan dari awal.
Kami sentiasa dihargai. Itulah satu yang saya suka tentang Shaklee.
Masa ni majlis recognition utk yg berjaya naik rank. Masa ni saya dah naik rank Senior Supervisor. Majlis ni bulan 12 aritu. Saya tengah pregnant 38minggu. Hehe
Yang latest, saya hadir kelas Bangkit utk planning cycle baru. Kelas ni kat Faizland, Bangi. Kebetulan malam tu ada dinner yang saya dipilih utk turut serta. Ambil peluang skali la pegi kelas kat sini.
Malam tu kami ada eksklusif dinner dengan Presidential Master Shahreeza.
Inilah aktiviti saya yang latest bersama geng Shaklee.hehe..
Inilah yang buat saya seronok bershaklee. Ukhwah antara kami yg rapat. Yang baru nak mulakan bisnes Shaklee, jom join group Shaklee saya. Saya guide anda from zero to hero.
Wasap saya segera, 0177304264. Fast action fast result
Sunday, March 15, 2015
Lapan langkah untuk toilet train anak2
Assalam semua
Malam2 ni tak boleh nak tidur pulak sebab siang tadi dah terlebih tidur. Heheh
Sekarang ni tengah train Qayyuum free pampers waktu malam. Waktu malam Qayyuum masih pakai pampers lagi. Muiz dulu berhenti pampers umur 4tahun. Qayyuum ni dah umur 4tahun 2bulan dah. Tu la nak latih dia. Ingat nak latih Fattah sekali tak pakai pampers waktu siang, tapi ummi belum rajin lagi la. Hehehe
Qayyuum ni jenis kuat minum air@susu, so ummi memang tak expect dia akn cepat berenti pampers. Tapi selalu la cakap kat dia, dah besar tak boleh pakai pampers. Dan nampak gaya sekarang, dia dah ready utk tinggalkan pampers waktu malam.
Saya selalu jugak dapat pertanyaan dari kawan2 yang merupakan ibu muda, cara nak ajar anak free pampers. Antara step@ langkah yang saya boleh kongsi ialah:
1. Psycology
Selalu cakap2 pada anak, yang dia dah besar, dah tak boleh pakai pampers.
Waktu tu belum pun berhenti pampers lagi, cuma persediaan psikologi utk anak2 je dulu. Supaya dia tak terkejut.
Dan selalu2 la tanya, 'nak kencing gi mana?', 'nak yak gi mana?'. Latih diorg utk jawab, nak kencing, nak yak, kena gi bilik air. Lama2 diorang akan dapat absorb yang diorang kena kencing/berak kat tandas.
2. Ibu2 kena bersedia mental n fizikal dulu
Hehehe.. nak latih anak ni bukan mudah. Kena banyakkan SABAR. Terkencing tu biasa, mmg banyak keje sikit lah masa nak melatih anak2 ni.
Ibu2 sila tarik nafas panjang2 ye sebelum mulakan training ni.
3. Mulakan dengan train 3-4jam sehari
Untuk permulaan, boleh mulakan dengan latihan 3-4jam sehari. Lepas mandi, kena pesan pada anak, contohnya, cakap pada anak, "Qayyuum, qayyuum tak pakai pampers tau. Kalau nak kencing kena gi bilik air. Rasa nak kencing cakap ummi tau". Cakap byk2 kali ulang2 kat anak, bagi dia ingat.
Dan setiap 15min, bawak dia ke bilik air utk kencing. Perhatikan dia kencing ke tak. Macam saya, saya akan set alarm setiap 15min sebagai reminder. Jadi takde la kita terlupa.
Agak2 dah ok, boleh buat 20min atau setengah jam sekali jarak masanya.
Proses ni penting untuk latih anak menahan pundi kencing utk kencing dengan teratur. Sebab masa pakai pampers kan dia tak kisah bila2 pun boleh membuang.
4. Puji anak jika dia berjaya
Ada hari tertentu yg anak berjaya utk kencing kat bilik air. Ada hari yang tak berjaya, dah terkucil dulu.huhu..
Setiap kali anak berjaya kencing/berak kat toilet, beri pujian kat anak. Cakaplah, contohnya, "Qayyuum pandai, dah pandai kencing kat bilik air. Lain kali nak kencing, kencing kat bilik air tau. Qayyuum kan dah besar"
5. Jangan marah jika dia terkencing/terberak
Apa nak buat bila anak DAH TERKENCING?
Tarik nafas panjang2 dulu untuk mengelakkan kita TERmarah kat anak
Bawak anak terus ke bilik air, sambil nasihatkan dia, lain kali kencing kena pergi ke bilik air.
Besuhkan tempat yang dia kencing tu, mop ape yang patut.
Kalau rasa penat, stop dulu utk hari itu. Pakaikan dia pampers dan bolrh sambung latih anak keesokkan hari.
6. Reward anak sekiranya dia dah berjaya free pampers
Ibu2 boleh janjikan anak dengan sesuatu yg dia suka. Contohnya, kalau anak berjaya berhenti pampers, bwk dia ke tempat kesukaan dia/ belikan aiskrim@coklat kesukaan anak.
7. Latih untuk sesi siang dulu, bila anak dah sedia, baru latih untuk waktu malam.
Untuk waktu malam, seeloknya, jangan bagi dia minum dgn byk 1-2 jam sebelum tidur. Bawa anak ke bilik air utk kencing sebelum tidur.
Kejut anak untuk bangun kencing pada tengah malam. Biasanya dalam.pukul 3-4pagi.
Ulang aktiviti ini sampai anak dah tau dan dapat kontrol utk tidak kencing waktu tengah tidur.
8. Ibu bekerja
Bagi ibu2 yang bekerja, boleh latih anak dalam cuti panjang, atau ambil cuti seminggu untuk latih anak. Boleh jugak meminta bantuan babysitter untuk melatih anak2
Ibu2 boleh menggunakan bekas untuk potty train anak2 jika perlu. Tapi saya tak guna pun. Hehe
Selamat mencuba ibu2.. gud luck n all the best!!
Wednesday, March 4, 2015
Terpilih pegi dinner group Jutawan
Assalam
Alhamdulillah, dapat berita gembira terpilih menyertai Eksklusive Dinner bawah group Jutawan.
Eksklusive tau sebab cuma 3orabg je yang terpilih bawah seorang master. Dan saya salah seorang yang terpilih.
Selain itu, lagi dua orang dibawah group master Malyana Mansor pun terpilih jugak. Kedua2nya dari jb yaitu Kak Erdawaty dan Saadah.
So kitorang bertiga la yang akan pergi dinner tersebut.
Majlis ni akan diadakan pada 7hb Mac di Bangi. Tak sabar sebenarnya nak join. Masa ni la nak amik aura2 positif untuk kita lebih maju dalam bisnes Shaklee ni.
Tak sabar jugak nak bertentang mata dengan kak Cery, founder group Jutawan. Sebab sebelum ni kenal dari jauh je. Nanti kita update pasal event tu 7hb nanti ye. Hihi..
Ini merupakan pencapaian terbaik saya dalam bisnes Shaklee. Ye la kan, bukan semua orang berpeluang untuk turut serta dalam dinner ni kan. Syukur sangat sebab saya terpilih.
Ini pun antara pencapaian yang saya dapat kecapi dalam bisnes ni. Tiap tahun memang ada diadakan National Conference anjuran Shaklee.
Dan pada National Conference pada Jun 2014 yang lepas, saya dapat satu award kategori bisness growth. Alhamdulillah.. semangat bertambah kuat bila kita diiktiraf macam ni.
Selain itu, Shaklee ada juga anjurkan Recognition dan Motivation Rally setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada ahli2 Shaklee yang dapat naik rank.
Kat majlis ni, kita banyak diberi kata2 semangat dan mendorong untuk kita lebih maju ke depan.
Inilah salah satu sebab saya catuh cinta dengan bisnes Shaklee. Setiap pencapaian kita akan diiktiraf
Tuesday, March 3, 2015
Promosi ESP Shaklee Mac 2015
Good news untuk semua
Especially pengguna tegar Shaklee
Sebab ape?
Bulan ni ada promo Esp tu..
Bukan Esp je, ada jugak promosi Zink Shaklee dan Vitalea for Children
Best sangat la macam tu
Orang memang tertunggu-tunggu promosi Esp ni tau.
Yang nak KURUS ambil Esp
Yang nak GEMUK ambil Esp
Yang nak CANTIK ambil Esp
Yang nak BERTENAGA ambil Esp
Yang nak SEMBUHKAN LUKA ambil Esp
Yang ada DIABETES dan KENCING MANIS ambil Esp
Yang MENGANDUNG ambil Esp
Yang MENYUSUKAN anak pun ambil Esp
Pendek kata Esp ni memang sesuai untuk semua orang lah!!
Sepanjang bulan ni, PROMOSI ESP BELI 6 TIN PERCUMA 1 TIN
Sangatlah berbaloi2..Rugi tak grab peluang tu sekarang
Nak tau apa kelebihan ESP?Boleh baca SINI
ESP ni ada dalam kebanyakan set2 Shaklee
Nak tau dalam set yang mana?Boleh baca SINI
Tak tau nak bancuh ESP dengan apa? Meh tengok resepi2 best kat SINI
Taknak beli 6 pun tak apa, korang masih boleh dapat offer istimewa!
Beli 2 tin dan korang akan dapat less 5% nanti tau! Walla2, memang berbaloi sangat lah!
Selain promosi Esp, bulan Mac ni ada juga promosi buy 3 free 1 untuk Vitalea for Children dan Zink Complex.
Vitalea untuk kanak2 ni rasa anggur tau! Budak2 mesti suka punyalah. Bagus untuk topup/ lengkapkan keperluan nutrisi anak2 kita.
Zink complex pula membantu mengeringkan dan menyembuhkan luka. Bagus juga diambil oleh lelaki dalam set kesuburan.
Okey, sapa nak dapatkan TIGA produk terbaik Shaklee ni, boleh cari saya. Cepat2, jangan ketinggalan!
Saturday, February 21, 2015
5 sebab saya WAJIB ambil Ostemetrix Shaklee sebelum tidur
Dalam banyak2 supplement Shaklee, saya pasti ramai yang suka sangat dengan OSTEMETRIX ni. Saya pun wajib ambil sebelum tidur
LIMA sebab kenapa OSTEMETRIX best sangat pada saya
Pertama- Tiada masalah lenguh2 walaupun penat kerja seharian
Biasalah bila dah ada anak 4orang ni kan, macam2 kerja la yang kena disiapkan seharian. Nak ikutkan memang letih, tapi OSTEMETRIX banyak bagi kelegaan pada saya.
Serius, masa kerja n pregnantkan Hadziq dulu, drive pegi+ balik keje 2jam lebih, tapi badan taklah penat sangat. Rasa segar je dan masih boleh siapkan kerja rumah lepas balik kerja tu.
Sekarang, kena mengiring bila menyusukan Hadziq sepanjang malam, tapi tak ada masalah sakit2 pinggang. Dulu masa menyusukan Qayyuum tak kenal ostemetrix lagi, selalu sakit2 pinggang bila mengiring lama. Huhu.
Kedua- Sakit gigi kat bahagian yang berlubang tiada lagi
Gigi saya ni ada bahagian berlubang kat geraham. Aritu pernah tak ambil OSTEMETRIX dalam 3-4hari. Terus rasa sakit kat gigi tu tau. Pipi pun macam bengkak. Pastu saya terus la telan ostemetrix pagi dan malam hari tu jugak. Alhamdulillah sakit gigi tu terus hilang. Saya ni takut nak jumpa Dr gigi, kira ostemetrix ni penyelamat saya la. Hehe.
Ketiga- Masalah sembelit tiada lagi
Saya ni jenis jarang membuang. Seminggu tu dalam 2 hari je camtu. Sejam ambil ostemetrix ni, tiap2 pagi membuang, best la sangat sebab badan rasa lebih ringan dan segar. Berat pun maintain je tau!
Keempat- Waktu pregnant, tak ada masalah krem kaki a.k.a simpul biawak
Ibu2 mengandung mesti ada masalah kaki selalu krem waktu pagi kan. Alhamdulillah saya tak ada masalah tersebut. Berkat konsisten ambil ostemetrix la ni. Ye la, bila mengandung, kalsium badan kita kan dikongsi dengan anak. Sebab tu kena topup kalsium.
Kelima- Mendapat tidur yang berkualiti
Memang terasa beza bila ambil n skip ostemetrix sebelum tidur. Bila ambil ostemetrix sebelum tidur, senang terjaga tengah malam untuk tahajud walaupun kadang-kadang cuma tidur 2-3jam je. Bila bangun pagi pun segar, tak lemau dan lesu
| Antara kelebihan ostemetrix |
Tidur lena bila ambil Ostemetrix
Bangun awal bila ambil Ostemetrix
Yang nak cuba dan rasa sendiri kehebatan ostemetrix ni, boleh dapatkan dari saya ye.
Tuesday, February 17, 2015
Selamat ulangtahun kelahiran ke-6 Muhammad Ammar Muiz
Alhamdulillah, arini genap 6 tahun anak sulung ummi, Muhammad Ammar Muiz
Anak sulung kan, memang kelahiran yang di nanti-nanti. Dan inilah pertama kali ummi kena czer nak keluarkan awak
Dah 4x pengalaman mengandung dan melahirkan. Waktu Muiz la yang lain dari yang lain.
Masa dalam perut, Muiz mmg aktif sangat. Dan ummi selalu kena pedih ulu hati. Waktu tu jugak ummi memang kuat makan. Masa anak2 yang lain ok je. Hehe
Bila Muiz dah lahir, memang Muiz la anak yang paling aktif dan tak duduk diam. Memang lasak! Ummi pun pening. Haha
Tapi Muiz ni senang bawak diri. Tak manja. Memang tak susah la jaga dia.
Sekarang dah 6tahun, dah ada 3orang adik. Memang Muiz la yang banyak tolong ummi jaga adik2. Terima kasih abang Muiz. Ummi ayah sayang abang Muiz. Jadi anak soleh ye. Ummi doakan Muiz berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. Aminn..
Tuesday, February 10, 2015
Hari ke-6 ambil vivix
Bila nikmat kesihatan ditarik
Masa mengandungkan Fattah memang tiap2 hari kena athma, sampai hari nak czer pun still asthma teruk. Berlarutan sampai Fattah umur 3bulan
Masa Hadziq pulak, awal2 tahu pregnant, semput teruk seminggu. Lps tu ok. Tapi lepas czer, tiap2 hari semput. Sampai tak tau dah nak guna ubat ape. Dan akhirnya saya cuba ikhtiar dgn vivix.
Hari ke-6 ambil vivix, alhamdulillah. Nafas lebih lega. Dah boleh makan eskrim tadi.hehe
Hargailah nikmat sebuah kesihatan
Wednesday, December 31, 2014
KISAH KELAHIRAN PUTERA KE-4 27/12/2014 - part 1
Bismillah,
Alhamdulillah selamat deliver putera ke-4 pada 27 Disember 2014 jam 7.26pm
26 Disember 2014
Due date pada 28/12. Memang saja cek up dekat Tey lambat sbb plan nak czer 1/1/15. Tapi at the same time, mmg ade rasa sakit contraction sejak 2-3hari lepas. Masa anak3 sebelum2 ni xpernah pulak rasa contraction mcm tu. Ikut instict, mmg xdpt nak bertahan hingga 1hb. Tapi tengok encik suami mmg beriya nak suruh bersalin 1hb jgk.
Mlm tu mmg x boleh tidur. Siap2 kemaskan barang2 anak2 siap2, brg2 bby, brg2 berpantang ummi dll. Nak tidur mmg xboleh, sbb mcm3 pk. Tidur setengah jam je rasanya. Huhu
27 Disember 2014
Pagi tu pukul 6pg, kejutkan Muiz bgn dulu. Mandi2. Pastu kejut adik2 dia pulak. N gerak pukul 7lebih ke Tey.
Sampai kat Tey pukul 9pagi. Anak2 tak reti duduk diam, lari sana lari sini. Huhu. Diorg pun boring kena tunggu lama.
Pastu bawak diorang naik atas tgk nurseri tempat baby. Suke diorang ade banyak baby.
Pastu dlm pukul 10.15am sampai turn ummi cek. Asben bawak skali anak2 masuk utk cek up.
Misi kat ctu dah bising2 sbb dtg cek lambat. Cuak jugak kena marah masa tu. Huhu. Tp doc Tey ok je, x marah pun.
1st, request kat dia, nak bersalin 1hb
2nd, request nak czer 5x.
Doc ckp kalau nak czer 5x xleh tunggu 1hb nnt contraction kuat bhya.
Pastu doc cek jln pulak, ade darah ckit walaupun pintu tak bukak lagi. So mmg doc ckp kne bersalin cpt.
So, tgk schedule dia, ptg dia free. And kebetulan esoknya dia xde g sarawak, so, aritu mmg schedule dia penuh la.
Jadi, terpaksa la tukar plan. Ummi kena bersalin hari tu jgk. Anak2 kena hantar balik jb, suruh adik ipar hantarkan.
Pukul 1.30 kena gi cek in. Sementara tu ddk dlm kete dgn anak3. Mkn roti ckit. Nak mkn pun dah x selera masa tu.
Sebelum gi masuk wad, cium2 Fattah dulu. Suruh dia cium perut ummi (cium bby) buat kali terakhir sbb pasni bby dh kat luar dah. Fattah ni bila nampak ummi je, terus pegang perut, n ckp nak dayang baby. Hehe. Pasni bby fh kt luar pulak dah..
Ok, nanti kita continue part II pulak ye






