Saturday, May 21, 2011
CERITA TENTANG PEMILIHAN NAMA ANAK
muhammad:yang terpuji
ammar:yang memakmurkan/yang kuat iman
muiz:yang mulia qayyuum:yang kekal/abadi
pemilihan nama muiz:
saya memang dah lama berkenan dengan nama muiz sebab bunyinya yang macam lembut dan sedap didengar. saya pilih nama tu sejak sebelum pregnant lg. Pastu saya ada membeli satu buku amalan ketika mengandung dan lepas bersalin serta nama bayi. masa tu saya dah bersedia untuk ada anak. bila saya belek2 buku tu saya berkenan dengan nama ammar. kebetulan nama tu dekat bunyinya dengan nama suami,omar.dan dalam ejaan jawi pun lebih kurang aje ejaannya. jadi pada masa tu saya berkenan dengan dua nama..muiz dan ammar. so,bila saya lambat datang period (bajet memang pregnent la)..suami tanya nak letak nama ape..saya pun cakap muhammad ammar muiz.dia setuju je.esoknya bila buat upt test,alhamdulillah positif..masa pregnant anak sulung memang xde prepare nama untuk anak perempuan pun,walaupun saya sebenarnya nak anak perempuan. Kami buat keputusan untuk meletakkan nama ammar kat nama awal anak2 kami xkira la lelaki ke perempuan..
Masa kami letak nama muiz kami tak perasan yang nama tu ada dalam asma ul husna. Tapi alhamdulillah la muiz boleh bawak dengan nama tu sebab orang tua cakap kalau nama anak kita berat,ada sesetengah budak tak boleh bawak dan akan asyik menangis aje.
Pemilihan nama qayyum:
masa pregnant anak kedua,saya memang harap sangat dapat baby girl. So memang takde prepare nama untuk anak lelaki.pastu masa scan 5bln,doc cakap baby saya lelaki.tapi masa tu takde pun cari nama lagi.bila dah pregnant 8bulan barulah suami cadangkan letak nama qayyum.masa tu kami decide nak letak nama anak lelaki kami dengan menggunakan nama2 Allah.maka,anak lelaki kami yang kedua diberi nama qayyum..cuma ayah dia yang letak ejaan pelik sikit,qayyuum.. Begitula cerita tentang pemilihan nama kedua2 putera saya.
Muhammad Ammar Muiz bin Omar Din
17 feb 2009
Muhammad Ammar Qayyyuum bin Omar Din
19 jan 2011
apa yang uniknya tentang muiz dan qayyum ni ialah mereka lahir di hospital yang sama dan lahir pada masa yang sama 2.15petang. Saya juga duduk di wad yang sama selepas melahirkan mereka berdua. Muiz dan qayyum juga lahir pada bulan islam yang sama iaitu bulan safar. Dua2 dilahirkan secara ceaserian sebab kes pintu rahim tak buka.itu saja la cerita untuk hari ini..
Friday, May 20, 2011
Qayyum 4bulan
-dh pndi mengiring
-berat 6.5kg (berat kurang naik sejak demam aritu)
-kuat senyum
-belikan susu isomil 400g,ckup2 3mggu guna br abis
-dah pandai pegang mainan
-pantang dengar suara abg muiz,msti dia toleh
-pantang dengar org panggil nama dia,msti toleh
-dh 3x botak
-suke minum susu main2 klu bg direct.msti dier stop kjp,n senyum2 tgk muka ummi.geram jek!
-dh xberbedung..muiz dlu smpi 4bln bedung lg
-abg muiz slalu nyanyikan zikir n selawat kt qayyum
-masih tak tido dlm buai lg
-suke angkat2 kaki pastu pegang pakai tangan
*target qayyum blh capai berat 6.8kg mcm muiz 4bln aritu tp berat qayyum xnaik sgt lps demam,cuma naik 900g je bln ni..
Tuesday, May 10, 2011
saya sangat bertuah..
saya sangat bertuah..
Selamat hari ibu buat semua ibu2..jasa dan pengorbanan seorang ibu memang takkan dapat kita balas sampai bila2. Bila saya dah jadi seorang ibu ni saya makin menghargai pengorbanan yang mak saya lakukan untuk membesarkan anak2nya.terima kasih mak.. Kami sayang mak...
Saya pasti mesti ramai ibu2 yang ingin menjaga anak2nya sendiri. Malah ada antara ibu2 yang sanggup berenti kerja untuk melihat anak membesar di depan mata. Bagi saya sendiri,saya rasa sungguh bertuah kerana diberi kesempatan untuk melihat anak2 saya membesar di depan mata saya. Menjadi orang pertama melihat anak pandai tiarap,merangkak,duduk,berjalan dll. Bertuahnya saya kerana dapat peluang itu. Tapi dalam pada masa yang sama saya masih berstatus seorang pekerja makan gaji.camne tu? Sebab jawatan saya sebagai seorang tutor.saya telah menyambung pelajaran di peringkat master masa saya muiz lahir.kebanyakan masa saya di rumah kerana kelas saya hanya pada sabtu ahad.jadi saya dapat menjaga muiz sendiri sepanjang masa tu.sehingga lah umur muiz 10bulan.saya telah habis master dan mula bekerja di uthm.saya mula menghantar muiz ke rumah pengasuh.tapi saya rasa sangat bersyukur kerana dapat melihat muiz membesar di depan mata saya sepanjang 10bulan itu.
selepas itu,saya bekerja selama 8bulan dan mula sambung phd pula.jadi dapatlah saya menjaga anka2 saya sekarang.cuma agk mencabar la utk saya fokus dalam belajar disamping menjaga anak2.cuma saya berdoa agar Allah permudahkan semua urusan saya.bertuahnya saya kerana dapat melihat anak membesar di depan mata. Bertambah bertuah kerana dalam tempoh tersebut saya mendapat gaji dan elaun uthm sepanjang tempoh cuti belajar.Alhamdulillah..syukur sangat dengan rezeki yang Allah limpahkan ini..


Thursday, April 28, 2011
SAYA KINI 26 TAHUN
Alhamdulillah dah 26tahun rupanya umur saya...sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri dalam hidup saya... Azam baru..
-meningkatkan amal ibadat untuk bekalan akhirat
-menjadi isteri yang solehah
-menjadi ibu yang terbaik utk ank2..
-nak belajar rajin2 sampai pandai..nk abiskan study dlm 3thun jgk!!
-nak berjimat
-nak belajar masak lg, jahit pun...
-dll yg positif semuanya...
Wednesday, April 20, 2011
Qayyuum 3bln
Si kecik Qayyum sudah 3bulan..kejap btul masa berlalu...antara perkembangan Qayyum...
-berat genap 3bln- 5.5kg
-suke senyum2 n peramah orangnya
-pampers baru tukar saiz M
-dah 2x dibotakkan..ni pun rambut dah panjang.
-dah tak pakai barut bby, pakai barut gantung plak
-Setakat ni belum tido dalam buai lg
-susu setiap 2jam 3oz (90% susu badan)
-belum pandai mengiring lg
-belum kuat berdiri lg, muiz dlu 3bln dh blh letak dlm walker
-kuat sgt tido..
-blikn dia susu isomil 2hb aritu,,la ni ade lg separuh..suke sgt sbb tnjukkn dia lg byk minum susu ummi..
-lain2 blm ingt lg..
semoga Qayyuum terus sihat membesar dengan cergas dan kuat...
Sunday, April 17, 2011
ANDAINYA LELAKI TAHU...
ANDAINYA LELAKI TAHU...
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
Wednesday, April 13, 2011
WORKSHOP WRITING JOURNAL AND THESIS
Arini saya nak cerita, selasa dan rabu (12 &13 april)lepas, saya attend workshop..saje2 tambah ilmu dan nak tingkatkan balik mood nak buat research ni..memang macam2 ilmu la yang saya dapat dalam kursus tu.
Tapi yang saya nak cerita cuma, penceramah tu cakap, kalau kita tak publish research kita, maknanya kita tak wujud dalam dunia research..
Benda yang sama, kalau kita takde akaun fb,,maknanya kita tidak wujud kat dunia ni...
moral of the story,,, teruskan ber'fb'...ehehehee
Tuesday, April 5, 2011
KISAH PENYUSUAN SAYA
KISAH PENYUSUAN SAYA
Qayyum merupakan anak kedua saya yang lahir pada 19 Jan 2011 seberat 3kg. Semasa saya lahirkan Muiz 2tahun lepas, saya tak berjaya menyusukan Muiz walaupun sekali kerana masa kat hospital lagi nurse dah bagi susu botol pada dia. Pada masa tu ilmu penyusuan saya sangat cetek. Oleh itu, untuk anak kedua, saya berazam untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Qayyum. Alhamdulillah Qayyum nak susu badan walaupun masa kat hospital dia dah diberi susu formula. Saya rasa sangat gembira masa tu kerana impian saya untuk menyusukan anak saya tercapai.
Seperti ibu2 yang lain, saya memberikan susu secara direct feeding kepada Qayyum.masa umur Qayyum 2minggu, saya perasan yang badan Qayyum tak berapa naik. Bila saya timbang di rumah, berat dia hanya 2.9kg. tapi saya sangka mungkin timbang tu salah, takkan la berat anak saya turun pulak kan, sebab Qayyum ok je. Takdepun mengamuk tak cukup susu. Cuma saya perasan yang Qayyum ni kuat tido, saya rasa tu normal la untuk setiap baby.
Bila saya pegi cek up baby di klinik swasta, berat Qayyum masa tu 2.9kg termasuk berat pampers dan baju serta kain bedung. Kebetulan pada masa tu dah seminggu Qayyum tak berak. Sepatutnya berat Qayyum lagi berat kerana sisa najis dia masih banyak dalam badan. Saya dah mula risau juga pada masa tu. Doc cuma cakap tengok berat dia masa 2bln nanti camne dan suruh saya teruskan susu badan. Hati saya masih risau lagi masa tu. Saya cuba bertanya kepada kakak ipar yang merupakan seorang Doc di klinik swasta, dia pun beri pendapat yang sama. Lega ckit hati saya masa tu. Tapi bila saya teringat tentang hal tu saya mula risau balik. Sebab masa anak saya yang sulung, dia lahir 3.3kg.lepas sebulan berat dia dah 4.6kg. jadi saya rujuk kembali kepada kakak ipar saya tu, dia suruh saya pegi dapatkn rawatan pakar pula. Dalam masa yang sama, saya ada bertanya kepada kawan2, diorang pun suruh saya bersabar dan tengok cammane keadaan masa Qayyum 2bulan nanti.
Pada hari isnin, saya decide untuk pergi ke klinik desa sebab kalau ada apa2 kes senang nak refer ke pakar. Masa timbang di sana, berat anak saya cuma 2.2kg. nurse pun dah mula marah. Saya pula bertambah risau. Risau jika anak saya tidak normal, atau mengalami penyakit2 lain. Nurse suruh saya datang lagi 2minggu (appointment dengan nurse ) dan next two weeks (appointment dengan Doc) untuk melihat perkembangan Qayyum. Sekiranya berat Qayyum masih tak naik, Doc akan amik sampel darah untuk diuji. Saya refer masalah saya ni kepada Kak Nadia, yang byk support saya untuk bf baby. Dia banyak menenangkan hati saya. Kak Nadia juga memperkenalkan saya dengan Kak Aishah yang merupakan konsultant laktasi di HSA JB. Untuk pengetahuan semua, sejak dalam pantang, saya ada mengambil supliment Shaklee untuk memastikan susu badan saya berkualiti untuk anak saya. Dan sejak anak saya mengalami masalah berat badan, saya mula mengambil ESP dari Shaklee yang dipercayai boleh membantu supaya baby lebih cepat kenyang.
Macam2 yang saya fikirkan masa Qayyum tak sihat tu. Adakah susu badan saya tidak berkualiti untuk anak saya? Itulah perasaan yang mengganggu saya kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menyusukan anak. Saya mula terfikir untuk memberikan susu formula kepada Qayyum. Lebih mudah begitu kan. Kerana mengikut pengalaman saya masa Muiz masih baby, memang mudah menjaganya sebab saya memberi susu formula kepadanya. Saya hampir give up untuk memberi susu badan lagi. Tetapi kawan2 banyak meyakinkan saya yang susu ibu merupakan susu terbaik untuk anak. Saya teruskan juga memberi Qayyum susu badan, cuma sekarang saya pam dulu baru bagi dia, sebab mudah saya nak estimate berapa banyak susu yang dia minum. Sebab masa Muiz berumur sebulan dulu, dia mula minum 3oz setiap 2jam. Sepatutnya Qayyum juga begitu. Untuk memuaskan hati semua pihak (terutamanya family), saya campurkan juga susu formula untuk Qayyum sebab mak cakap mungkin saya kurang minum susu, atau apa yang saya makan kurang berkhasiat. Kebetulan masa tu susu yang sy pam tak dapat banyak. Cuma dapat 40ml sekali pam. Saya bagi macam2 susu kepada anak saya, Enfalac A+, Snow, Isomil,Dutch Lady dan Lactogen. QAyyum minum semua susu tu, saya bagi 3oz, dia boleh habiskan. Tetapi bila Qayyum minum susu tu dia akan cirit birit. Kesian pula saya tengok bila bontot dia mula melecet. Jadi, saya stop dulu bagi dia susu formula. Cuma bagi susu badan. Kali ni setiap kali saya bagi direct feeding, lagi sebelah breast saya akan pam dan bagi kepada dia susu yang saya pam tu.
Namun, saya perhatikan, berat dia macam tak naik sangat. Saya masih risau tentang kesihatan Qayyum. Setiap kali lepas mandikan Qayyum saya akan berasa sedih melihat badan dia yang tidak berisi tu. Selalu saya cakap pada dia, “Qayyum, cepat besar..ummi risau”. Tiap hari saya berdoa supaya Allah berikan kesihatan yang baik kepada Qayyum dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Selepas 2minggu, saya bawa Qayyum cek up kat klinik desa lagi. Kali ni berat dia dah 2.9kg. Alhamdulillah naik 700gram. Memang rasa lega cikit masa tu.
Walaubagaimanapun, Qayyum masih alah dengan susu formula. Suami cadangkan supaya bagi nestum cair2 pada Qayyum. Tetapi kali ni Qayyum macam kembung pula. Saya cuba bagi semula susu Isomil sebab saya tau Qayyum ni alah dengan susu lembu. Alhamdulillah Qayyum dah sesuai dengan susu tu. Jadi setiap 2jam saya akan bagi susu 3oz.Kalau susu saya cukup saya akan bagi susu yang saya pam. Kalau tak, saya bagi dengan susu Isomil. Masa tu saya dah kurangkan bagi susu secara direct, sebab saya dapati Qayyum bila saya bagi direct, dia akan cepat tertidur. Sedap sebab dipeluk kot. Mungkin tu yang menyebabkan berat badan dia tak naik, sebab dia kuat tidur dan dia malas menghisap kalau saya beri direct feeding. Dalam pada masa yang sama, saya berusaha untuk tambah susu badan. Saya buat power pumping dan saya mula makan Alfafa (produk Shaklee) 4biji sehari. Sejak itu, setiap kali saya pam, saya akan dapat 3oz setiap 3jam. masih lagi tidak mencukupi untuk Qayyum, cuma saya dah mampu kurangkan susu formula untuk Qayyum.
Untuk cek up klinik desa sebulan kemudian (masa tu Qayyum 2bln), berat Qayyum dah 3.8kg. Alhamdulillah naik 900gram dalam 2minggu. Saya rasa lega dan yakin insyaAllah Qayyum takde masalah kesihatan lain. Sekarang Qayyum sudah berusia 2bulan 2minggu 5hari, berat Qayyum sudah 4.8kg. Alhamdulillah.. Ye, saya gagal memberi Qayyum susu badan sepenuhnya, tetapi saya masih berusaha untuk mengurangkan penggantungan dia kepada susu formula. Sekarang Qayyum cuma minum susu formula 1-3kali sehari. Suatu pengalaman yang jarang2 terjadi kepada ibu2 diluar sana. Tetapi itulah yang saya alami. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu saya...

Qayyum masa baru lahir- 3kg

Qayyum masa 10 hari

Qayyum - 1bulan 4hari

QAyyum- 2bln 15hari
Monday, April 4, 2011
compare gambar muiz dan qayyum..
Wednesday, March 2, 2011
luahan hari ini..
tapi perlu juga mengorak langkah untuk masa depan...
demi muiz dan qayyum...
Tuesday, March 1, 2011
CERITA TENTANG QAYYUM...
Cuma apa yang membimbangkan, Qayyum ni masa umur dia sebulan,,berat dia tak naik langsung..turun ade lah..jadi,2.9kg je... masa tau tu tersangatlah risau dan terfikir yang bukan2...terutamanya risau kalau2 Qayyum ada masalah kesihatan..sampai saat ni belum dapat dipastikan tentang tu...
Sejak balik dari spital, memang Qayyum saya bagi susu badan..Alhamdulillah berjaya bagi Qayyum susu badan, xmacam masa muiz dulu...
Cuma masalahnya berat dia tak naik..olehkerana risau diax cukup susu.. saya bercadang nak campur dengan fm..dah bagi susu enfalac, snow, isomil LF dan dutch lady tapi qayyum alami cirit birit...last2 ummi terpaksa la perah susu... ummi akan bagi Qayyum susu badan dulu,sambil perah yang breast sebelah lagi..pastu susu terus bg Qayyum minum... Alhamdulillah dalam masa seminggu berat Qayyum naik 200gram.. Ummi jugaada amik produk Shaklee ESP yang berfungsi untuk menjadikan susu lagi pekat..harap2 Qayyum akan sihat membesar selepas ni...
Macam2 pendapat yang saya dengar dari kawan2 mengenai punca Qayyum tak naik berat..tapi mengikutpandangan kawan2, selagi dia dapat susu badan takada ape yang perlu dirisaukan.. Cuma saya harap tak ada pape yang buruk terjadi pada Qayyum..
Mudah2an Qayyum sihat membesar macam kanak2 lain jugak..amin...
Wednesday, February 23, 2011
salam 2011..
Lama bnar saya tak menulis blog.
Mcm2 cerita nak kongsi,tapi malas nak ngadap laptop.
Telah selamat melahirkan baby boy pada 19 jan 2011 lepas.
Tu yg makin bertambah bz.
Ditambah beberapa masalah,ujian dari ALLAH..
Xpe,senang2 akan sy coretkan di sini..
Wasalam..
Wednesday, October 20, 2010
latest pic
mood nk update blog sdh datang (@mood membuang masa).
lama dah x update gambo anak bujang kami tu..maka, arini saya ltk la gambar latest, gambar ms raya..hehe..dh nk raya haji br nk upload yek..tahun ni kami bertiga..tahun dpn kami berempat plak..entah2 berlima plak ek..huhu...
AKU CINTA ALLAH
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
**** Ya Allah tabahkan hatiku menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang datang ini ya Allah..sesungguhnya aku sekarang diuji dengan ujian yang paling besar sepanjang hidupku..berilah kami petunjuk dan hidayahMu ke arah jalan yang Engkau redhai..tabahkan aku menghadapi semua rintangan dan aku berserah kepada takdirMu...amin...
beza masa pregnen muiz n baby
-masa muiz, ms peknen 3bln dh rasa cpt lapar...baby plak, sampai skrg pun cm biase je..xde lapar2 pun
-masa muiz, peknen 5bln, gigi ade kuar darah, maksudnye xckup kalsium, kne mkn kalsium byk ckit, baby plak, ok je lg wlupun dh dkt 7bln
-masa muiz, ms scan 3bln tu nmpk dier terlompat2 sbb heartbeat dier kuat..baby plak nmpk lemah lembut aje..haha
-masa muiz, klu jalan tu mmg dh termengah2 la, baby plak, masih relax lg...
-masa muiz, muiz mmg xkuat gerak ms dlm perut smpi ummi pun risau sbb baby x aktif, tp ble muiz dh kuar, dier sgt2 la aktif..baby plak sgt aktif gerak dlm perut.dh kuar nnt xtau la cmne kn..
-masa muiz ngidam nk pegi tgk wayang, tp ayah muiz buat derk aje...so, ble muiz kuar, dok menjejeh airliur aje..baby plak, ayah dh bwk g tgk wayang n mkn piza sbb tkut bby kuar air liur je..haha
-masa muiz, peknen 28minggu berat dh naik 7kg, ms baby plak, peknen 26minggu berat naik 3kg..tp ni pun dh trun 2kg..huhu..
-masa muiz, scan nmpk bibird..yg ni pun same..hehe..
-masa muiz, suke sgt minum air milo sbb org ckp time peknen xelok minum nescafe, ms bby plak suke sgt mnum air teh tarik
-masa peknen muiz suke sgt mkn burger, ms peknen ni suke mkn sup ayam
mmg setiap pregnency tu berbeza2kn pengalamannya...tp xpela, mdh2an anak2 ummi membesar dgn sihat n cergas...amin...
Wednesday, October 6, 2010
BERGELAR STUDENT PHD
Tgh cari mood nak update blog ni..sy ni mungkin xminat menulis kot ek, sbb tu la x cosisten je nk bercerita..huhu..tp ttp nk jgk cerita kat blog ni, lain kali boleh baca balik kn..
Aritu saya sibuk2 menguruskan semua hal untuk sambung belajar..Alhamdulillah semua telah selamat..selamat utk sambung, tp masih jauh lg perjalanannya.
Saya rasa saya sebenarnya masih belum bersedia untuk sambung phd lg, tp faham2 je la, jawatan tutor mcm saya ni, mewajibkan kami untuk sambung phd secepat mungkin. Saya telah mendaftar sebagai student phd pada 060810 yg lepas..maksudnya dah 2bln la saya menjadi student. cuma progress tu x nampak sangat lagi, sebab masih terkial2 lagi nak sesuaikn diri dengan keadaan baru ni.. buat phd xmacam buat master yg mahukan kita hadir ke kelas saja,tapi ni semua atas usaha kita sendiri. masa awal2 ni mmg xrasa la..tp berdasarkan pengalaman kawan2, dah masuk tahun 2 and tahun 3 nanti baru la rasa cepatnya masa berlalu sedangkan keje phd masih byk lg tertangguh..huhu..seram je dengar..
Buat masa ini saya hanya menghadiri kelas bersama Dr Suhartono dari Indonesia. dier ni mmg expert dalam time series. n dier ni jugak co-supervisor saya. sepatutnya sya kena rush jgk utk semester ni sbb Dr Suhartono tu hanya akan berada di malaysia sehingga dis ini..lgpun saya dah nk deliver nanti kn..kne la buat keje lebih ckit.. byk yg saya pelajari dari Dr suhartono ni..kelas dier setiap isnin, rabu dan jumaat. Apa yang diajar tu cuma recall balik basic concept dalam time series, cuma lebih mndalam la.dier jgk ajar cara nak guna software minitab, sas n R.. saya rasa kalau saya belajar sendiri, tanpa bantuan dier tu mungkin amik masa setahun baru tahu semua.
mula2 ayah yang hantar saya ke utm ms minggu pertama, tapi kesian plak kt ayah kena tunggu lama sebab kadang2 kelas abis lambat. jadi, minggu ni saya beranikan dieri jgk drive sendiri...Alhamdulillah xsesat..mula2 x confiden jgk nak bawak kancil, sbb kancil tu dh byk problem, maklumlah, kete lama. tapi nasib baik kete tu ok je.nak ikutkan sya mmg xbiase bawak kancil, tapi persona asben guna untuk ulang alik jb plak..
sekarang saya n asben dah ddk berjauhan,, x seperti yang kami plan awal2...mula2 kami nak menyewa kt area pulai, senang saya nak ke utm jumpa supervisor..tp asben fikir kena cari keje kt cni plak...macam rumit..so, dier just nak usahakan kebun aje..n kami akan menyewa kt parit raja tahun depan nanti.lepas saya abis kelas dengan Dr suhartono nanti.
muiz plak? masa saya ke kelas, atuk dier yg tolong jaga muiz..kadang2 adik2 saya yang jaga kalau xde ape2 aktiviti kat sekolah.biasenye dlm pkul 2 saya dah sampai ke rumah. muiz ok je..makin suka dier ble ddk jb ni sbb ramai kawan..ayah pun dier xingt..hehe...
itu shaja update tentang phd saya buat masa ini....
Friday, October 1, 2010
blogku yg lama x berupdate..
lamanya x update ek..huhu..
tp sy ttp tgk blog kwn2..
cuma xde masa nk menulis je..
xpe, pasni sy try cr masa nak bercerita ye..
saya telah selamat sambung phd..Alhamdulillah..
nnt ada masa kita cerita lg ye....
Wednesday, July 7, 2010
macam2 nak cerita..
kawan sebilik saya cuti, jadi dapatlah masa untuk bersendirian n mengarang kn..
klu x cm ssh la nk fokus..hehe..
A) Tentang muiz
muiz skrg dh sthun 5bln..rs dier cm dh bso sgt..sgtlah aktif sampai ummi xterlayan..dah byk jgk dier pandai cakap, cthnye, ummi, ayah,acik,kakak,abg,atuk,nenek,susu,kilang,lori,bas.bajak,baby, nanak=taknak,ayo, jatuh, kotor, ikn, fish, api, cicak,ayam, air,.... em, mcm2 lg la..sng jgk nk ajar dier bercakap..dier sng ikut. so far, makin besar makin sng jaga muiz dier dh pandai main sendiri n pandai stabilkan diri, jadi jarang lah dier terjatuh.
dulu muiz suke ddk atas perut ummi, tp skrg ummi dh ckp kt dier dh, ade bby dlm perut..mula2 dier cm xfhm, dier selak2 perit ummi nk tgk ade bby..ummi gelak je la..skrg, ble tanye mama bby, dier akan tepuk perut dier..pastu ummi ckp bby kt ummi la..pastu dier tepuk2 perut ummi plak..ble srh cayang bby, dier pun cium perut ummi..pandai anak ummi...so far, tgk muiz mmg suke bby..harap2 nnt adik dier dh kuar...xde lah kena buli je kan..
muiz br je baik demam ni..aritu brt dier 9.7,,skrg tgl 9.6...ringan ke kan..tp ok la ade peningkatan..muiz ni mmg ssh sgt nk bg mkn..dier mkn pun cerewet..mak mertua slalu ckp bila nk bso ni..kdg2geram la jgk mcm kita ni xbg anak mkn n xpandai jaga anak plk..tp skrg buat dek je..mls nk layan. baru2 ni muiz kena ruam2..risau jgk..ltk calamine losyen je..ingt lg muiz kecik2 dlu..Alhamdulillah xpernah kena ruam, kena selsema pun ms umur 8bln, batuk pun sama..mmg sangat senang jaga muiz ms bby dlu..
kat rmh sy ad bela 2ekor anak kucing, bgn je tdo muiz dh panggil miau..knela bkkkn pintu bg dier main ngn miau..kdg2 takut jgk bhya dier main kucing, tp so far ok..kucing tu pun jenis bulu tak tanggal..
aritu acik2 muiz ade dtg rmh 3hari, diorg ajar muiz lgu twinkle2 tu, muiz suke la lagu tu..kdg2 dgr dier nyanyi kelakar jgk..tah pape dier sbut, tp sy tau la dier tgh nyanyi lagu twinkle tu..hari terakhir acik ika n acik syida nk balik tu, ktorang pegi anto kt bas stand, muiz tgk la acik dier naik bas.. sejak hari tu, ble nmpk bas je dier sbut acik~...kecian jgk kt dier..xpe, nnnt kta blk jb jmpe acik ye..
B) tentang baby
Alhamdulillah sy dh masuk 11w 2d dh..kesihatan masih baik cuma ble drive pegi keje tu..blk msti rasa sakit badan.agknye sbb pnt kot drive sejam kn..
perut makin membincit..sbb sblm ni pun mmg buncit..hehe..berat badan naik byk lps brnk muiz..ade jgk try diet..tp xberjaya..last2 mls nk pk sgt..lps brnk nnt la br nk try diet lg..ms brnk muiz tu xpantang btul2..ms tu kt rmh mak mertua..dier cm ala kadar je jaga..xpe, pasni nk srh mak sy jaga..ms muiz tu mak mmg ade offer nk jaga..tp sy cian kt mak..mak masih kerja lg..mungkin beranak kali ni sy dah pindah jb, jd sngla nk berpantang dgn mak..
preparation utk baby:
rsnye kbykn brg2 bby just guna muiz punye je..so xbyk spend utk tilam bby dll..sy cume nk bli breast pump spectra 3 dlm rm600, pastu nk bli CD 2-3kpg dlu..pastu nk bli bby car seat utk adik muiz..tu je la brg2 yg peting yg sy nk bli..
klu ade rezeki plan nk beranak kt tey maternity kt muar, tmpt brnkkn muiz dlu..cume skrg berkira2 sbb muar jauh sgt dr jb..tp sy puat hati dgn servis kt tey dlu..xpela, byk ms lg nk pk.
C) tentang keje
patutnye saya dh sambung bljr 30jun yg lps..tapi disebabkan xsmpat untuk masuk meeting universiti dan kpt, terpaksalah tgu next meeting..jadi, saya masih kena mengajar pada sem ni..sy akan mengajar 2kls..sati kls tu stdnt 89org, lg 1 81org..huhu..byknye..larat ke nk mengajar peknen2 ni..cume sy harap sy dpt sambung bljr sblm bln puasa ni..rs xlarat nk memngajar nnt..lg2 nk drive pegi keje ms perut dh bso nnt..
sy mmg suke mengajar, cume, mind set dh aturkn sem ni sy xmengajar..jd, agak berat la sy nk mengajar sem ni.tp sy ttp akan bersemangat mengajar student2 sy..
D) tentang sambung belajar
sy akan melanjutkan pelajaran di peringkat phd di utm nnt..bidang statistik..mula2 mmg berkobar la prepare utk smbung bljr sbb ingt dpt sambung bln jun. supervisor sy dh plan utk buat collabration dgn sorg Dr dr indonesia..Dr tu akan berada di utm sehingga dis ini..dier pakar dlm bidang fuzzy statistik.sy mmg dh plan dh nk struggle sementara dier ade di utm lg..sng nk refer pape nnt..tp malangnye ble kelulusan dari uthm lambat menyebabkan semangat sy pun dh turun.lps je sy selesai present proposal, sy mmg x sentuh langsung ape2 utk phd..smgt sume hilang...
E) status tutor
jawatan sy sbgai tutor berstatus sementara.jadi, kami yg bergelar tutor mmg x akan merasa senang dgn jawatan kami ini kerana kami boleh dibuang bila2 masa sahaja..saya mula menjadi tutor pada 2007.pada masa itu, kami diberi masa setahun untuk mencari tempat melanjutkan pelajaran master kami..selepas habis master, kami hanya diberi tempoh 6bln utk menyambung phd.tempoh 6bln tu hampir tamat dan kena memohon lanjutan tutor..tapi status lanjutan sy haritu tidak diluluskan..maka sy kena mohon lanjutan sekali lg..
apa yg sy ingin ceritakan disini..kami sbg tutor sering diperkotak-katikkan..kami ade master, sama seperti pensyarah2 yg ada..tapi jawatan kami berstatus sementara dan boleh diterminate bila2 masa je..lagipun, gaji pensyarah lbh 1500 dari kami sedangkan kami lbh byk kena buat keje sbb kami ni 'junior.' sbb tu tutor2 sume kn cpt2 abiskan phd dan dapat status tetap. nnt xde sape yg akan buli kami lg..huhu..just luahkan perasaan je..dlu lecturer2 xde pun sibuk2 nk sambung phd..ble tutor sibuk nk sambung phd, br diorg sbuk jgk nk sambung phd..hai..dunia dunia....
Monday, June 21, 2010
sudah 9minggu..
em, arini cm kurg selesa sbb dr pagi td kencing tak tos..
rs xbest je..
bby marah ummi mkn durian agaknye smlm..hehe..
cian bby panas dlm perut.
so far, xde lahan lg..
pening2 je..xpernah muntah lg..
awal2 aritu cpt sgt rs pnt..
tp skrg dh ok..
Alhamdulillah..
Wednesday, June 2, 2010
I'M 6 WEEKS NOW...
blum bgtau family lg..cm segan plak la nk bgtau..hehe...
mmg kami plan nk dpt bby tahun dpn, antara bulan jan-april...
em, xsangka plak la br 1st month trus lekat..
Alhamdulillah rezeki Allah...
so, due date ikut tarikh period 25/01/2011..
tp rsnye kena ikut tarikh scan nnt, sbb ms muiz dlu ikut period 11/2, ikut scan 19/2..
mestilah yg ikut scan lg accurate kn..
so far, Alhamdullillah xde alahan lg..cume rs pening je ble dlm kete..yg lain2 masih seperti biase..
ms muiz dlu pun, alahan xbyk sgt..
cuma ade beberapa kali muntah, slalu pening dlm kete, selera mkn still mcm biase lg..
yg kali ni blum pernah lg muntah..(mdh2an xde la..)
mmg sy plan nk bg muiz adik n jaraknye 2tahun ble sekolah nnt..
awal2 mmg plan nk abiskan phd dlu sbb bkn senang kn nk buat phd dgn 2 org anak..
tp pk2 blk, ble abis phd nnt muiz dh 6thun..xkn br nk tambah anak kn..
jd, rsnye ok kot pregnent skrg, nnt dh nk abis study, adik muiz pun dh besar..dh sng nk jaga..
awal2 tu mcm confius jgk sy ni peknen ke x..sbb xde tanda2 alahan pun..
so, 2 ari lepas, saja buat upt test lg...n still positif...
mdh2an Allah mudahkanlah semuanya..
harapan sy kali ni dpt bby girl plak..mmg dh lame tingin nk bby girl..tp andaikata ble scan nnt dpt boy jgk, sy terima dgn sng hati..
beza peknen kali ni dgn dlu, yg ni bdn sy cpt letih n sakit badan..mgkin byk keje kne buat kot..nk lyn kerenah muiz lg kn..
xpelah, mdh2an bby dlm perut ummi ni selamat lahir dgn sempurna..harap2 kali ni dpt beranak normal n dpt bf bby..amin...
Tuesday, June 1, 2010
salam bulan jun..
dh lamanya x update blog ni..
ble di cek kt tepi tu cume br 5 post je tahun ni..
mcm bz sgt je ek..
em, arini dh 2 jun..
pd sy, bln jun lah bln yg ckup indah..
nk nikmati bln jun dgn bestnye...
sbb, bln 7 dh stat mengajar..
xdpt la nk ngadap internet slalu, datang keje lambat...dll..
jd, bln ni mmg bln berpoya2 la...
seronok rsnye ek,,hehe..
sy patutnya mula daftar di utm 30 jun ni..
tp bayang2nya mcm xdpt je nk register ms tu..
kelulusan cuti berlajar peringkat fsakulti blum dpt lg..pastu kne tgu kelulusan universiti n KPT plak..
klu semuanye berjalan lancar, mgkin dlm bln 8 baru dpt sambung study...
em, larat ke sy nk mengajar sem ni ye...3 kelas plak tu..student 80x3=240...huhu...
pntnye...tp sy enjoy ngajar ni...bljr dr pengalaman..
xsabar nk mengajar...dlu mgkin x pandai sgt mengajar, tp skrg getting better...Alhamdulillah...
ade good news utk family kami...Alhamdulillah semua seperti dirancang...
nxtime sy update lg...
x lame lg boleh la kot wt blog jurney of phd...3 tahun yg penuh mencabar....
Friday, April 2, 2010
lamenye x update...
ms terasa sgt suntuk skrg..bz ngn mengajar, kt rmh, nk siapkan proposal utk sambung bljr lg..
sy ni mmg x berbakat utk menulis agknye..tu yg x consistent tu..huhu..
ok la, nnt sng2 sy update..
wasalam..
Sunday, February 21, 2010
MUIZ @ DATARAN YONG PENG
Wednesday, February 17, 2010
DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD AMMAR MUIZ
Ni la kisahnyer..tajuknyer muiz oh muiz..
MUIZ OH MUIZ..
Macam tak sangka je aku dah ade anak sorang dah..
Alhamdulillah setakat ni boleh handle lagi walaupun si muiz ni memang sangat tak reti tido malam..Bile malam je angin ngamuk n tak senang duduk dier pun datang..Abis ummi ngan ayah dier tak dapat tido..ni pun gara2 muiz dah puas tido siang..
Muiz lahir 17 Feb 2009..overdue 6ari..masa first time check up kat tey maternity berat baby 2.5kg, masa tu baby 36week..so Tanya doc skali pasal induce tu sbb memang awal2 dah plan nak induce untuk tetapkn bila kita nak deliver..rupa2nya induce boleh kalau jalan dah bukak je..pastu datang lagi 3 minggu, masa tu dah 39week,doc ckp jalan masih tak bukak lagi..berat baby dah 2.8kg..sempat la aku amik test stochastics kat upm dulu nampaknya..
Minggu depannya datang kat tey lagi,masa tu minggu ke 40,berat baby 3.1kg..wow..cepatnya anak aku membesar..pintu rahim masih belum bukak lagi..laki aku cam frust aje sebab dah penat ulang alik tey.bukannya dekat, kat muar tu..pastu bab nak tunggu turn ni memang lah lame dan sangat bercinta.duit jangan cakap la..asyik kuar aje..duit minyak n duit ubat2an..pastu ari jumaat datang lagi sebab takut pulak nak pegi kl sebab dah overdue 2ari..so,pegi tey lagi..jalan still belum bukak..frust la jugak..laki aku sibuk bisingkan aku sebab kurang aktif, tu la sebab jalan taknak bukak. Aku temper gak ngnan dier sebab asyik salahkan aku je..patutnya bagi la aku moral support ckit..padahal minggu tu aku dah buat banyak exercise dah..tp dh jalan belum nak bukak, nak buat camne
Next appointment ari selasa, 17 feb 2009. sebelum tiba ari tu, memang aku
Tiba la ari yang dinanti, awal2 pagi kitorang dah bertolak, pukul 6.15am sebab nk dapatkan turn cepat.penat nak tunggu lama2..yang aku tau,kalau tak beranak jugak,memang aku akan dioperate..Cuma mental aku tak lah bersedia sangat untuk czer..dan berharap aku masih boleh bersalin normal..samapi kat tey pukul 7.40, aku dapat turn no. 7. sebab awal lagi, aku ngan laki aku pegi breakfast dulu..tapi kitorang minum air je..aku memang kurang selera nak makan pagi2 ni..laki aku pun lebih kurang aku je..bila sampai kat tey, kitorang dapat turn first sebab time tu ramai yang belum sampai lagi. Doc cek bukaan…….doc cakap rahim masih tak bukak lagi n doc cakap kalau tunggu lagi pun harapan tipis untuk bukak..pastu aku n laki aku pun decide czer aje la..takut pape jadi kat anak aku plak nanti..doc pun cek schedule dier..ptg dier ade operation lain..yang dier free esok malam je..pastu dier Tanya pendapat kitorang..aku capap kalau boleh, aku nak cepat sebab aku xboleh cuti lama2 nak pegi study kat upm..pastu dier setkan masa pukul 1.30 operation..macam caye tak caya je masa tu..
Pastu nes bawak aku pegi tingkat 2 untuk persediaan operation nanti..dier suruh laki aku baca procedure pendaftaran anak..nes bawak aku pegi bilik persediaan..nasib baik la aku tak makan pape tadi, kalau tak susah jugak nak operate aritu..
Nes bagi aku ubat berak n suruh aku berak..pastu aku kena baring balik..nak mesej mak aku pun tak sempat, aku suruh laki aku yang mesejkan..pastu nes nak masuk air kat tangan aku,tapi tak jumpa urat aku..dier siap puji tangan aku cantik sebab tak nampak urat..aku sengih aje la..last2 doc yang datang untuk masukkan jarum kat tangan aku..sambil tu nes pasang mesin untuk wat CTG, cek heartbeat baby..pastu aku baring lagi samapi mengantuk..pastu laki aku masuk..kitorang sama2 la mengantuk menunggu tengah hari..
Dalam pukul 12lebih, nes masukkan tiub untuk kencing..pastu aku rasa nak terkencing sangat, aku panggil nes cakap aku rasa nak terkencing, pastu dier tunjuk kantung kencing aku,rupa2nya aku dah kencing pun..memang tak rasa pun kita kencing..hihi..malu je..dalam pukul satu, aku pun dibawa ke bilik operation, masa tu laki aku kat mane tah, aku pun xingat..nanti akan ade sorang doc perempuan yang assist sebagai doc bius.yang lain sume nes2 je..tapi tengok diorang slumber je..tak nerves langsung..siap sempat bincang2 pasal nak beli tudung warna ape lagi. Dalam pukul 1.45, doc bius pun datang.dier suruh aku tunduk pegang bantal.pastu dier bius tiga kali kat tulang belakang aku..aku kesejukan giler kat dalam bilik tu..pastu tetiba je aku rasa kaki aku kebas dan tak rasa ape2 dh..
Doc tey pun sampai..laki aku, aku tak perasan plak bila dier sampai..dalam pukul 2, operation bermula..cuak jugak aku..awal2. doc tanya ade rasa apa2 tak..masa tu dier sentuh aku agaknya..aku jawab tak..pastu mula la operasi membelah perut aku..aku memang tak rasa ape2, Cuma aku terasa perut aku kadang2 bergerak ke kiri dan kanan..kadang2 rasa macam orang tengah masuk n tukar gear pun ade..hehe..
Pastu tetiba je aku terdengar bunyi baby menangis..mula2 ade kahak dalam mulut dier agaknye,,sebab tu kurang clear dier nangis..pastu baru la makin kuat n clear..masa tu jugak la meleleh airmata aku ni..tak sangka yang menangis tu la anak aku yang aku kandungkan 9bulan terlebih hari ni..pastu nes pun tolong lapkan airmata aku..pastu aku terasa tangan husband aku plak yang pegang n tenangkan aku..masa tu laki aku cakap beat jantung aku makin laju..agaknya sebab exciter tu kot..pastu tetiba aku rasa cam sesak nafas cikit, rupa-rupanya doc tengah nak keluarkan uri..laki aku cakap nes cina kat sebelah aku tu bersungguh2 tekan dada aku untuk kuarkan uri, Cuma aku je yang tak rasa. Sepanjang operation tu aku pejamkan mata aje..n banyak2kan berdoa..lepas baby kuar,dier terus tunjuk kat laki aku, baby boy. Masa tu belum potong tali pusat lagi..
Pas dah cuci, doc panggil nama aku,,’’siti normah, ni anak awak,lelaki’’.masa tu aku tengok putih jugak anak aku,hehe,,rambut kerinting..(rupanya sebab baru keluar,sebab tu nampak kerinting..)
Operation selesai dalam pukul 3 petang..diorang sorong aku naik tingkat 3 and tempatkan aku kat ward.tak lama kemudian, laki aku pun sampai.dier dah selesai azankan anak aku..aku borak2 kosong je ngan dier..petang, dier pegi kuar ngan kawan..aku pun tidur..
Sampai situ je la yg sy taip..skrg mls nk smbung..hehe..



















