Saturday, May 21, 2011

CERITA TENTANG PEMILIHAN NAMA ANAK



hari ini saya nak bercerita macammana saya dan suami pilih nama anak kami.. Sebelum tu saya ringkaskan maksud nama muiz dan qayyuum

muhammad:yang terpuji

ammar:yang memakmurkan/yang kuat iman

muiz:yang mulia
qayyuum:yang kekal/abadi


pemilihan nama muiz:

saya memang dah lama berkenan dengan nama muiz sebab bunyinya yang macam lembut dan sedap didengar. saya pilih nama tu sejak sebelum pregnant lg. Pastu saya ada membeli satu buku amalan ketika mengandung dan lepas bersalin serta nama bayi. masa tu saya dah bersedia untuk ada anak. bila saya belek2 buku tu saya berkenan dengan nama ammar. kebetulan nama tu dekat bunyinya dengan nama suami,omar.dan dalam ejaan jawi pun lebih kurang aje ejaannya. jadi pada masa tu saya berkenan dengan dua nama..muiz dan ammar. so,bila saya lambat datang period (bajet memang pregnent la)..suami tanya nak letak nama ape..saya pun cakap muhammad ammar muiz.dia setuju je.esoknya bila buat upt test,alhamdulillah positif..masa pregnant anak sulung memang xde prepare nama untuk anak perempuan pun,walaupun saya sebenarnya nak anak perempuan. Kami buat keputusan untuk meletakkan nama ammar kat nama awal anak2 kami xkira la lelaki ke perempuan..



Masa kami letak nama muiz kami tak perasan yang nama tu ada dalam asma ul husna. Tapi alhamdulillah la muiz boleh bawak dengan nama tu sebab orang tua cakap kalau nama anak kita berat,ada sesetengah budak tak boleh bawak dan akan asyik menangis aje.


Pemilihan nama qayyum:


masa pregnant anak kedua,saya memang harap sangat dapat baby girl. So memang takde prepare nama untuk anak lelaki.pastu masa scan 5bln,doc cakap baby saya lelaki.tapi masa tu takde pun cari nama lagi.bila dah pregnant 8bulan barulah suami cadangkan letak nama qayyum.masa tu kami decide nak letak nama anak lelaki kami dengan menggunakan nama2 Allah.maka,anak lelaki kami yang kedua diberi nama qayyum..cuma ayah dia yang letak ejaan pelik sikit,qayyuum..

Begitula cerita tentang pemilihan nama kedua2 putera saya.


Muhammad Ammar Muiz bin Omar Din
17 feb 2009

Muhammad Ammar Qayyyuum bin Omar Din

19 jan 2011

apa yang uniknya tentang muiz dan qayyum ni ialah mereka lahir di hospital yang sama dan lahir pada masa yang sama 2.15petang. Saya juga duduk di wad yang sama selepas melahirkan mereka berdua. Muiz dan qayyum juga lahir pada bulan islam yang sama iaitu bulan safar. Dua2 dilahirkan secara ceaserian sebab kes pintu rahim tak buka.itu saja la cerita untuk hari ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...