Monday, December 31, 2012

Welcome 2013

Assalamualaikum..post pertama 2013..
Semoga tahun ini lebih cemerlang, gemilang n terbilang utk kita semua
Siti Normah, think positive ok. .

Sunday, December 30, 2012

Hari terakhir 2012

Berdebar2 bak melalui 2013.. Tahun terakhir untuk saya menyiapkan Phd. Ya Alkah, mampukah aku? Permudahkanlah urusanku utk tahun hadapan. Semoga aku daoat menjadi hamba yang bertakwa, isteri yang solehah, ibu yang hebat serta pelajar yg berdedikasi. Walaucammanapun, priority ttp pada anak2..tapi phd mesti dihabiskan dlm 2013. Ya Allah, permudahkankah semuanya..

Tuesday, November 27, 2012

Fattah dah 4bulan setengah..

Cepat je masa berlalu. Anak kecik sy dah 4bulan lebih. Bila masuk ke umur begini,ramai yg tanya xbg makan lg ke. Sy cume ckp,belum. Tapi ada juga makcik2 sy cuba nak bg Fattah makan (durian dan kueh2). Harap2 sy mampu bertahan sehingga umur Fattah 6bulan. Kalau sy tengah makan,memang sy tak bagi Fattah tengok,takut dia terliur pula. Hehe.
Antara perkembangan Fattah di usia 4bulan
Berat sudah 7.8kg (naik 1kg)
Masih eksklusive bf
Dah pandai mengiring
Dah pandai toleh bila orang panggil nama dia
Dah cam ummi. (bila ummi nk g skol,dia tgk je xlepas)
Dah stat masuk walker,tapi dia macam tak berapa minat
Tido dah tak berbedung
Suke masuk jari2 dlm mulut
Kalau nampak abang2 main,dia yg terjerit2 lebih excited.
Dah pandai pgng mainan
Suke snyum n kuat jerit

Sepanjang bulan ni ummi bjaya mengepam 1246oz utk Fattah dan Qayyuum. Alhamdulillah semoga murah rezeki susu untuk anak2 ummi.

Thursday, November 8, 2012

Ni memang adik abg muiz!!

Speechless! Memang sama kan gambar Muiz masa umur 3bulan dgn Fattah berumur 3bulan. Cuma Fattah lebih chubby sebab berat Muiz masa ni dalam 6.5kg sdgkan Fattah sudah 7.7kg.


Nur Fatnin Zinnirah

Entry kali ni sy nak bercerita tentang anak angkat saya. Memandangkan kesemua anak sy boy, suami sy telah berniat untuk membuat anak sahabat baiknya sebagai anak angkat kami sekiranya baby tersebut ialah girl. En suami siap suruh sy susukan supaya tidak terjadi hal aurat nanti dgn baby tersebut.

Anak kawan kami ni merupakan anak kedua. Mereka juga mempunyai anak lelaki yg berumur 2tahun. Nama baby ni,sy dan En. Suami yang pilih.hehe. Keluarga Fatnin memberi penghargaan kepada kami untuk memilih anak untuk anak mereka.
Nama yang diberi adalah Nur Fatnin Zinnirah binti Zulkifli.
Nur- cahaya
Fatnin- yang bijak
Zinnirah- cahaya yang dikembalikan.

Fatnin dilahirkan pada 10may 2012. Maksudnya Fatnin lahir awal 2bulan dari Fattah.Saja sy berikan nama yang dekat bunyinya dgn nama Fattah,ala2 kembar gitu.hehe. Selepas sy bersalin, sy mula untuk memberi susu kpd Fatnin. Kebetulan pada masa tersebut Fatnin memang reject botol,jadi sy terpaksa bg direct kepadanya. Cuma untuk cukupkan syarat 5x kenyang je. Ibu Fatnin memang jenis yg banyak susu. Memang cabaran untuk sy direct feeding Fatnin sebab Fattah yg pada masa tu berumur sebulan sangat kerap menyusu,jadi sy tak ada peluang untuk menyusukan Fatnin. Tapi dapat jugak la sy susukan direct sebyk 2x. Bila Fatnin dah pandai isap botol,sy bg botol je n cukupkan syarat 5x kenyang. Kini sy mempunyai 3orang ank lelaki n seorang anak perempuan.hehe. Dapatla lepaskan gian nak beli baju baby girl. Hehe.

Ni la gambar fatnin semasa baru dilahirkan dan latest berumur 6bulan. Berat Fatnin pun ringan je, 6bulan 6kg.(saya syak Fatnin tak dapat hindmilk sbb menyusu sekejap je dah stop sdgkan susu ibunya banyak n tidak pernah dipam. Saya pernah terangkan kepentingan hindmilk,tapi mungkin ibunya tak berapa faham). Fatnin ni ringan montot,baru 6bln dah nampak tanda nak merangkak.

Itu saja la kisah anak dara saya.



Halangan kenapa saya tak dapat fully bf Qayyuum semula

1)halangan utama pastinya sebab demand susu Qayyuum yg tinggi tetapi Qayyuum dah tak direct lagi.
2)kadang2 stok susu cukup untuk Qayyuum sebab sekarang saya dapat bagi 5-6botol x6oz sehari, tapi
-bila tengah malam kalau dia bangun nak susu,tak sempat sy nak panaskn (tapi biasa Qayyuum tak bangun malam)
-kalau pergi berjalan memang sy sediakan fm je.kalau ebm nanti kena panas2kn semua.
-bila balik jb n Qayyuum dijaga oleh ayah atau adik2 sy.kalau dgn adik2,mmg diorg tau cara nak handle ebm sy.

Buat masa ni secara purata sy dapat mengepam 35-45oz.sy akan mengepam sbyk 3-4kali sehari. Sejak Fattah masuk umur 3bulan,sy berazam memberi lebih banyak hindmilk untuk meningkatkan berat bdnnya memandangkan sekarang Fattah tidak lah kerap menyusu seperti sebelum ni kerana dia mula pandai bermain. Selain tu,sy cuba mengubah teknik mengepam saya,dgn mengepam 15min.rest 5min n pam lagi 10min.dgn cara itu,sy akan mendapat lebih susu,dalam 3-4oz setiap sesi. Selain itu,cara tersebut juga pada saya dapat membantu sy mengosongkan breast dgn lbh efisyen dan menghantar signal ke otak yg sy memerlukan lbh byk susu. Sy akui sy tak dapat buat power pumping dgn kerap,sebab biasanya sy tak sempat buat power pumping sampai cukup sejam kerana Fattah kdg2 menangis.

Gambar dibawah menunjukkan stok ebm sy sy biasa dapat dlm sehari


Thursday, November 1, 2012

Didikan Al-Quran sejak bayi

Dipetik dari Islamic Parenting
Network.

Alangkah baiknya jika pendengaran bayi
disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat
Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana
bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura
bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari
bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai
bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan
melekat dalam otak mereka. Menjadikan
mereka senang untuk melagukannya bila agak
besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak
yang akan diingat hingga mereka dewasa.
Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya
dan secara automatik, susu yang di
hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al
Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep
letak air ketika kita membaca Yassin. Air
Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang
kerasukkan histeria dan lain-lain.
Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang
didedahkan dengan kata kata yang elok atau
ayat Al-Quran mempunyai susunan molekul
yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan
susu badan kita jika kita sendiri mendengar
ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan
kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya,
malah susu badan kita tersebut penuh dengan
khasiat kerohanian yang akan menjadi darah
daging anak kita. Jadilah anak ini secara
semulajadinya suka akan Al-Quran.
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita
hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan
iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah
sampai kerumah, ibu berpantang di bilik
bersama bayi sambil melihat cerekarama/
telenovela tidak kurang juga drama korea dan
pelbagai rancangan lagi yang dihiburkan
kepada kita setiap hari.
Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan
salahkan mereka jika bila dewasa mereka
menyerap apa yang telah diperdengarkan
kepada mereka sedari bayi. Pendedahan
semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak
seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan
dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila
mereka dewasa nanti.

Wednesday, October 31, 2012

Kisah penyusuan kali ni..

Alhamdulillah spnjg 3bulan stgh usia Fattah ni sy dpt nyusukn dia spnuhnya. Masa Qayyuum dulu,lps umur sbln sy cmpur dgn fm kerana dia ada masalah beratbadan. Masa tu sy kurang ilmu tentang bf ni. tapi alhamdulillah kali ni susu memang sangat meriah,dan dapat sy kongsikan dgn Qayyuum susu tersebut. Buat masa ni saya dapat bekalkan 4-6kali x6oz susu sehari utk Qayyuum. Dan sekarang Qayyuum 80% minum susu ummi. Rasa bersalah sangat sebab terpaksa stop bf Qayyuum masa umurnya 11bln sbbkn sy preggy. Tapi alhamdulillah masih dpt bg dia susu ummi walaupun bukan 100%.

Secara purata,sy akan pam susu 3-4x shari dgn total 35-43oz. Fattah kbnyakannya memang direct je sbb sy byk masa di rumah dgn dia.Sy cuma akan bg Fattah susu dlm botol slps mndi pg dan ptg  sebab bila dia tidur lama ckit,dapatla sy kemas2 dan memasak. Selebihnya memang untuk Qayyuum.

Sy mula mengepam sejak dari keluar hospital 3x sehari. Pada bulan pertama,sy dapat mengepam sbyk 607oz. Pada bulan kedua,sy mengepam sbyk 843oz.pada bulan ketiga,sy mengepam sbyk 1071oz. Semua susu trsebut mmg sy xde buat stok pun sbb dh bg pd Qayyuum. Nanti sy sambung lg ye.excited nk cite tntg susu ni.hehe.

Saturday, October 27, 2012

Jom update ckit

Salam
Dah dekat setahun lebih blogku x berupdate. Tetiba tergerak hati nak bukak blog. Bila baca entry lama2 tu rasa rugi pulak x tulis,.sbb ni la kenangan. Lain kali boleh baca lagi.
Tahun lps sy update sampai  Qayyuum umur 4bln je.skrg Qayyum dah pun 1tahun10bln,, dan dah mendapat seorang adik pun.hehe. Adik Qayyum telah pun berumur 3bln stgh. Namanya Muhammad Ammar Fattah bin Omar Din. Dob 13 July 2012 lahir pada hari Jumaat pukul 6.19pm. Nampaknya dah 3 la anak teruna ku. lepas ni tinggal 1 peluang je lagi.huhu.

Test

Test post guna nset.agak jakun ckit.haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...