Tuesday, December 11, 2018

Belajar azan

Ummi simpan video ni kat sini buat kenangan. Post kat fb kan orang cakap menunjuk pulak😂

Hari pertama ayah ajar azan kat diorang.

Esoknya masa azan Maghrib Qayyuum yang azan pulak



Selesai join kem tahfiz 2minggu

Alhamdulillah dah berkumpul semula Ammar5 ummi

Plan asalnya mmg nak masukkn kem sekejap je
Walaupun kem tu patutnya sebulan.
Nak masukkan dalam 1-2minggu, sbb nak latih diorang berdikari
Kebetulan ade masalah ckit dengan pihak management sana, ayah terus keluarkan diorang.
Sesungguhnya perancangan Allah tu lg hebat kan.

Waktu ambik hari jumaat tu memang x ckp dgn diorang nak amik terus
Memang setiap kali balik mmg kena angkut baldi n brg2 semua sbb takut hilang😅

Diorang pun sangka mmg ummi nak hantar balik kem hari sabtu
Mmg saje taknak bgtau dulu nak tengok reaksi diorang suka tak duduk sana
Alhamdulillah nampak dua2 seronok kat sana
Belajar macam2 dan boleh apply kat rumah

Alhamdulillah dua2 boleh suaikan diri kat sana
Apa2 yg ustaz ajar diorang blh terangkan n cerita balik kat ummi n ayah
Skrg kat rumah tgh cuba praktikkan balik ape yg bljr kat sana
Ada belajar ilmu baru jgk
Belajar solat hifzi yg bertujuan supaya ingatan kuat utk ingat hafazan
Balik rumah ni tengok diorang lg enjoy ngaji n solat
Tak payah suruh2 sangat
Solat dhuha pun buat 4 rakaat sama mcm kat sana
Dah tak malu2 baca azan dan iqamat. Tapi belum pandai sangat nak lagukan azan. Hehe

Kem ni mmg sangat membantu anak2 lebih dekatkan diri pada islam
Semoga ilmu2 yang dipelajari dpt dipraktikkan dan boleh istiqomah sampai bila2 hendaknya♥️

So buat masa ni ada satu option lain untuk anak ummi. Plan nak hantar ke tahfiz di Segamat. Kebetulan kawan di tahfiz tersebut kawan ummi, jadi dia boleh terima Muiz dgn Qayyuum. Cuma kesian kat diorang kecik lagi. Kat sana bukan slalu boleh balik. Setahun 3x je cuti

Jadi buat masa ni ayah decide nak latih diorang sendiri. Tempoh percubaan dlm bulan December ni. Semua peraturan dan jadual ikut macam kem tahfiz sebelum ni. Task bulan ni habiskan juzuk 30 dulu.

Mula kem hari isnin 10.12 aritu. Semua start bangun 4.30pg, ayah bawak gi surau. Dan mula menghafal kat surau.

Masa kat jb ummi belikan rehal ni. Qayyuum tuntut janji abis hafal alkahfi ummi nak belikan. Kebetulan ada rezeki lebih, ummi belikan la diorang. 





Time menghafal sibuk duduk dpn abg dia jgk
Abg dia marah sbb keliru bile dengar adik dia baca
Suruh adik dia duduk jauh2. Macam kembar nak melekat je😂











Friday, December 7, 2018

Melawat anak2 minggu ke-2 di kem tahfiz

Buat suprise kat diorang
Tetibe ummi dtg arini xbgtau diorang pun
Ckp diorang ummi dtg melawat esok je
Ni ummi bawak balik jb rumah nenek yah. Hehe


Dapat eskrim. Orang sedekah agaknya







Faris, kawan satu kem dgn Muiz Qayyuum

Lepas tu ayah pegi beli kfc, belanje kfc utk kawan2 tahfiz



Mula2 ummi pelik nape dia pakai jubah siap2. Rupenye nak balik kena pakai jubah

Walaupun serban dah tak serupa serban, tetap comel ummi tengok😁





Sebenarnya ade insiden berlaku pasal kfc ni, tapi malas la nak cite. Huhu




Nampak besar dah anak ummi ni










Lps solat asar, semua baru masuk dorm nk makan kfc ramai2 kat dulang





Lepas tu pegi rumah kawan ayah berdekatan dgn tahfiz sana. Tuan rumah mmg pemurah sangat. Siap masakkan mcm2 utk kami


Solat jemaah sama2 kat rumah kawan ayah. Kawan ayah tak join sama, sebab budak2 ni solat jamak





Sejuk hati ummi tengok

Pegi rumah kawan ayah
Ayah berborak lama sgt
Sementara tunggu tu
Diorang amik tafsir Quran kat kereta
Terus nak menghafal

Muiz ummi x perasan tgh hafal ape
Qayyuum ummi suruh start juzuk 30 dia xnk
Dia nak mula al-baqarah
Siap tanya dah hafal al-baqarah dpt hadiah ape
Ummi yg seram dgr😂
Tadi dah hafal sampai ayat 9
Dia jenis bila dia kata nak buat, dia akn buat
Tak mustahil dia blh hafal. Huhu

Semoga istiqomah anak2 ummi
Jadi insan yang cintakan al-quran♥️♥️♥️





Alhamdulillah suka ummi tengok semangat diorang. Ummi sayang korang😘😘😘


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...