Monday, December 3, 2018

Pengalaman anak2 seminggu di kem tahfiz

Alhamdulillah dekat seminggu Muiz & Qayyuum join kem tahfiz. Mula 24.11 aritu, hari sabtu. Waktu hantar diorang tu diorang baru baik demam. Memang tengah on ubat masa tu. Qayyuum masih batuk2 kuat masa tu. Ummi pun risau tengok keadaan Qayyuum. Tapi tawakal, insyaAllah semua ok. Ummi pun masa tu mula tak ada suara, serak2 dah. 

Hari isnin tu Pagi tadi Muiz call ummi
Ummi, ni abg Muiz
Lps tu bunyi bising2 ckit
Qayyuum pulak ckp, ni Qayyuum
Terus terputus
Ummi rasa diorang tgh testing public phone
Masukkan 20sen je agaknye
Itu je la boleh ckp😂😂

Petang tu pun diorang call. Tapi masa tu ummi tersilent phone, jd tak berangkat 4x diorang call. Rasa bersalah sangat sbb tak dapat angkat. Ummi pun tak espect diorang akan call masa tu. 

-Selasa, 27 Nov-
Arini ummi tunggu dia call
Bajet2 mmg pukul 6 cmtu
Dia call pun

Ummi, ni abg Muiz
Ummi tgh buat ape
Ummi jwb ummi tgh duduk2 kat depan
Ummi tnye dia, abg Muiz tgh buat ape?
Dia jwb, ape mi? Sambil dgr bunyi bising2 
Putus talian

Tunggu jgk dia call lg tp xde
36saat je
Masukkan 20sen agknye. Huhu
Lupe nk ajar masukkn duit syiling byk2 ckit. Huhuhu

Suara ummi tgh serak
Beriye smlm minum air asam jawa
Biar cpt baik 
Sng nk ckp kalau abg Muiz call😂


-Rabu, 28 Nov-
Arini abg Muiz call awal ckit
Ummi tgh drive masa tu

Dia call je terus ummi ckp masukkan la duit byk ckit
Dia jawab ok

Dia srh amik esok
Tnye dia ustaz ckp blh blk ke
Dia kata aah😂

Ummi pun wasap ustaz
Ustaz ckp xyh la balik
Diorang dah ok kat sini😂

Tapi ayh ckp esok nak gi amik
Ayh kata rindu Qayyuum. Haha

Lama arini Muiz call (2minit25saat)
Dpt la ummi ckp ngan Qayyuum
Tnya dia dah baik batuk belum
Dia kata batuk ckit2 je
Lega ummi dgr

Ok jumpa esok
Ummi is x sabo😂😂

-Khamis, 29 nov-
Pukul 11 pagi Muiz ada call tanya ummi sampai pukul brp. Ummi cakap dalam pukul 3ptg. Dia cakap datang cepat2. Ummi jawab ok yelah.

Dalam pukul satu petang ummi ayah gerak dari rumah. Sampai sana dekat pukul 3ptg. Masa tu diorang tengah kelas mengaji kat surau. Ayah jumpa dengan mudir dulu borak2 tanya perkembangan diorang. Lepas tu Muiz Qayyuum amik barang2 semua. Ustaz suruh bawak balik semua, sebab takut hilang. Jadi angkut la semua baldi pun angkut balik😅.

Ayah cakap mudir bagitau diorang belum boleh handle diri dengan baik. Kat sana belum pernah basuh baju. Ummi tanya, kenapa tak basuh baju, dia kata baju banyak lagi🤦‍♀️. Rupanya mandi sekali sehari je, memang la baju banyak lagi. So ummi dah membebel2 la kat diorang tentang pengurusan diri. 

Balik rumah malam tu ada kenduri, lps tu ummi suruh diorang basuh baju semua sendiri. Basuh, bilas, perah dan sidai. Kebetulan bibik mmg xde waktu malam, memang suruh diorang buat sendiri. 

Jadual aktiviti harian diorang di kem tahfiz
Bangun pukul 4lebih. Ustaz kejut bawak rotan lagi😅. Muiz biasa senang tersedar. Qayyuum Muiz yang kena kejut.  Tanya Qayyuum, ustaz bawak rotan ke. Dia pun tak tau, sebab tak sedar masa ustaz kejut. 
Bangun tu terus ke surau solat tahajud, lepas tu duduk diam sambil tunggu subuh. Ada jugak yang tertidur, nanti ustaz marah sape yang tidur😅

Lepas solat subuh, ngaji sampai pukul 7.30pagi. Lepas tu sarapan sampai pukul 7.45pagi. Lepas tu buat aktiviti sukarela, gotongroyong bersihkan kawasan tahfiz. Biasa Muiz Qayyuum bersihkan tempat wudhuk. Lepas tu sambung kelas sampai pukul 10.50pagi. Solat dhuha. Pukul 11pagi boleh tidur sampai pukul 12. Tapi biasanya budak2 ni memang tak tidur, sebab siang hari kan bising, mana la dapat lena. Huhu

Pukul 12 makan tengah hari. Lepas tu siap2 untuk solat zohor. Lepas tu ngaji. Program fardhu ain pulak. Lepas tu terus solat asar. Habis solat boleh riadah petang, main bola dll. Biasa pukul 6ptg diorang tgh free, masa tu la Muiz call ummi. 

Lepas tu mandi, makan, solat Maghrib, ngaji, 
Solat isyak dan solat hajat. Biasa pukul 9mlm dah bersurai boleh masuk dorm. Muiz kata biasa pukul 11mlm diorang tidur.

Macam tu la rutin setiap hari. Muiz Qayyuum mmg alert dgn masa, sbb memang dilatih 24jam pakai jam. Jadi diorang dah biasa hidup berjadual. Tahu pukul ni kena buat apa, pukul ni,kena buat apa. 

Hari khamis, jumaat masa kat rumah tu memang ummi bagi main game puas2. Berenti cuma masa solat , makan n mandi je. Tapi jumaat tu lps solat Maghrib ummi suruh baca Alkahfi dulu ramai2 baru boleh sambung main game. Dalam pukul 9malam, ummi suruh kutip baju yang dah kering, suruh diorang lipat sama2. 

Sabtu pagi pun pulun main game.  Tengahri dah gerak. Singgah econsave beli cadar kejap dan beli stok makanan. Lepas tu balik tahfiz, ayah pasang almari baju diorang. Muiz kat sana tiap kali lepas call ummi dia nangis. Qayyuum steady je. Jadi ummi pesan jangan nangis. Dia angguk. Kali ni hantar, ayah ada mmg dia tak berani nak nangis. Cuma bergenang airmata je. Huhu. Qayyuum ok je, sengih je ummi bg nasihat n pesanan macam2. 

Waktu hantar diorang balik tu, nenek n acik ude ada kat kampung. Jadi diorang singgah tengok Muiz Qayyuum skali. Cik ude tanya Muiz best tak. Muiz jawab, nanti abis kem nak masuk skolah balik😂. Qayyuum menyampuk, eleh, nanti umur 13tahun kne masuk asrama jgk😅. 

Nak ikutkan Qayyuum ni lagi ready nak masuk. Cuma umur dia baru 7tahun so x lepas takut tak pandai handle diri. Bila ayah cakap kena masuk tahfiz, dia cuma tanya, berapa tahun masuk tahfiz. Ayah kata 3tahun. Dia ok je. Dia dah set target 3tahun mesti habis😅

Ok kita tengok next progress minggu ke-2 nanti pulak macammana budak2 ni😅


Ayah baru jumpa diorang dari surau. Kat sini aktiviti kat surau wajib pakai jubah putih dan serban putih

Dah kurus dah ammar Qayyuum ummi ni. Sebab demam aritu, berat turun 2kg. Huhu

Muiz n Qayyuum♥️♥️

Kat rumah ummi ajar lagi skali lipat baju dan seluar

Waktu hantar balik tahfiz adik2 dia join sama lanyak katil abg😅


Ni sesi basuh baju sendiri kat rumah

Actually waktu diorang balik tu ummi tengah takde suara. So ummi tak dpt la nak membebel bagi nasihat dan pesanan byk2. Sampai skrg pun masih serak2 lagi. Harap masa jumpa diorang nanti, ummi dah ada suara la. Banyak pesanan nak bagi ni. Huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...