Friday, July 19, 2013

Si dia genap setahun

Alhamdulillah Ammar Fattah dah berumur setahun. Kejap je rasa,tengok2 anak ummi ni dah besar. Dah tak baby lg.huhu
Genap juga lah ummi susukan Fattah setahun. Yeay!! Ummi dah dpt degree in breastfeeding. Sempena genap ummi susukan Fattah setahun, ummi request kat ayah belikn ummi sparepart kit utk fs kesayangan ummi ni. Untuk Fattah pulak,ummi nak belikan hadiah basikal je. Tapi belum cari lg yg berkenan di hati
Ummi doakan Muhammad Ammar Fattah jd ank yg soleh,yg menyenangi hati ummi n ayh selalu. Semoga sukses kehidupanmu wahai anak. Ummi n ayah serta abg2 sayang Fattah ketat2!!

Thursday, June 20, 2013

Kisah breastfeeding- setelah Ammar Fattah 11 bulan

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan sepanjang sy menyusukan Fattah
Tak pernah sy sakit2 pinggang kerana menyusukan dia. Jarang sekali sy kena nipple crack sepanjang menyusukan dia. Sy sgt enjoy dgn penyusuan kali ini. Sy juga enjoy stp pumping session dgn bantuan medela freestyle sy. Melalui pengalaman ke-11 bulan penyusuan juga merupakan pengalaman pertama sy. Berdebar2 melalui pengalaman menyusukan toddler. Tapi yg pasti,pattern penyusuan kanak2 setahun memang berbeza. Mereka dah kurang menyusu dan bangun malam. Mudah2an tercapai hasrat sy nak menyusukan sehingga 2tahun. InsyaAllah boleh tercapai selagi Fattah belum ber'adik'.:-)

Sunday, June 2, 2013

SAYA NAK BERJAYA

Ya Allah berikan aku kekuatan
Berikan aku kejayaan
Permudahkan setiap urusanku yg Allah
Amin ya Rabb

'Rezeki PhD datang dari Allah'

Monday, May 27, 2013

Perihal sang anak

Assalam
Sambil mengepam susu ni,sempat utk sy brcerita tntg ank2 bujang sy yg makin membesar.
1) Ammar Muiz
Alhamdulillah jd seorg abg yg baik walau kdg2 nampak sikapnya yg inginkn perhatian. Kalau siang memang xreti tdo.asyik tengok kartun aje. Tapi malam pkul 9 dah tertido. Dah pandai tidur sendiri
2) Ammar Qayyuum
Anak ummi yg ni unik ckit. Manjanya terlebih. Susah sgt nak tdo malam. Bangun pagi pun liat. Kurang lasak berbanding Muiz
3) Ammar Fattah
Si kecik ummi ni amatla lasak sekarang. Bila letak dlm walker,laju je dia keluar. Yg paling ummi risau sebab dia suka masukkn brg dlm mulut. Terasa cepat je dia membesar

Anak oh anak...

Monday, May 13, 2013

Fattah genap 10bln

Alhamdulillah arini Fattah dah 10bulan. Rasa cepat je masa berlalu. Kejap je dia dah besar. Ni yg ummi rindu baby lagi ni :p

Arini jugak 1st time ummi dengar Fattah sebut emmi. Ada la 2-3 kali. Rasa terharu pulak.

Minggu lepas Fattah dah pandai berdiri,kemudian pandai merangkak, kemudian pandai duduk. Reverse cycle mcm abg Qayyuum dlu.

Alhamdulillah masih dapat lagi fully bf Fattah lagi. Purata ummi pam dalam bulan ni 30oz shari. Drop berbanding bulan lepas. Puncanya semasa bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu, sy cuma dapat pam 2x sehari. Bila balik rumah,susu mula drop. Sekarang masih dalam proses nak tingkatkan susu semula. Tapi kali ni sy tak stress,just relax. Cuma sy panjangkan waktu mengepam. Kalau sebelum ni pam selama 15min, sekarang0sy pam 25min. Mudah2an susu sy akan pulih semula.

Sunday, May 5, 2013

5 Mei 2013 first time mengundi

Semalam 1st time sy mengundi. Sy mengundi di zon kempas. Manakala suami di yong peng. Saya sampai dalam pkul 9am. Dekat setengah jam juga beratur. Sy tak tahu kalau bawa anak kecil,xpayah beratur.kalau tau,dah bwk Fattah dah.hehe.

Wednesday, May 1, 2013

Ulangtahun kelahiran ke 28

Alhamdulillah hari ni usia sy brtambah lagi. Syukur tak terhingga kepada Allah atas nikmat dan kurniaan yg diberi sepanjang 28 tahun ini. Terima kasih atas nikmat kasih sayang yg Engkau beri bersama suami serta 3 org putera. Juga dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat handai yg sentiasa mengambil berat

Azam sempena umur 28tahun ni
-tingkatkan amal ibadah kepda Allah
-berusaha jd isteri yg sentiasa menyenangi hati suami
-berusaha jd ummi yg dpt mendidik ank2 menjadi anak soleh
-sbr melayan kerenah anak2
-nak habiskan phd tahun ni jugak!!
-dan byk lg azam2 kecil yg lbh positif

Monday, April 1, 2013

Update gambar anak2

Gambar terkini anak2
Muiz 4y1m 15kg
Qayyuum 2y2m 14kg
Fattah 8m 10kg

April datang lagi

Kejap je dah 2hb April. Tak ada apa yg special tentang April,cume pertambahan usia. Dan kena lipatgandakan usaha nak abiskan phd. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..

Tuesday, March 19, 2013

AMMAR FATTAH DAH 8 BULAN

Pejam celik, pejam celik, kejap je fattah dah genap 8bulan minggu lepas. Apa yg ummi perhatikan byk betul perkembangan positif menjelang umurnya 8bulan. Antaranya:
-berat 9.9kg
-dah mula maju menyusur bila meniarap
-sekaligus pandai angkat montot nak merangkak
-dah mula makan nasi blend dan skrg ummi bg nasi lenyek je.hehe
-dah pandai xreti duduk diam
-bila balik jb,ingt main je x abis2
-masih lg fully bf dgn purata 35oz shari ummi pam.bulan ni dapat ckit disebabkan ummi demam teruk haritu
-dah stabil bila didudukkan,tapi masih belum pandai duduk
-bila org amik mainan/brg dari tangan dia,kuat dia melalak
-rambut dah 2bulan setengah tak potong
-dah pandai salam,tepuk amai2, dan hulur tangan bila nak didukung
-dah pandai taknak duduk dalam walker,kangkang2 kaki n pegang baju ummi bila ummi nak masukkan
-baju2 abg Qayyuum masa umur setahun dia dah muat pakai

Sunday, March 10, 2013

Cabaran di tahun akhir pengajian

Debaran semakin terasa. Fikiran semakin rungsing bila memikirkan urusan phd yg entah bila akan selesai. Masa memang tak selalu cukup. Tapi sy pasrah dan berserah pada Allah.

Nak ikutkan masa sy seharian memang habis untuk mengerjakan kerjarumah. Nak curi masa untuk mengadap research memang susah. Tapi tak elok untuk menyalahkan hal2 lain semata. Saya sendiri tak dapat all out sepanjang 3tahun ini. Tapi ini sesuatu yg harus sy korbankan bila sy memilih untuk melihat anak2 membesar di depan mata. Cuma satu alasan sy, mereka membesar sekali sahaja seumur hidup sy. Tak akan sy abaikan masa yang begitu berharga hari ini bersama mereka.

Saya ingin berjaya dalam kedua2nya. Semoga Allah merahmati dan memudahkan setiap langkah saya. Amin..

Sunday, February 10, 2013

Musim hujan

Salam
Lama x mencoret di sini
Lapar pulak musim2 ujan ni
Kat rumah x ada apa nak dimakan
Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...