Sunday, March 17, 2019

Kisah Kuarantin Seminggu😅



Kena kuarantin minggu ni 
Muiz Qayyuum ddk rumah 
Xboleh duduk asrama
Sbb progress x memuaskan minggu lepas

Qayyuum bile dah kena push, dia dah on track blk
Kena capai target ujung bln ni
Tapi dia lg 3muka je nak abis

Muiz pulak tertinggal 3-4muka dari Qayyuum
So dia kena struggle lbh ckit la
Petang lps kelas pun kena curi masa menghafal kt rumah
Kalau x ayah nk hantar asrama lain nnt😂

Minggu ni last kelas
Minggu dpn dah cuti
Cuti tu takut xdpt selesaikan sampai target

Ummi pun seram bile diorang cuti lama
Sbb bile dah menghafal, x boleh tinggal sehari pun
Mesti mengulang spya x lupa

Tanya Qayyuum,klu abg Muiz masuk asrama lain Qayyuum nk ikut x
Dia diam je
Tanya, ok x klu hntr abg Muiz asrama lain
Dia diam je
Sayang betul dia ngn abg dia, mana nak berpisah. Huhuhu

Sunday, February 17, 2019

Happy 10th birthday Ammar Muiz










Selamat hari lahir buat ank ummi MUHAMMAD AMMAR MUIZ yang ke-10 tahun.

Semoga jd ank soleh yg menyenangkan hati ummi ayah sentiasa dan taat perintah agama. Semoga abg Muiz dpt jaga adik2 dgn baik.

Seiring dgn usia dia, alhamdulillah abg Muiz makin matang. Dah jarang buat ummi marah. Faham tanggungjawab dan tugas yg abg Muiz kena buat.

Sekarang ummi wajibkn dia mintak maaf stp kali jumpa dan salam ummi. Mula2 malu2, lama2 dah makin ok  "MINTA MAAF UMMI, ABG MUIZ NAK JD BUDAK BAIK".  Susah nak ucap tapi abg Muiz makin berani cakap. Ummi pun akan peluk abg Muiz kuat2 lepas tu. Ummi suruh abg Muiz minta maaf selalu sbb ummi nk abg Muiz mudah menghafaz Quran bile x ada salah dgn ummi ayah.

Masa ummi kat wad, ayh ckp berjurai air mata dia bile ckp ummi sakit. Sbb slalu xnk dgr ckp ummi. Huhu. Bile dah keluar tu, dia selalu tanya, ummi dah sihat ke. Ummi semput dari kecik2 ke. Mcm2 la dia tnye tanda amik berat kat ummi.

Semoga Muiz berjaya dlm semua urusan dunia dan akhirat. Ummi sayang abg Muiz. Terima kasih selalu tlg ummi jaga adik2

Ummi, ayah, Qayyuum, Fattah, Hadziq, Rizzqi sayang Muiz💓💓💓

MUHAMMAD AMMAR MUIZ
Ammar #1
17/02/2009 2.15pm 3.3kg

Monday, February 11, 2019

Tq little sister♥️


Tq little sister
Selalu ada waktu akak dia memerlukan😢

Masa tau kena warded aritu asben suruh dia temankan
Tapi rasa mcm x payah la nak susahkan
Masa tu pun tak teruk sangat

Tapi nasib la cik ude dtg jgk dr jb temankan
Tak jangka waktu petang tu boleh sesak nafas teruk
Ade hikmahnye rupenye cik ude temankan
Sbb masa tu dh suruh asben balik, sbb tgk keadaan ok
Nasib cik ude ade,  boleh tlg panggilkn nes saat kecemasan tu

Lps kluar icu n masuk wad biasa cik ude yg tlg jaga mlm tu
Tak tido dia sbb kt situ ramai org, x berapa selesa. Huhu
Petang dia balik hotel, mak pulak jaga
Dia dpt la tidur kejap

Tapi alhamdulillah dpt tukar wad bilik sorang
Selesa la ckit cik ude nk tido n temankan akak dia ni
Tlg belikan nasi goreng cina
Sedap nasi goreng cina kt cafe tu😂

Masa tak sedar kt icu tu
Dia la yg tlg reply whatsapp customer n submit order
Dah off iklan, tp ade jgk cust yg whatsapp
Nasib la bidang sama, dpt la mintak tlg dia
Sebenarnya x mintak tlg pun, tapi dia yg tau nk buat sendiri

Phone tu locked sebenarnya
Tapi sbb muka kitorang ade iras2, jd dpt la dia bukak fon tu guna face detection🤣🤣🤣
Kalau x risau jgk customer yg dh payment tp x reply whatsapp dia

Tq cik ude sudi temankan 6hari kat wad
Siap hantar balik rumah lagi aritu
Jasamu dikenang sentiasa
Semoga Allah balas dgn sebanyak2 kebaikan
Ameen♥️♥️♥️

Tq jgk utk semua, mak ayah yang sama2 berkampung kat bp masa tu. Asben, anak2, mak mertua tlg tgkkn ank2. Semua ahli keluarga yg dtg menziarah dan semua yg mendoakan dari jauh. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik2 hendaknya. Ameen.. 

Gambar lama tahun 2016
Skrol2 fb gmbr ni je yg ade gambar kita berdua😂
I ♥️ my family

Ammar Rizzqi 1y7m 07.02.2019



07.02.2019- Alhamdulillah Rizzqi genap 1tahun 7bulan arini.

Perkara yg ummi takuti dan x mampu terbayang bila terpaksa berhenti susukan dia aritu. Dulu masa abg2 dia risau pregnant lg je, nnt kne stop susu sblm umur 2tahun. Rupanya baby last ummi ni Allah uji, ummi kena tahan wad 6hari. 6hari dia stop menyusu. Tapi alhamdulillah bila blk tu mmg dia nk melekat je ngan ummi. Syukur Allah bg nikmat lg utk ummi susukan baby last ummi ni. Harap sempat sampai umur 2tahun. Ameen..

Semoga jadi ank soleh MUHAMMAD AMMAR RIZZQI BIN OMAR DIN. Ummi sayang budak manje ummi ni. Sihat membesar minum susu ummi ye♥️

Imam muda ummi
Imam #5
Muhammad Ammar Rizzqi
07.07.2017 
6.15pm 3kg

My 1st & 2nd hero



Best partner ever

Dari kecik mmg ngam berdua
Walaupun umur beza 2tahun, tapi progress diorang dlm byk hal lbh kurang sama
Kadang2 si adik nampak lg menyerlah
Tapi ummi sentiasa bg semangat dan dorongan
Jadi si abg dapat balik on track sama dgn adik dia sama2 semula

Dalam bidang hafazan pun diorang tetap sama2
Mmg dah jadi partner
Biasa progress sama, kalau beza pun cuma satu muka

Diorang dah pandai motivate diri sendiri
Tau matlamat n tau ape yg diorang kena buat setiap hari
Jarang main2, sbb masing2 dah tau task masing2
Ustaz cuma pantau je tengok2kan

Smlm tnye diorang, suke x menghafal Quran
Yela risau jgk kalau diorang tension ke ape, tapi takut nak cakap
Alhamdulillah masing2 ckp mmg suke menghafal
Suke rela nak hafal

Semoga semangat diorang terus membara
Utk menghafaz kalam Allah
Ummi doakan dari jauh♥️

Ammar Muiz + Ammar Qayyuum
10y & 8y
Partner tasmik
Ammar #1 & #2

Saturday, January 26, 2019

Al-Quran baru untuk Muiz, Qayyuum, Fattah


Masa kat jb ummi bawa anak2 ke angsana sebab dah cari Al-Quran baru untuk diorang. Sebelum ni diorang guna tafsir je. Quran baru ni lah yg diorang akan guna untuk menghafaz quran sampai habis 30 juzuk


Masing2 pilih sendiri quran yg diorang nak. Muiz Qayyuum pilih sama. Besar dan berat sikit. Fattah pulak amik kecik ckit. Abang2 taknak yg kecik tu, sebab warna pink😂




Lps subuh pagi tadi semua excited nak baca quran baru


Solat subuh sama2 kat rumah nenek


Alhamdulillah dpt capai target 70pcs dlm 2 hari

Cerita minggu lepas, baru sempat nak karang. Huhu

Ada satu suplier ni nak tutup contest jubah lg 2 hari
Tapi kurang lagi 70pcs utk capai target. Masa tu dah rasa nak give up je, submit je la brp total yg ada.

Tapi dalam hati teringin jgk nak capai target tu. Cuma rasa mustahil dalam 2 hari mampu nak capai.

Sambil2 tu tetap berdoa biar Allah bukakan jalan spy boleh dpt lg 70pcs tu. Salah satu cara klu dapat customer yg nak borong.

Sampai ke malam, tak nampak2 sinar lagi nak capai 70pcs tu. Cuma tetiba sebelum tido, ade customer yg pm nak order 28pcs. Cek stok semua ade. Customer tu terus bank in😍😍. Lps tu ade lg sorang customer yg nak order 11pcs. Stok ade semua. Esok baru dia bank in.

So ade lg dlm 30pcs nak kena kejar. Mlm tu baru la rasa semangat lain mcm nk kejar target tu. Buat promo sale 1 hari, follow up prospek yg pernah pm, follow up cust yg nak bank in sebelum ni

Jd masa petang sblm tamat tu, nak kejar lg 12pcs. Ajak anak2 sama2 berdoa, ya Allah, bg la org nak beli jubah xxx dgn ummi lagi 12 helai, terus bank in arini. Ameen. Semua baca dan aminkan.

Masa magrib lg 7pcs nak kena kejar. Ckp ngan ank2, doakan ummi. Diorang terus bg support dan doakan.

Alhamdulillah sebelum pukul 11 dah capai target 70pcs tu. Walaupun nmpk mcm mustahil nak kejar dlm masa yang singkat, tapi berkat doa, amalan menjemput rezeki, doa anak2, strategi last minit, alhamdulillah dpt jugak capai

Kesimpulannya, apa2 yg kita buat, kena ade kehendak yg kuat, target, usaha yg berterusan, doa dr insan2 tersayang.

Ok jom ready susun strategi utk sale raya 2019 pulak💪💪💪

Thursday, January 24, 2019

Tafsir quran pertama Qayyuum, yang digunakan untuk menghafal

Ummi belikan tafsir ni bln julai 2018
Hadiah dia pekse dapat no. 1

X sangka dah jd mcm ni
Masa nampak kat surau aritu, nmpk dari tepi
Ingatkan quran surau yg dah lama
Rupenye dia punye. Huhu

Tapi baguslah mmg dia guna sebaiknya
Ayah cakap quran yg cantik tu maksudnya x bersentuh. Huhu
Nanti kita cari quran lain ye


Ummi pun nak cari buku math nk ajar korang
Kang org ckp x pandai kira pulak sbb x skolah😂

Muhammad Ammar Qayyuum
8y

Friday, January 18, 2019

Qayyuum dah 8 tahun♥️♥️♥️



Ummi: Dah gi tido, esok nak bangun awal
(Semua dah baring amik tempat port tido masing)
Muiz: ummi, esok birthday Qayyuum
(Ummi ingat tadi tapi masa nak tido tu ummi pun dh lupe)

Ummi: Aah laa.. Happy birthday Qayyuum. Kena jd budak baik, dah 8tahun. Dgr cakap ummi. Perut ummi kena belah tau dulu nak keluarkan Qayyuum
(Saje la bebel2 ckit kat dia)
Qayyuum: Terima kasih ummi lahirkan kite. Sayang ummi

Dah nak meleleh jgk dah airmata ummi masa tu. Tapi ummi terus panggil dia

Ummi: Meh sini, ummi nak sayang (peluk)
Dia bangun dtg kt ummi peluk ummi

Ummi: Qayyuum dah besar. Hafal quran betul2 tau. Jangan main2 je. Qayyuum hafal bebetul nnt ummi ngan ayah pun dpt pahala skali.
Qayyuum: Yeke?
Ummi: Yela, ummi ngan ayah usaha spy Qayyuum dpt hafal Quran, ummi ngan ayah dpt jgk la pahala.

Lately ni nampak dia mula kurang serius. Selalu dia lagi laju dari Muiz. Tapi skrg Muiz lg laju.

Selitkan nasihat utk dia jgk sebab bila birthday,dah jadi budak besar. Hope dia faham la. Sbb dia ni ade perangai byk x seriusnya. Ikut mood dia.

Sayang anak nombor 2 ummi ni. Byk kerenah dari kecik berbanding yg lain2. Tapi still under control. Bijak dan senang tangkap bile belajar. InsyaAllah nnt jd ank soleh,patuh perintah Allah dan rasul♥️

Wednesday, January 16, 2019

Alhamdulillah dah dpt ustaz mengajar anak2 ummi

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Dah dpt ustaz yang mengajar anak2 ummi nanti.

Start dari hari Ahad Muiz Qayyuum dah start kelas dgn ustaz. Kira dah 4hari la.

Selasa semalam ada lg sorang pelajar masuk. Budak kampung sini jugak. Sebaya Muiz. Kawan satu sekolah. Anak yatim sini. Jadi kami ajak join sama dan dia memang berminat.

Sebelum ni Muiz Qayyuum dilatih menghafal guna audio. Dlm sehari diorang dpt hafal satu muka. Tapi bila ada ustaz, ustaz kurang galakkan guna audio. Jadi diorang ade merungut susah. Tapi ummi tetap bagi semangat yang diorang mesti boleh menghafaz tanpa audio.

Alhamdulillah 3hari abis la satu muka. Huhu. Ummi puji bagus. Awal2 mmg la susah, nanti lama2 mesti dah pandai. Saja la amik hati.

Sekarang diorang tengah menghafaz muka 11 surah al-baqarah. Ummi bangga sangat tengok pencapaian diorang. InsyaAllah lps ni lagi mudah menghafaz. Teruskan usaha ya anak2.

Kalau ikut step menghafaz, kena mula dgn qiraati (baca iqra,kenal huruf dan panjang pendek), lepas tu nazirah (baca quran dan dibetulkan tajwidnya) kemudian baru mula menghafaz. Alhamdulillah lps ustaz cek diorang, ustaz bg terus menghafaz. Kira good progress la utk diorang. Dah skip 2 step. Dah jimat 2 tahun.

Yang pelajar baru masuk tu, kena mula dgn nazirah dulu. Dah ok nanti boleh menghafaz.

Ok layan gambar dulu. Free nanti ummi update lagi.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...