Friday, January 18, 2019

Qayyuum dah 8 tahun♥️♥️♥️



Ummi: Dah gi tido, esok nak bangun awal
(Semua dah baring amik tempat port tido masing)
Muiz: ummi, esok birthday Qayyuum
(Ummi ingat tadi tapi masa nak tido tu ummi pun dh lupe)

Ummi: Aah laa.. Happy birthday Qayyuum. Kena jd budak baik, dah 8tahun. Dgr cakap ummi. Perut ummi kena belah tau dulu nak keluarkan Qayyuum
(Saje la bebel2 ckit kat dia)
Qayyuum: Terima kasih ummi lahirkan kite. Sayang ummi

Dah nak meleleh jgk dah airmata ummi masa tu. Tapi ummi terus panggil dia

Ummi: Meh sini, ummi nak sayang (peluk)
Dia bangun dtg kt ummi peluk ummi

Ummi: Qayyuum dah besar. Hafal quran betul2 tau. Jangan main2 je. Qayyuum hafal bebetul nnt ummi ngan ayah pun dpt pahala skali.
Qayyuum: Yeke?
Ummi: Yela, ummi ngan ayah usaha spy Qayyuum dpt hafal Quran, ummi ngan ayah dpt jgk la pahala.

Lately ni nampak dia mula kurang serius. Selalu dia lagi laju dari Muiz. Tapi skrg Muiz lg laju.

Selitkan nasihat utk dia jgk sebab bila birthday,dah jadi budak besar. Hope dia faham la. Sbb dia ni ade perangai byk x seriusnya. Ikut mood dia.

Sayang anak nombor 2 ummi ni. Byk kerenah dari kecik berbanding yg lain2. Tapi still under control. Bijak dan senang tangkap bile belajar. InsyaAllah nnt jd ank soleh,patuh perintah Allah dan rasul♥️

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...