Saturday, January 26, 2019

Al-Quran baru untuk Muiz, Qayyuum, Fattah


Masa kat jb ummi bawa anak2 ke angsana sebab dah cari Al-Quran baru untuk diorang. Sebelum ni diorang guna tafsir je. Quran baru ni lah yg diorang akan guna untuk menghafaz quran sampai habis 30 juzuk


Masing2 pilih sendiri quran yg diorang nak. Muiz Qayyuum pilih sama. Besar dan berat sikit. Fattah pulak amik kecik ckit. Abang2 taknak yg kecik tu, sebab warna pink😂




Lps subuh pagi tadi semua excited nak baca quran baru


Solat subuh sama2 kat rumah nenek


Alhamdulillah dpt capai target 70pcs dlm 2 hari

Cerita minggu lepas, baru sempat nak karang. Huhu

Ada satu suplier ni nak tutup contest jubah lg 2 hari
Tapi kurang lagi 70pcs utk capai target. Masa tu dah rasa nak give up je, submit je la brp total yg ada.

Tapi dalam hati teringin jgk nak capai target tu. Cuma rasa mustahil dalam 2 hari mampu nak capai.

Sambil2 tu tetap berdoa biar Allah bukakan jalan spy boleh dpt lg 70pcs tu. Salah satu cara klu dapat customer yg nak borong.

Sampai ke malam, tak nampak2 sinar lagi nak capai 70pcs tu. Cuma tetiba sebelum tido, ade customer yg pm nak order 28pcs. Cek stok semua ade. Customer tu terus bank in😍😍. Lps tu ade lg sorang customer yg nak order 11pcs. Stok ade semua. Esok baru dia bank in.

So ade lg dlm 30pcs nak kena kejar. Mlm tu baru la rasa semangat lain mcm nk kejar target tu. Buat promo sale 1 hari, follow up prospek yg pernah pm, follow up cust yg nak bank in sebelum ni

Jd masa petang sblm tamat tu, nak kejar lg 12pcs. Ajak anak2 sama2 berdoa, ya Allah, bg la org nak beli jubah xxx dgn ummi lagi 12 helai, terus bank in arini. Ameen. Semua baca dan aminkan.

Masa magrib lg 7pcs nak kena kejar. Ckp ngan ank2, doakan ummi. Diorang terus bg support dan doakan.

Alhamdulillah sebelum pukul 11 dah capai target 70pcs tu. Walaupun nmpk mcm mustahil nak kejar dlm masa yang singkat, tapi berkat doa, amalan menjemput rezeki, doa anak2, strategi last minit, alhamdulillah dpt jugak capai

Kesimpulannya, apa2 yg kita buat, kena ade kehendak yg kuat, target, usaha yg berterusan, doa dr insan2 tersayang.

Ok jom ready susun strategi utk sale raya 2019 pulak💪💪💪

Thursday, January 24, 2019

Tafsir quran pertama Qayyuum, yang digunakan untuk menghafal

Ummi belikan tafsir ni bln julai 2018
Hadiah dia pekse dapat no. 1

X sangka dah jd mcm ni
Masa nampak kat surau aritu, nmpk dari tepi
Ingatkan quran surau yg dah lama
Rupenye dia punye. Huhu

Tapi baguslah mmg dia guna sebaiknya
Ayah cakap quran yg cantik tu maksudnya x bersentuh. Huhu
Nanti kita cari quran lain ye


Ummi pun nak cari buku math nk ajar korang
Kang org ckp x pandai kira pulak sbb x skolah😂

Muhammad Ammar Qayyuum
8y

Friday, January 18, 2019

Qayyuum dah 8 tahun♥️♥️♥️



Ummi: Dah gi tido, esok nak bangun awal
(Semua dah baring amik tempat port tido masing)
Muiz: ummi, esok birthday Qayyuum
(Ummi ingat tadi tapi masa nak tido tu ummi pun dh lupe)

Ummi: Aah laa.. Happy birthday Qayyuum. Kena jd budak baik, dah 8tahun. Dgr cakap ummi. Perut ummi kena belah tau dulu nak keluarkan Qayyuum
(Saje la bebel2 ckit kat dia)
Qayyuum: Terima kasih ummi lahirkan kite. Sayang ummi

Dah nak meleleh jgk dah airmata ummi masa tu. Tapi ummi terus panggil dia

Ummi: Meh sini, ummi nak sayang (peluk)
Dia bangun dtg kt ummi peluk ummi

Ummi: Qayyuum dah besar. Hafal quran betul2 tau. Jangan main2 je. Qayyuum hafal bebetul nnt ummi ngan ayah pun dpt pahala skali.
Qayyuum: Yeke?
Ummi: Yela, ummi ngan ayah usaha spy Qayyuum dpt hafal Quran, ummi ngan ayah dpt jgk la pahala.

Lately ni nampak dia mula kurang serius. Selalu dia lagi laju dari Muiz. Tapi skrg Muiz lg laju.

Selitkan nasihat utk dia jgk sebab bila birthday,dah jadi budak besar. Hope dia faham la. Sbb dia ni ade perangai byk x seriusnya. Ikut mood dia.

Sayang anak nombor 2 ummi ni. Byk kerenah dari kecik berbanding yg lain2. Tapi still under control. Bijak dan senang tangkap bile belajar. InsyaAllah nnt jd ank soleh,patuh perintah Allah dan rasul♥️

Wednesday, January 16, 2019

Alhamdulillah dah dpt ustaz mengajar anak2 ummi

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Dah dpt ustaz yang mengajar anak2 ummi nanti.

Start dari hari Ahad Muiz Qayyuum dah start kelas dgn ustaz. Kira dah 4hari la.

Selasa semalam ada lg sorang pelajar masuk. Budak kampung sini jugak. Sebaya Muiz. Kawan satu sekolah. Anak yatim sini. Jadi kami ajak join sama dan dia memang berminat.

Sebelum ni Muiz Qayyuum dilatih menghafal guna audio. Dlm sehari diorang dpt hafal satu muka. Tapi bila ada ustaz, ustaz kurang galakkan guna audio. Jadi diorang ade merungut susah. Tapi ummi tetap bagi semangat yang diorang mesti boleh menghafaz tanpa audio.

Alhamdulillah 3hari abis la satu muka. Huhu. Ummi puji bagus. Awal2 mmg la susah, nanti lama2 mesti dah pandai. Saja la amik hati.

Sekarang diorang tengah menghafaz muka 11 surah al-baqarah. Ummi bangga sangat tengok pencapaian diorang. InsyaAllah lps ni lagi mudah menghafaz. Teruskan usaha ya anak2.

Kalau ikut step menghafaz, kena mula dgn qiraati (baca iqra,kenal huruf dan panjang pendek), lepas tu nazirah (baca quran dan dibetulkan tajwidnya) kemudian baru mula menghafaz. Alhamdulillah lps ustaz cek diorang, ustaz bg terus menghafaz. Kira good progress la utk diorang. Dah skip 2 step. Dah jimat 2 tahun.

Yang pelajar baru masuk tu, kena mula dgn nazirah dulu. Dah ok nanti boleh menghafaz.

Ok layan gambar dulu. Free nanti ummi update lagi.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...