Saturday, October 27, 2018

Reward utk Qayyuum

26102018- Hadiah utk ank soleh ummi MUHAMMAD AMMAR QAYYUUM yang dah berjaya selesaikan tugasan menghafal 5 surah al-Mulk, Assajadah, Yasin, Addukhan dan Alkahfi. Alhamdulillah tahniah atas kesungguhan beliau melaksanakan tugasan tersebut.

Alkahfi tu panjang. Ummi x sangka dia mampu habiskan. Huhu. Masa ayah cek pun dia blh baca lancar xde tertinggal atau terslh. Alhamdulillah.

Sebelum habis hafal tnye dia nk hadiah ape. Plan nk blikan skrin xbox yg portable n blh guna dlm kete tu. Kalau dia jd masuk tahfiz blh main game bile ummi dtg. Tapi dia nak basikal. So ayah belikan la basikal.

Tinggal abg Muiz n Fattah je yg belum abis. Fattah sbb br umur 6tahun, ayh bg kelonggaran alkahfi sampai ayat 50 je. Lg 4ayat pun x abis2 lg. Dia dok leka main. Huhu

Saje je share sini. Cuma kagum anak2 umur mcm tu yg otak dia fresh lg mampu menghafal dgn mudah. Semua budak pun mampu bila dilatih kan. Kami pun lambat sedar n mulakan aktiviti ni. Kalau tau awal blh mula lg awal. Huhu. Tapi bermula pd tahun ni, anak 1st dah umur 9tahun, agak lewat ckit start.

Semoga dpt buka minda kita semua. Aktiviti ni cuma dilakukan suka2 je, atas kerelaan anak2 sendiri. Kawan2 pun blh cuba pada anak2 nanti bila berminat. Bermula dgn menggantikan lagu2 di radio dgn cd2 ayat Quran. Kurangkan part hiburan ckit. Bg reward bila diorang achieve something. Dan lain2 yg bersesuaian.

Tempoh task anak2 ni dari awal july hingga akhir oktober. Kira 4bln la.

Andainya ditakdirkan bdk2 ni dpt masuk tahfiz xde la ummi update cni. Dah jd menunjuk pulak nnt. Mungkin kne rajin2 tulis blog blk mcm dulu. Sbb mmg suke tulis psl progress diorang, blh tgk sndri nnt. Huhu.

Akhir kata, semua yg sy share xde niat pun utk menunjuk2, cuma blh bg inspirasi utk yg lain2 mencungkil bakat anak2 kita. Ade anak2 org lain yg lg hebat dan berbakat lg sbnrnya drpd diorang.

Muiz Fattah still teruskan misi tugasan diorang yg belum selesai. Qayyuum pulak dah ketagih mrnghafal. Dok tanye ayah, lps ni nak hafal surah ape. Ayh pun suruh dia hafal al-waqiah pulak, saje suka2. Huhu. Semoga ade amalan hafazan ini yg mmpu jdkan mereka anak2 yg lbh baik sikapnya dan menutup sgla kekurangan mereka. InsyaAllah ameen..

Ummi so proud of them. Sayang semua walaupun slalu kne mrh dgn ummi🤣

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...