Monday, May 13, 2013

Fattah genap 10bln

Alhamdulillah arini Fattah dah 10bulan. Rasa cepat je masa berlalu. Kejap je dia dah besar. Ni yg ummi rindu baby lagi ni :p

Arini jugak 1st time ummi dengar Fattah sebut emmi. Ada la 2-3 kali. Rasa terharu pulak.

Minggu lepas Fattah dah pandai berdiri,kemudian pandai merangkak, kemudian pandai duduk. Reverse cycle mcm abg Qayyuum dlu.

Alhamdulillah masih dapat lagi fully bf Fattah lagi. Purata ummi pam dalam bulan ni 30oz shari. Drop berbanding bulan lepas. Puncanya semasa bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu, sy cuma dapat pam 2x sehari. Bila balik rumah,susu mula drop. Sekarang masih dalam proses nak tingkatkan susu semula. Tapi kali ni sy tak stress,just relax. Cuma sy panjangkan waktu mengepam. Kalau sebelum ni pam selama 15min, sekarang0sy pam 25min. Mudah2an susu sy akan pulih semula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...