Tuesday, December 11, 2018

Selesai join kem tahfiz 2minggu

Alhamdulillah dah berkumpul semula Ammar5 ummi

Plan asalnya mmg nak masukkn kem sekejap je
Walaupun kem tu patutnya sebulan.
Nak masukkan dalam 1-2minggu, sbb nak latih diorang berdikari
Kebetulan ade masalah ckit dengan pihak management sana, ayah terus keluarkan diorang.
Sesungguhnya perancangan Allah tu lg hebat kan.

Waktu ambik hari jumaat tu memang x ckp dgn diorang nak amik terus
Memang setiap kali balik mmg kena angkut baldi n brg2 semua sbb takut hilang😅

Diorang pun sangka mmg ummi nak hantar balik kem hari sabtu
Mmg saje taknak bgtau dulu nak tengok reaksi diorang suka tak duduk sana
Alhamdulillah nampak dua2 seronok kat sana
Belajar macam2 dan boleh apply kat rumah

Alhamdulillah dua2 boleh suaikan diri kat sana
Apa2 yg ustaz ajar diorang blh terangkan n cerita balik kat ummi n ayah
Skrg kat rumah tgh cuba praktikkan balik ape yg bljr kat sana
Ada belajar ilmu baru jgk
Belajar solat hifzi yg bertujuan supaya ingatan kuat utk ingat hafazan
Balik rumah ni tengok diorang lg enjoy ngaji n solat
Tak payah suruh2 sangat
Solat dhuha pun buat 4 rakaat sama mcm kat sana
Dah tak malu2 baca azan dan iqamat. Tapi belum pandai sangat nak lagukan azan. Hehe

Kem ni mmg sangat membantu anak2 lebih dekatkan diri pada islam
Semoga ilmu2 yang dipelajari dpt dipraktikkan dan boleh istiqomah sampai bila2 hendaknya♥️

So buat masa ni ada satu option lain untuk anak ummi. Plan nak hantar ke tahfiz di Segamat. Kebetulan kawan di tahfiz tersebut kawan ummi, jadi dia boleh terima Muiz dgn Qayyuum. Cuma kesian kat diorang kecik lagi. Kat sana bukan slalu boleh balik. Setahun 3x je cuti

Jadi buat masa ni ayah decide nak latih diorang sendiri. Tempoh percubaan dlm bulan December ni. Semua peraturan dan jadual ikut macam kem tahfiz sebelum ni. Task bulan ni habiskan juzuk 30 dulu.

Mula kem hari isnin 10.12 aritu. Semua start bangun 4.30pg, ayah bawak gi surau. Dan mula menghafal kat surau.

Masa kat jb ummi belikan rehal ni. Qayyuum tuntut janji abis hafal alkahfi ummi nak belikan. Kebetulan ada rezeki lebih, ummi belikan la diorang. 





Time menghafal sibuk duduk dpn abg dia jgk
Abg dia marah sbb keliru bile dengar adik dia baca
Suruh adik dia duduk jauh2. Macam kembar nak melekat je😂











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...