Tuesday, August 4, 2015

Pengalaman pertama jaga anak sunat

Al-kisah

Dua hari sebelum abis cuti raya, dua pupu bdk2 ni tetiba nak sunat.

Anak akak ipar pulak sibuk jugak nak sunat. Jadi kak ipar suruh ajak Muiz skali.

Encik Suami pun pujuk la budak2 ni sunat. Muiz n Fattah nak. Qayyuum taknak.

Tapi setelah dipujuk2 nak beli robot transformers diorang pun setuju

Hari Rabu tu kebetulan ada sedara meninggal kat Bukit Gambir. Jadi abg ipar yang nak sunatkan terus suruh sunat kat klinik wife dia je dekat2 situ.

Planning asalnya, nak sunat kat klinik abg ipar tu kat Jementah.

So, ada 4org la yg nak sunat termasuk sepupu diorang. Muiz sunat dulu.

Ummi kat luar ni berdebar je rasa takut Muiz tetiba menjerit nangis. Tapi alhamdulillah ok. Tak nangis pun, doc bius dulu.

Lepas turn Muiz, turn sepupu diorang pulak. Bila dah sudah, terus bawak masuk kereta.

Lepas tu Qayyuum pulak. Dan last skali tiba turn Fattah. Ummi temankan dia sebab ayah dia tgh hantar Qayyuum masuk kereta.

Dengan ummi dia ckp nak tunggu ayah. So, ummi pegi la kat kereta panggil ayah. Ummi jaga Qayyuum pulak kat kereta.

Bila dengan ayah, dia ckp nak ngan ummi pulak. Last2 tak jadi sunat pun. Hahaha

Tapi ummi mmg dah dpt agak dah sbb Fattah ni mmg suka cakap putar belit ckit. Huhuhu

Sepupu diorang yang sunat sama

Muiz muka pucat lepas sunat tu. Byk diam je. Terkejut agaknye. Hehe. Sempat terlelap sekejap

Qayyuum lps sunat rilex je. Tanya sakit x, xsakit pun

Budak tak jadi sunat ni. Geram je ummi tengok muka dia

Dah siap tu, semua port dkt rmh mak mertua. Dekat 3hari jugak la tido sana.

Hari 1st semua terbaring je. Encik Husband dah belikan mainan siap2 untuk lekakan diorang dari sakit tu.

Doc bg 3 jenis ubat. Antibiotik, bengkak dan tahan sakit.

Muiz sambil main mainan tu, dia ckp, abg Muiz rasa nak berdiri la. Maksudnya dia nak main mcm biasa. Huhuhu. Ummi yg seram tengok diadah mulaaktif ckit.

Mlm tu Qayyuum yang sibuk cakap sakit. Ummi srh dia main mainan dia tu. Ayah diorang dah suruh Ucu belikan transformer sorang satu. Esok nanti ucu bawak balik

Husband snap gambar Muiz kat bilik sunat

Yg ni Qayyuum pulak

Semua terbaring depan tv

Hari ke-2 semua dah mula aktif. Dah bangun berjalan2. Ummi yang risau tengok diorang jalan terkengkang2. Hahaha..

Malam tu ucu diorang balik bawak mainan transformers. Makin excired diorang, terus lupa sakit. Hehehe

Dah mula melasak. Padahal xpakai seluar tu. Hehehe

Ucu belikan mainan transformers

Hari Sabtu dah balik rumah sendiri. Qayyuum dah mula pakai seluar.

Muiz tak berani lagi. Padahal luka Qayyuum yg lg byk.

Qayyuum rilex je dah pakai seluar

Muiz dapat cuti seminggu. Patutnya hari Rabu dah naik sekolah. Tapi sambung lagi Rabu Khamis tu. Minggu depan baru naik sekolah.

Kebetulan hari Sabtu tu ada kenduri kat Melaka. Lepas tu ayah diorang ajak gi mandi kat Bayou Lagoon Park Resort.

Tujuannya supaya darah beku n kuping2 tu senang tertanggal bila berendam

Dan ternyata teknik ni berkesan. Mmg bersih bibird diorang lepas tu. Baru la nampak cantik sikit. Huhu..

Suka,diorang dapat mandi. Lupe dah sakit2 tu

Hadziq pun mandi sama

Qayyuum ckp sakit jugak bird dia sikit. Huhu

Muiz sebelum mandi tu mmg bila pakai seluar dia akan pegang seluar dia biar tak kena bird dia.

Tapi ayah cakap kalau nak mandi kolam tak boleh pegang

Bila ummi marah tak kasi pegang, dia nangis menahan sebak. Dia pegang hujung baju je buat syarat. Kelakar pulak ummi tengok.

Lps balik mandi tu ok dah boleh main basikal semua dah. Huhu

Alhamdulillah,

Budak2 sunat ni dah aktif
Dah lari2, dah main beskal
Ummi je yg seram takut jatuh beskal

Muiz sblm g skolah tu xnk pakai sluar
Tapi hari skolah ok je dia pakai sluar
Siap lari2 ngn kwn2 kt skolah

Qayyuum steady je
Dari hari ke-4 dah pakai seluar
Main lari2 semua

Tinggal turn Fattah n Hadziq pulak lg 3-4tahun nnt
Tq Mr. Husband tlg handle bdk2 sunat ni

Muiz 6y & Qayyuum 4y


Posted via Blogaway


2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...