Sunday, March 15, 2015

Lapan langkah untuk toilet train anak2

Assalam semua

Malam2 ni tak boleh nak tidur pulak sebab siang tadi dah terlebih tidur. Heheh

Sekarang ni tengah train Qayyuum free pampers waktu malam. Waktu malam Qayyuum masih pakai pampers lagi. Muiz dulu berhenti pampers umur 4tahun. Qayyuum ni dah umur 4tahun 2bulan dah. Tu la nak latih dia. Ingat nak latih Fattah sekali tak pakai pampers waktu siang, tapi ummi belum rajin lagi la. Hehehe

Qayyuum ni jenis kuat minum air@susu, so ummi memang tak expect dia akn cepat berenti pampers. Tapi selalu la cakap kat dia, dah besar tak boleh pakai pampers. Dan nampak gaya sekarang, dia dah ready utk tinggalkan pampers waktu malam.

Saya selalu jugak dapat pertanyaan dari kawan2 yang merupakan ibu muda, cara nak ajar anak free pampers. Antara step@ langkah yang saya boleh kongsi ialah:

1. Psycology

Selalu cakap2 pada anak, yang dia dah besar, dah tak boleh pakai pampers.

Waktu tu belum pun berhenti pampers lagi, cuma persediaan psikologi utk anak2 je dulu. Supaya dia tak terkejut.

Dan selalu2 la tanya, 'nak kencing gi mana?', 'nak yak gi mana?'. Latih diorg utk jawab, nak kencing, nak yak, kena gi bilik air. Lama2 diorang akan dapat absorb yang diorang kena kencing/berak kat tandas.

2. Ibu2 kena bersedia mental n fizikal dulu

Hehehe.. nak latih anak ni bukan mudah. Kena banyakkan SABAR. Terkencing tu biasa, mmg banyak keje sikit lah masa nak melatih anak2 ni.

Ibu2 sila tarik nafas panjang2 ye sebelum mulakan training ni.

3. Mulakan dengan train 3-4jam sehari

Untuk permulaan, boleh mulakan dengan latihan 3-4jam sehari. Lepas mandi, kena pesan pada anak, contohnya, cakap pada anak, "Qayyuum, qayyuum tak pakai pampers tau. Kalau nak kencing kena gi bilik air. Rasa nak kencing cakap ummi tau". Cakap byk2 kali ulang2 kat anak, bagi dia ingat.

Dan setiap 15min, bawak dia ke bilik air utk kencing. Perhatikan dia kencing ke tak. Macam saya, saya akan set alarm setiap 15min sebagai reminder. Jadi takde la kita terlupa.

Agak2 dah ok, boleh buat 20min atau setengah jam sekali jarak masanya.

Proses ni penting untuk latih anak menahan pundi kencing utk kencing dengan teratur. Sebab masa pakai pampers kan dia tak kisah bila2 pun boleh membuang.

4. Puji anak jika dia berjaya

Ada hari tertentu yg anak berjaya utk kencing kat bilik air. Ada hari yang tak berjaya, dah terkucil dulu.huhu..

Setiap kali anak berjaya kencing/berak kat toilet, beri pujian kat anak. Cakaplah, contohnya, "Qayyuum pandai, dah pandai kencing kat bilik air. Lain kali nak kencing, kencing kat bilik air tau. Qayyuum kan dah besar"

5. Jangan marah jika dia terkencing/terberak

Apa nak buat bila anak DAH TERKENCING?
Tarik nafas panjang2 dulu untuk mengelakkan kita TERmarah kat anak

Bawak anak terus ke bilik air, sambil nasihatkan dia, lain kali kencing kena pergi ke bilik air.

Besuhkan tempat yang dia kencing tu, mop ape yang patut.

Kalau rasa penat, stop dulu utk hari itu. Pakaikan dia pampers dan bolrh sambung latih anak keesokkan hari.

6. Reward anak sekiranya dia dah berjaya free pampers

Ibu2 boleh janjikan anak dengan sesuatu yg dia suka. Contohnya, kalau anak berjaya berhenti pampers, bwk dia ke tempat kesukaan dia/ belikan aiskrim@coklat kesukaan anak.

7. Latih untuk sesi siang dulu, bila anak dah sedia, baru latih untuk waktu malam.

Untuk waktu malam, seeloknya, jangan bagi dia minum dgn byk 1-2 jam sebelum tidur. Bawa anak ke bilik air utk kencing sebelum tidur.

Kejut anak untuk bangun kencing pada tengah malam. Biasanya dalam.pukul 3-4pagi.

Ulang aktiviti ini sampai anak dah tau dan dapat kontrol utk tidak kencing waktu tengah tidur.

8. Ibu bekerja

Bagi ibu2 yang bekerja, boleh latih anak dalam cuti panjang, atau ambil cuti seminggu untuk latih anak. Boleh jugak meminta bantuan babysitter untuk melatih anak2

Ibu2 boleh menggunakan bekas untuk potty train anak2 jika perlu. Tapi saya tak guna pun. Hehe

Selamat mencuba ibu2.. gud luck n all the best!!

Posted via Blogaway


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...