Monday, December 8, 2014

KOS BERSALIN DI TEY METERNITY

Tadi masa tengok di bahagian statistik, ade orang cari keyword kos bersalin di Tey. 

Ketiga-tiga anak saya sebelum ni memang lahir di Tey Maternity, Muar. Lokasinya di sebelah Wetex Parade. Saya bersalin di situ atas rekemen dari kakak ipar suami a.k.a biras saya la kan. Hehe..

Saya selalu cek up di Klinik akak ipar di Labis. Bila masuk 36weeks baru mula cek up di Tey Maternity ni. Sebab lokasinya agak jauh. Bila nak datang,saya kena datang awal pagi, kalau tak memang lambat la dapat turn. Huhu.. Memang Dr Tey ni ramai peminat. Orang sanggup tunggu lama utk cek up dgn dia. Dulu masa tahun 2009, dia seorang je doc kat citu. Tadi sekanrang dah ada Dr Lau yang tolong sama cek up patient.

2009 (17 Februari 2009)
Saya bersalinkan Muiz. Disebabkan jalan tak buka, saya sendiri memilih utk czer sebab saya masih belajar di UPM masa tu. Saya tak boleh tunggu lama. Saya czer hari yang sama saya dtg utk cek up. Huhu.

Kos bersalin Muiz masa tu RM3600. Servis semua saya puas hati, cuma saya agak terkilan tak dapat breastfeed Muiz disebabkan saya kurang ilmu penyusuan masa tu

2011 (19 Januari 2011)
Saya bersalinkan Qayyuum. Doc ckp saya memang jenis jalan tak bukak, nak ikut logik menag pun, sebab sepanjang pregnant, saya menag janrang rasa contraction. So saya decide utk czer masa 39wks. Keputusan tu saya ambil sbb doc ckp blh czer 5x. Kebetulan saya memang plan nak ada anak 5orang. So,aya tak kisah la czer pun. Huhu. 

Kos bersalin masa tu RM3700. Czer kali ni saya rasa sakit lebih cikit n lama ckit. Tapi kali ni saya berjaya menyusukan Qayyuum.

2012 (13 Julai 2012)
Saya bersalinkan Fattah. Saya agak seram ckit nak bersalin sebab jarak umur anrata Qayyuum n Fattah agak rapat. Saya risau luka czer lama xbaik lagi. Dan sepanjang mengandungkan Fattah saya sering kena serangan athma,sampai di hari nak bersalin pun kena jugak. Huhu. Tapi ajaibnya, czer kali ni paling ok dan saya tak rasa sakit teruk. Saya boleh menyusukan anak sambil mengiring. Dan saya percaya ni semua BERKAT BREASTFEEDING yang menyebabkan rahim lebih cepat pulih.

Kos bersalin Fattah Rm4000. Sebab kali ni saya dapat ward 1st class dan ade extra rawatan utk asthma.

2014/2015
InsyaAllah nak bersalin kat Tey Maternity lagi. Sekarang dah 37weeks. Tgh tunggu turn bila baby nak keluar. Sama ada 2014 atau 2015. Mudah2an kali ni pun dipermudahkan macam sebelum2 ni jgk. InsyaAllah...

Putera Ammar saya

_________________________________________________________________________________
SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR 

Hubungi saya
SITI NORMAH HASAN (ID 890876) 
TEXT/ WHATSAPP 0177304264 
Facebook: Siti Normah Hasan
Fan Page: Ammar Afiat Online Shop

Penghantaran sekitar (COD) 
Labis, Segamat 
Chaah, Segamat 
Yong Peng, Batu Pahat 
Parit Raja, Batu Pahat 
UTHM, Batu Pahat 
Ayer Hitam, Batu Pahat 
Skudai,Tampoi Johor Bahru

Saya menyediakan ready-stok dan anda boleh mendapatkannya daripada saya.
Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...