Tuesday, December 9, 2014

@ 37 weeks - Bersedia untuk czer kali ke-4

Setelah 3 kali bersalin melalui pembedahan, pengalaman pun dah ada

Ada seram, ada lega..

Tapi pada saya 3 perkara SERAM yang saya kena hadapi untuk melahirkan baby ialah

1) Masukkan tiub kencing - Sebenarnya xde la seram sangat. Tapi saya rasa seram, mungkin sebab ngilu kot. Dan rasa tak selesa awal2 tiub kencing tu dimasukkan. 

Teringat lagi masa bersalinkan Muiz, nurse dah pasang tiub kencing, tapi saya rasa nak kencing. Saya pun cakap kat nurse, 'saya rasa nak kencing la..', pastu nurse angkat plastik kencing saya n cakap, 'ni, awak dah kencing ni..'.  Hehe.. malu je rasa.

2. Yang kedua, yang saya agak seram ialah masa doc nak inject bius. Dalam operation theater tu memang sangat sejuk, sampai menggigil2 badan. Lepas tu, kita kena menunduk untuk dibius. 3kali pulak tu. huhu

Sebab saya ada pengalaman pahit, masa bersalin Qayyuum, bius tu tak masuk betul, jadi macam kena renjatan letrik kat kaki. Sejak tu la rasa seram. huhu

Macam ni la keaddaanya masa saya nak dibius tu. Adoiiii..seram pulak. Huhu

3) Selepas habis bius- masa Muiz dan Qayyuum, saya czer pada pukul 2ptg, jadi dalam pukul 10 malam tu ubat bius dah mula habis. Mula la rasa berdenyut2 kat tempat czer. Nak tidur pun tak boleh, sebab menahan sakit. masa tu memang berzikir je la byk2 tahan sakit tu. Huhu.. Dalam pukul 4pagi, nurse datang bg ubat tahan sakit. Baru la rasa lega ckit.

Masa Fattah pulak, saya bersalin pukul 6ptg, jadi dalam pukul 4pagi baru rasa sakit habis bius. Masa tu nurse terus bagi ubat tahan sakit. Jadi, tak sempat la rasa sakit sangat.
Cuma masa bersalin Fattah saya kena semput teruk, malam tu xdpt tidur sbb batuk n ada kahak. Baru lepas czer kan, jadi saya kena kontrol batuk. memang azab sangat masa tu Allah je yang tahu. huhu

Pengalamna berharga untuk saya, melahirkan 3 orang putera secara pembedahan. Kali ni pun bakal czer jugak. Cuma mampu berdoa Allah permudahkan semuanya.. Amin...



_________________________________________________________________________________
SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE BERDAFTAR 

Hubungi saya
SITI NORMAH HASAN (ID 890876) 
TEXT/ WHATSAPP 0177304264 
Facebook: Siti Normah Hasan
Fan Page: Ammar Afiat Online Shop

Penghantaran sekitar (COD) 
Labis, Segamat 
Chaah, Segamat 
Yong Peng, Batu Pahat 
Parit Raja, Batu Pahat 
UTHM, Batu Pahat 
Ayer Hitam, Batu Pahat 
Skudai,Tampoi Johor Bahru

Saya menyediakan ready-stok dan anda boleh mendapatkannya daripada saya.
Pengeposan ke seluruh Malaysia

3 comments:

  1. Bole saya tahu jarak ank ke3 dgn yg bakal dilahirkan berapa tahun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lmbt bls, jarak 2y5m masa baby lahir

      Delete
  2. Sy Sdg hamil anak k4 slpas 3 kali czer, sy sgt risau blh kongsi apa2 amalan supp atau apa2 shja puan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...