Monday, December 3, 2018
Pengalaman anak2 seminggu di kem tahfiz
Saturday, November 24, 2018
HANTAR ANAK2 KE KEM TAHFIZ
Muiz mula2 ok je, tapi masa nak balik, cik alang suruh salam Hadziq. Lps tu cik alang tanya, nak pesan apa kat Hadziq? Terus meleleh ayer mata taknak berenti🤦♀️🤦♀️. Qayyuum ok, excited sgt nak pegi.
Ummi tak sedih pun, rasa excited tengok suasana kat sana. Ni kali ke-4 datang sama. Dah datang servey dulu 3x kat sana😂.Tapi ummi kesian kat Fattah xde kawan😥. Sebab diorang bertiga macam kembar. Ummi tanya Fattah, Fattah nak pegi jgk ke. Dia kata, Tapi Fattah x reti baca lagi. Nampak sangat dia sebenarnya nak pegi, tapi sbb tak lancar baca Quran lagi, dia jd terbantut nak ikut. Huhu. Lagipun takut ustaz tak bagi Fattah pegi walaupun Fattah lagi matured dari abg Qayyuum n lg pandai tau buat mcm2 keje. Huhu. (Abg Qayyuum pun hampir kena reject (baru 7tahun), tapi ummi dah merayu, so ustaz terima😂)
Ok nextweek ummi dtg melawat ye. Tak sabar nak tunggu diorang bercerita. Ummi sentiasa doakan anak2 ummi dari jauh. Ummi tau korang akan ok je kat sana, insyaAllah.ameen..
Faris pun join program kem tahfiz ni jugak. Jadi diorang bertiga la
Budak dua orang tu la yang pandai bawa diri. Masa dah nak balik nampak diorang kat public phone, tanya dia pandai guna tak. Dia jawab pandai. Suruh dia ajarkan Muiz nanti. Pesan kat dia kawan sama2 tau dgn Muiz nanti. Huhu
Makan dalam dulang. Menu aritu macam nasi beryani. Muiz Qayyuum masa demam ni berat turun 2kg. Kurus je ummi tengok. Huhu
Saturday, November 17, 2018
AMMAR FATTAH KONVO TADIKA PASTI NUR IMAN 1
Rezeki Fattah tahun ni dpt 4 anugerah. Hadiah akademik no. 2, tokoh pelajar akhlak terpuji, anugerah hafazan al-Quran dan anugerah kedatangan.
Terima kasih cikgu2 bersusah payah utk majlis hari ini. Terima kasih jgk sbb bersusah payah ajar Fattah dari x pandai baca, dah kenal abc, dah pandai membaca, pandai hafal surah, pandai kira2, semua pun bljr kt skolah.
Tahun dpn Fattah darjah 1 dah. Hadziq pulak tadika 5tahun tahun dpn. Semoga berjaya dlm semua urusan dunia dan akhirat nnt.
2tahun Fattah tadika kat Pasti Nur Iman 1 ♥️♥️
Saturday, October 27, 2018
Reward utk Qayyuum
26102018- Hadiah utk ank soleh ummi MUHAMMAD AMMAR QAYYUUM yang dah berjaya selesaikan tugasan menghafal 5 surah al-Mulk, Assajadah, Yasin, Addukhan dan Alkahfi. Alhamdulillah tahniah atas kesungguhan beliau melaksanakan tugasan tersebut.
Alkahfi tu panjang. Ummi x sangka dia mampu habiskan. Huhu. Masa ayah cek pun dia blh baca lancar xde tertinggal atau terslh. Alhamdulillah.
Sebelum habis hafal tnye dia nk hadiah ape. Plan nk blikan skrin xbox yg portable n blh guna dlm kete tu. Kalau dia jd masuk tahfiz blh main game bile ummi dtg. Tapi dia nak basikal. So ayah belikan la basikal.
Tinggal abg Muiz n Fattah je yg belum abis. Fattah sbb br umur 6tahun, ayh bg kelonggaran alkahfi sampai ayat 50 je. Lg 4ayat pun x abis2 lg. Dia dok leka main. Huhu
Saje je share sini. Cuma kagum anak2 umur mcm tu yg otak dia fresh lg mampu menghafal dgn mudah. Semua budak pun mampu bila dilatih kan. Kami pun lambat sedar n mulakan aktiviti ni. Kalau tau awal blh mula lg awal. Huhu. Tapi bermula pd tahun ni, anak 1st dah umur 9tahun, agak lewat ckit start.
Semoga dpt buka minda kita semua. Aktiviti ni cuma dilakukan suka2 je, atas kerelaan anak2 sendiri. Kawan2 pun blh cuba pada anak2 nanti bila berminat. Bermula dgn menggantikan lagu2 di radio dgn cd2 ayat Quran. Kurangkan part hiburan ckit. Bg reward bila diorang achieve something. Dan lain2 yg bersesuaian.
Tempoh task anak2 ni dari awal july hingga akhir oktober. Kira 4bln la.
Andainya ditakdirkan bdk2 ni dpt masuk tahfiz xde la ummi update cni. Dah jd menunjuk pulak nnt. Mungkin kne rajin2 tulis blog blk mcm dulu. Sbb mmg suke tulis psl progress diorang, blh tgk sndri nnt. Huhu.
Akhir kata, semua yg sy share xde niat pun utk menunjuk2, cuma blh bg inspirasi utk yg lain2 mencungkil bakat anak2 kita. Ade anak2 org lain yg lg hebat dan berbakat lg sbnrnya drpd diorang.
Muiz Fattah still teruskan misi tugasan diorang yg belum selesai. Qayyuum pulak dah ketagih mrnghafal. Dok tanye ayah, lps ni nak hafal surah ape. Ayh pun suruh dia hafal al-waqiah pulak, saje suka2. Huhu. Semoga ade amalan hafazan ini yg mmpu jdkan mereka anak2 yg lbh baik sikapnya dan menutup sgla kekurangan mereka. InsyaAllah ameen..
Ummi so proud of them. Sayang semua walaupun slalu kne mrh dgn ummi🤣
Monday, August 7, 2017
Sunday, January 3, 2016
First day anak sekolah 2016
Cerita hari ini
Muiz
Masuk darjah satu. Hantar dia dlu td. Tunjuk kelas, lps tu pegi perhimpunan. Ummi tunggu je kt belakang tengok sampai 7.45pg. Lps tu baru pegi sekolah Qayyuum Fattah
Muiz dpt sumbangan pencil case td. Sbb ade YB dtg, bg sumbangan utk murid darjah 1
Amik Muiz balik skolah 12.50, lps tu terus hantar skolah agama. Bawakkan bekal makanan. Tunggu dia salin baju semua. Dah hantar g kls, dah jumpa kawan terus tinggalkn balik rumah. Pukul 3.30ptg ayah dtg amik
Qayyuum & Fattah
Ok je kt skolah, sebab tu sekolah. lama abg dia, dia dah biasa lah. Cikgu nak letak Fattah kelas lagi satu, tapi cikgu cakap nanti dulu, bg diorg biasakan diri dulu, sbb dh ddk sama biasanya.
Balik masa amik diorang, tengok Fattah tengah main kat luar kelas. Qayyuum pulak main dalam kelas. Diorang pandai bawak diri masing2. (Actually Qayyuum n Fattah ni tak ngam sangat, jd diorang cari kawan masing2 kot 😂)
Cikgu cakap Fattah dah pandai warna, pandai pegang pensil. Sbb biasa hobi diorang ni mmg menconteng kertas. Huhu
Sebelum balik Fattah jerit kuat2, babai cikgu!! Budak ni mmg terlebih peramah. Dgn cikgu pun dia selamber je
Ummi cuma risau kalau diorang nak gi toilet. Tau x ckp ngn cikgu tu. Huhu
Hadziq
Kebosanan kat rumah. Sebab xde kawan. Asyik nak nangis je ummi nak buat keje. Tadi bagi susu kat botol baru la smpat masakkn untuk Muiz. Huhu
Masing2 tak sabar nak gi sekolah esok.
Status ni panjang lebar sebab nak copy letak kat blog. Kikiki
Saturday, January 2, 2016
Azam nak ajar anak solat sejak kecik
Abang muiz
Arini solat zohor, asar, magrib, isyak, dia solat belakang ummi
Aritu cek bacaan solat dia
Alhamdulillah kbykn dah pass
Dan perasan sejak tu dia rajin ikut solat tanpa disuruh
Target mmg cuti skolah nak pastikan dia dah boleh ingat bacaan solat
Tapi dah ujung2 baru sempat nak ajar
Tu pun revision je sbb kt skolah dah belajar
Jd la tu, tercapai la jgk hajat ummi sebelum bukak skolah. Huhu
Thursday, December 24, 2015
Breastfeeding membantu rahim lbh cepat baik
4x czer
Kalau tanya saya, yg mne paling sakit
Jawapan sy ms lahirkan Qayyuum (2nd)
Bila nak bersalinkan Fattah (3rd), saya jadi takut jd lebih sakit, sbb beza umur Qayyuum dgn Fattah lg rapat
Tapi ajaibnya, proses bersalin Fattah lebih mudah, lbh cpt baik, dah boleh mengiring menyusukan dia awal2 lg.
Saya percaya penyusuan membantu proses utk pulihkan rahim dgn lbh cpt. Dlu masa Muiz (1st), sy x berjaya susukan dia, mungkin tu sbbkn czer lmbt baik, jd lbh sakit ms bersalin ank 2nd.
Beza umur
Muiz&Qayyuum 1y11m
Qayyuum&Fattah 1y6m
Fattah&Hadziq 2y5m
Alhamdulillah merasa nikmat menjadi ibu dan dikurniakan 4org anak. Dan sy enjoy menyusukan anak2 saya =)





















































