Saturday, November 24, 2018

HANTAR ANAK2 KE KEM TAHFIZ

24.11.2018- Alhamdulillah. ok ummi dah hantar abg2 pegi kem tahfiz tadi. Ayah tak dapat hantar sekali sebab ada seminar kat Port Dickson. Ayah nak video call tadi, tapi internet slow, dpt voice call je dengan diorang.

Muiz mula2 ok je, tapi masa nak balik, cik alang suruh salam Hadziq. Lps tu cik alang tanya, nak pesan apa kat Hadziq? Terus meleleh ayer mata taknak berenti🤦‍♀️🤦‍♀️. Qayyuum ok, excited sgt nak pegi.

Ummi tak sedih pun, rasa excited tengok suasana kat sana. Ni kali ke-4 datang sama. Dah datang servey dulu 3x kat sana😂.Tapi ummi kesian kat Fattah xde kawan😥. Sebab diorang bertiga macam kembar. Ummi tanya Fattah, Fattah nak pegi jgk ke. Dia kata, Tapi Fattah x reti baca lagi. Nampak sangat dia sebenarnya nak pegi, tapi sbb tak lancar baca Quran lagi, dia jd terbantut nak ikut. Huhu. Lagipun takut ustaz tak bagi Fattah pegi walaupun Fattah lagi matured dari abg Qayyuum n lg pandai tau buat mcm2 keje. Huhu. (Abg Qayyuum pun hampir kena reject (baru 7tahun), tapi ummi dah merayu, so ustaz terima😂)

Seminggu sblm ni semua tgh tak sihat. Demam berganti2. Muiz Qayyuum pun. Ummi pun risau mcmmana la diorang nak gi kem tu. Dah cakap jugak dgn ustaz nak delay kalau tak baik lagi. Hari hantar tu diorang dah baik demam. Cuma Qayyuum masih batuk2 teruk. Risau jgk ummi. Harap dia cepat sihat. 

Ingatkan kena tido kat surau je ramai2 rupanya ade dorm baru. Memang kosong lagi takde org duduk. Suruh diorang book katil bawah. Katil atas tu takde pengadang, risau terjatuh. Huhu

Ada budak lain dua org, tengok diorang mcm dah biasa kat sana. Rupenya baru daftar jugak. Cepat diorang suaikan diri.

Ok nextweek ummi dtg melawat ye. Tak sabar nak tunggu diorang bercerita. Ummi sentiasa doakan anak2 ummi dari jauh. Ummi tau korang akan ok je kat sana, insyaAllah.ameen..



Faris pun join program kem tahfiz ni jugak. Jadi diorang bertiga la 


Budak dua orang tu la yang pandai bawa diri. Masa dah nak balik nampak diorang kat public phone, tanya dia pandai guna tak. Dia jawab pandai. Suruh dia ajarkan Muiz nanti. Pesan kat dia kawan sama2 tau dgn Muiz nanti. Huhu


Dorm baru. Pelajar tahfiz yg lain semua kat dorm lain. Ummi tak bawakkan cadar pun. Huhu




Makan dalam dulang. Menu aritu macam nasi beryani. Muiz Qayyuum masa demam ni berat turun 2kg. Kurus je ummi tengok. Huhu













Saturday, November 17, 2018

AMMAR FATTAH KONVO TADIKA PASTI NUR IMAN 1

17112018- Tahniah buat anak ummi Muhammad Ammar Fattah sebab berani buat persembahan atas pentas tadi. Cikgu srh baca al-fatihah dan al-kahfi ayat 1-10 atas pentas. Dia mmg dah hafal ayat 1-50 al-kahfi. Kat skolah berlatih 2x je. Cikgu srh berlatih kat rumah. Tapi bila ummi atau ayah srh baca, mmg dia xnk baca langsung. Ummi tau dia gundah gulana sbb kne buat persembahan tu. Ummi pun risau tadi, takut2 dia tetibe xnak baca atau tetibe sakit perut😂. Tapi alhamdulillah Fattah berani sangat arini, buat persembahan sorang2. Boleh baca satu2 ayat dgn baik, yg penting x lupe ayat😂. Dan ummi risau dia terbaca lbh, sbb dia dah hafal lbh dari ayat 10. Tp nasib baik dia ingat nk berenti pada ayat 10😂. Mak yg nerves lebih. Haha

Rezeki Fattah tahun ni dpt 4 anugerah. Hadiah akademik no. 2, tokoh pelajar akhlak terpuji, anugerah hafazan al-Quran dan anugerah kedatangan.

Hadziq pulak baru je join pasti bln 8 aritu, merasa jgk la dpt hamper pasti. Hehe

Terima kasih cikgu2 bersusah payah utk majlis hari ini. Terima kasih jgk sbb bersusah payah ajar Fattah dari x pandai baca, dah kenal abc, dah pandai membaca, pandai hafal surah, pandai kira2, semua pun bljr kt skolah.

Tahun dpn Fattah darjah 1 dah. Hadziq pulak tadika 5tahun tahun dpn.  Semoga berjaya dlm semua urusan dunia dan akhirat nnt.

2tahun Fattah tadika kat Pasti Nur Iman 1 ♥️♥️


















Saturday, October 27, 2018

Reward utk Qayyuum

26102018- Hadiah utk ank soleh ummi MUHAMMAD AMMAR QAYYUUM yang dah berjaya selesaikan tugasan menghafal 5 surah al-Mulk, Assajadah, Yasin, Addukhan dan Alkahfi. Alhamdulillah tahniah atas kesungguhan beliau melaksanakan tugasan tersebut.

Alkahfi tu panjang. Ummi x sangka dia mampu habiskan. Huhu. Masa ayah cek pun dia blh baca lancar xde tertinggal atau terslh. Alhamdulillah.

Sebelum habis hafal tnye dia nk hadiah ape. Plan nk blikan skrin xbox yg portable n blh guna dlm kete tu. Kalau dia jd masuk tahfiz blh main game bile ummi dtg. Tapi dia nak basikal. So ayah belikan la basikal.

Tinggal abg Muiz n Fattah je yg belum abis. Fattah sbb br umur 6tahun, ayh bg kelonggaran alkahfi sampai ayat 50 je. Lg 4ayat pun x abis2 lg. Dia dok leka main. Huhu

Saje je share sini. Cuma kagum anak2 umur mcm tu yg otak dia fresh lg mampu menghafal dgn mudah. Semua budak pun mampu bila dilatih kan. Kami pun lambat sedar n mulakan aktiviti ni. Kalau tau awal blh mula lg awal. Huhu. Tapi bermula pd tahun ni, anak 1st dah umur 9tahun, agak lewat ckit start.

Semoga dpt buka minda kita semua. Aktiviti ni cuma dilakukan suka2 je, atas kerelaan anak2 sendiri. Kawan2 pun blh cuba pada anak2 nanti bila berminat. Bermula dgn menggantikan lagu2 di radio dgn cd2 ayat Quran. Kurangkan part hiburan ckit. Bg reward bila diorang achieve something. Dan lain2 yg bersesuaian.

Tempoh task anak2 ni dari awal july hingga akhir oktober. Kira 4bln la.

Andainya ditakdirkan bdk2 ni dpt masuk tahfiz xde la ummi update cni. Dah jd menunjuk pulak nnt. Mungkin kne rajin2 tulis blog blk mcm dulu. Sbb mmg suke tulis psl progress diorang, blh tgk sndri nnt. Huhu.

Akhir kata, semua yg sy share xde niat pun utk menunjuk2, cuma blh bg inspirasi utk yg lain2 mencungkil bakat anak2 kita. Ade anak2 org lain yg lg hebat dan berbakat lg sbnrnya drpd diorang.

Muiz Fattah still teruskan misi tugasan diorang yg belum selesai. Qayyuum pulak dah ketagih mrnghafal. Dok tanye ayah, lps ni nak hafal surah ape. Ayh pun suruh dia hafal al-waqiah pulak, saje suka2. Huhu. Semoga ade amalan hafazan ini yg mmpu jdkan mereka anak2 yg lbh baik sikapnya dan menutup sgla kekurangan mereka. InsyaAllah ameen..

Ummi so proud of them. Sayang semua walaupun slalu kne mrh dgn ummi🤣

Sunday, January 3, 2016

First day anak sekolah 2016

Cerita hari ini

Muiz
Masuk darjah satu. Hantar dia dlu td. Tunjuk kelas, lps tu pegi perhimpunan. Ummi tunggu je kt belakang tengok sampai 7.45pg. Lps tu baru pegi sekolah Qayyuum Fattah

Muiz dpt sumbangan pencil case td. Sbb ade YB dtg, bg sumbangan utk murid darjah 1

Amik Muiz balik skolah 12.50, lps tu terus hantar skolah agama. Bawakkan bekal makanan. Tunggu dia salin baju semua. Dah hantar g kls, dah jumpa kawan terus tinggalkn balik rumah. Pukul 3.30ptg ayah dtg amik

Qayyuum & Fattah
Ok je kt skolah, sebab tu sekolah.  lama abg dia, dia dah biasa lah. Cikgu nak letak Fattah kelas lagi satu, tapi cikgu cakap nanti dulu, bg diorg biasakan diri dulu, sbb dh ddk sama biasanya.

Balik masa amik diorang, tengok Fattah tengah main kat luar kelas. Qayyuum pulak main dalam kelas. Diorang pandai bawak diri masing2. (Actually Qayyuum n Fattah ni tak ngam sangat, jd diorang cari kawan masing2 kot 😂)

Cikgu cakap Fattah dah pandai warna, pandai pegang pensil. Sbb biasa hobi diorang ni mmg menconteng kertas. Huhu

Sebelum balik Fattah jerit kuat2, babai cikgu!! Budak ni mmg terlebih peramah. Dgn cikgu pun dia selamber je

Ummi cuma risau kalau diorang nak gi toilet. Tau x ckp ngn cikgu tu. Huhu

Hadziq
Kebosanan kat rumah. Sebab xde kawan. Asyik nak nangis je ummi nak buat keje. Tadi bagi susu kat botol baru la smpat masakkn untuk Muiz. Huhu

Masing2 tak sabar nak gi sekolah esok.

Status ni panjang lebar sebab nak copy letak kat blog. Kikiki

Saturday, January 2, 2016

Azam nak ajar anak solat sejak kecik

Abang muiz

Arini solat zohor, asar, magrib, isyak, dia solat belakang ummi

Aritu cek bacaan solat dia
Alhamdulillah kbykn dah pass

Dan perasan sejak tu dia rajin ikut solat tanpa disuruh

Target mmg cuti skolah nak pastikan dia dah boleh ingat bacaan solat
Tapi dah ujung2 baru sempat nak ajar
Tu pun revision je sbb kt skolah dah belajar
Jd la tu, tercapai la jgk hajat ummi sebelum bukak skolah. Huhu

Thursday, December 24, 2015

Breastfeeding membantu rahim lbh cepat baik

4x czer
Kalau tanya saya, yg mne paling sakit
Jawapan sy ms lahirkan Qayyuum (2nd)

Bila nak bersalinkan Fattah (3rd), saya jadi takut jd lebih sakit, sbb beza umur Qayyuum dgn Fattah lg rapat

Tapi ajaibnya, proses bersalin Fattah lebih mudah, lbh cpt baik, dah boleh mengiring menyusukan dia awal2 lg.

Saya percaya penyusuan membantu proses utk pulihkan rahim dgn lbh cpt. Dlu masa Muiz (1st), sy x berjaya susukan dia, mungkin tu sbbkn czer lmbt baik, jd lbh sakit ms bersalin ank 2nd.

Beza umur
Muiz&Qayyuum 1y11m
Qayyuum&Fattah 1y6m
Fattah&Hadziq 2y5m

Alhamdulillah merasa nikmat menjadi ibu dan dikurniakan 4org anak. Dan sy enjoy menyusukan anak2 saya =)

Tuesday, August 4, 2015

Pengalaman pertama jaga anak sunat

Al-kisah

Dua hari sebelum abis cuti raya, dua pupu bdk2 ni tetiba nak sunat.

Anak akak ipar pulak sibuk jugak nak sunat. Jadi kak ipar suruh ajak Muiz skali.

Encik Suami pun pujuk la budak2 ni sunat. Muiz n Fattah nak. Qayyuum taknak.

Tapi setelah dipujuk2 nak beli robot transformers diorang pun setuju

Hari Rabu tu kebetulan ada sedara meninggal kat Bukit Gambir. Jadi abg ipar yang nak sunatkan terus suruh sunat kat klinik wife dia je dekat2 situ.

Planning asalnya, nak sunat kat klinik abg ipar tu kat Jementah.

So, ada 4org la yg nak sunat termasuk sepupu diorang. Muiz sunat dulu.

Ummi kat luar ni berdebar je rasa takut Muiz tetiba menjerit nangis. Tapi alhamdulillah ok. Tak nangis pun, doc bius dulu.

Lepas turn Muiz, turn sepupu diorang pulak. Bila dah sudah, terus bawak masuk kereta.

Lepas tu Qayyuum pulak. Dan last skali tiba turn Fattah. Ummi temankan dia sebab ayah dia tgh hantar Qayyuum masuk kereta.

Dengan ummi dia ckp nak tunggu ayah. So, ummi pegi la kat kereta panggil ayah. Ummi jaga Qayyuum pulak kat kereta.

Bila dengan ayah, dia ckp nak ngan ummi pulak. Last2 tak jadi sunat pun. Hahaha

Tapi ummi mmg dah dpt agak dah sbb Fattah ni mmg suka cakap putar belit ckit. Huhuhu

Sepupu diorang yang sunat sama

Muiz muka pucat lepas sunat tu. Byk diam je. Terkejut agaknye. Hehe. Sempat terlelap sekejap

Qayyuum lps sunat rilex je. Tanya sakit x, xsakit pun

Budak tak jadi sunat ni. Geram je ummi tengok muka dia

Dah siap tu, semua port dkt rmh mak mertua. Dekat 3hari jugak la tido sana.

Hari 1st semua terbaring je. Encik Husband dah belikan mainan siap2 untuk lekakan diorang dari sakit tu.

Doc bg 3 jenis ubat. Antibiotik, bengkak dan tahan sakit.

Muiz sambil main mainan tu, dia ckp, abg Muiz rasa nak berdiri la. Maksudnya dia nak main mcm biasa. Huhuhu. Ummi yg seram tengok diadah mulaaktif ckit.

Mlm tu Qayyuum yang sibuk cakap sakit. Ummi srh dia main mainan dia tu. Ayah diorang dah suruh Ucu belikan transformer sorang satu. Esok nanti ucu bawak balik

Husband snap gambar Muiz kat bilik sunat

Yg ni Qayyuum pulak

Semua terbaring depan tv

Hari ke-2 semua dah mula aktif. Dah bangun berjalan2. Ummi yang risau tengok diorang jalan terkengkang2. Hahaha..

Malam tu ucu diorang balik bawak mainan transformers. Makin excired diorang, terus lupa sakit. Hehehe

Dah mula melasak. Padahal xpakai seluar tu. Hehehe

Ucu belikan mainan transformers

Hari Sabtu dah balik rumah sendiri. Qayyuum dah mula pakai seluar.

Muiz tak berani lagi. Padahal luka Qayyuum yg lg byk.

Qayyuum rilex je dah pakai seluar

Muiz dapat cuti seminggu. Patutnya hari Rabu dah naik sekolah. Tapi sambung lagi Rabu Khamis tu. Minggu depan baru naik sekolah.

Kebetulan hari Sabtu tu ada kenduri kat Melaka. Lepas tu ayah diorang ajak gi mandi kat Bayou Lagoon Park Resort.

Tujuannya supaya darah beku n kuping2 tu senang tertanggal bila berendam

Dan ternyata teknik ni berkesan. Mmg bersih bibird diorang lepas tu. Baru la nampak cantik sikit. Huhu..

Suka,diorang dapat mandi. Lupe dah sakit2 tu

Hadziq pun mandi sama

Qayyuum ckp sakit jugak bird dia sikit. Huhu

Muiz sebelum mandi tu mmg bila pakai seluar dia akan pegang seluar dia biar tak kena bird dia.

Tapi ayah cakap kalau nak mandi kolam tak boleh pegang

Bila ummi marah tak kasi pegang, dia nangis menahan sebak. Dia pegang hujung baju je buat syarat. Kelakar pulak ummi tengok.

Lps balik mandi tu ok dah boleh main basikal semua dah. Huhu

Alhamdulillah,

Budak2 sunat ni dah aktif
Dah lari2, dah main beskal
Ummi je yg seram takut jatuh beskal

Muiz sblm g skolah tu xnk pakai sluar
Tapi hari skolah ok je dia pakai sluar
Siap lari2 ngn kwn2 kt skolah

Qayyuum steady je
Dari hari ke-4 dah pakai seluar
Main lari2 semua

Tinggal turn Fattah n Hadziq pulak lg 3-4tahun nnt
Tq Mr. Husband tlg handle bdk2 sunat ni

Muiz 6y & Qayyuum 4y


Posted via Blogaway


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...