Sunday, July 13, 2014

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD AMMAR FATTAH

Assalamualaikum,

Semalam genap dah Fattah umur 2tahun. Alhamdulilllah selesai dah ummi menyusukan dia 2 tahun seperti yang disarankan mengikut syariat Islam. Mengimbau kembali kenangan mengandung dan menyusukan dia.

SEMASA MENGANDUNG

Tahu pregnant masa dah 9weeks. Memang tak sangka, ingatkan kalau fully breastfeeding tak senang lekat. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Terpaksa stop menyusukan Qayyuum masa umur Qayyuum 11 bulan. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Fattah tak ada alahan yang pelik2, cuma pening2 sikit bila naik kereta. Tapi tak ada muntah2.

Masuk usia kandungan 5bulan, saya diserang asma setiap hari. bila malam je mesti batuk2 teruk sampai tak boleh tidur. kadang2 pukul 3 pagi dah tak boleh tidur sebab batuk2..Memang teruk dan azab sangat. kadang2 sampai terkucil. Pernah 1 hari, dah pegi sedut gas neb kat Yong peng, balik kena semput lagi, so pergi Chaah pulak sedut lagi. Perasaan masa tu memang macam dah nak mati je, tak cukup nafas nak tarik.

Masa mengandung 7 bulan, kak Ju (Doc tempat saya selalu cek up) cadangkan saya beli mesin nebulizer tu sendiri. Saya pun beli dgn harga rm250. Bila kena attack asma je, terus sedut gas. Kadang2 sebelum tidur, saya sedut gas dulu siap2, jd tak lah saya batuk2 malam tu.

Saya pegi cek up kat Tey Maternity masa mengandung 34wks. dan buat appoinment utk czer terus. Patutnya due date ikut period 3 July 2012, tapi ikut scan akhir July. Jadi doc bagi tarikh czer masa 38wks, 13 July 2012. Masa seminggu terakhir sebelum bersalin, saya sibuk mengemas rumah. Mungkin sebab bermain dengan habuk, saya kena batuk2 teruk. masa tu rasa nak pospone czer je. Tapi tak berani cakap dengan Dr. Masa sampai kat hospital tu saya asyik sedut gas neb je. kurang la sikit kan.. Pukul 5.50ptg saya masuk bilik bedah. Pukul 6.19pm Fattah selamat dilahirkan dengan berat 3.1kg. (Masa cek up 34wk, berat baby baru 2.4kg, jadi saya pun makan byk2 biar berat bby naik banyak. hehe)

Ni la gambar anak ummi setelah 2 jam dilahirkan

SELEPAS KELAHIRAN FATTAH

Bersalin kali ni saya ditempatkan di wad 1st class, mungkin sebab saya ada asma,so Dr nak pantau lebih dekat la. Malam tersebut saya tak jumpa baby lagi. Tengah2 malam, saya terasa ada kahak dalam tekak saya. Saya rasa tak selesa, tapi saya tak dapat buang kahak tu. Rasa nak terbatuk, tapi saya terpaksa tahan kerana risaukan luka czer. Rasa macam dah nazak dah masa tu. huhu. Dalam pukul 11 lebih, nurse datang melawat. Dia nampak keadaan saya yang menahan sakit, jadi dia tepuk2 belakang badan saya. Dan akhirnya keluar sebiji kahak yang besar. Lepas tu baru lah saya rasa lega dan boleh mula tidur. Ubat bius habis sekitar pukul 4pagi, waktu tu la baru mula rasa bisa berdenyut2. huhu

Suami tidur di hotel berdekatan. Keesokan paginya barulah nurse bawa baby pada saya. Sebelum tu saya ada request untuk susukan anak, tapi nurse tak bagi, dia nak saya berehat je. Masa baby dibawa pada saya, saya terus mengiring sikit untuk menyusukan dia. Alhamdulillah dia pandai dah isap. Dapat la saya susukan dia sikit. Dan breast mula bengkak selepas dia isap.

Hari ke-tiga, barulah saya dibenarkan bangun dari katil. Dalam keadaan sakit2 tu, saya turun ke tempat nurseri, nak tengok baby. masa tu pukul 8pagi. Saya try nak menyusukan dia, tapi dia asyik tidur je. So, saya naik atas. Saya tuam2 breast untuk ilangkan bengkak dan cuba pam. Dapat la 1oz, saya bagi pada nurse untuk suap anak saya. Petang tu saya dah dapat keluar. Dalam perjalanan tu baby menangis nak susu. Gabra jugak saya memandangkan masa Muiz dan Qayyuum dulu, diorang tidur je sepanjang dalam kereta. Saya susukan jugak baby. Malam tersebut, tak boleh tidur sangat sebab baby asik nangis je nak susu. Risau juga tak cukup susu. Tapi baju saya dah basah lencun menandakan susu saya keluar banyak.

Keesokan harinya saya mula mengepam. Guna pam manual, tapi saya rasa tak puas, macam susu tak habis keluar. Pastu barulah saya guna pam medela freestyle saya. Baru lah puas memgepam. Tangan pun tak penat. Huhu.

Sejak hari ke-3 pantang saya konsisten mengepam 3-4kali sehari. Hasil mengapam ada yang saya simpan, ada yang saya terus bagi untuk Qayyuum minum.



                                         Ni antara stok susu awal yang ada. Untuk tempoh 3 hari

Sepanjang berpantang kat rumah MIL, ni yang saya dapat kumpul. Yang lain dah bagi Qayyuum minum. hehe

Setelah 2 tahun tamatlah tempoh menyusukan Fattah. Sekarang pun sya tengah pregnant 4bulan, jadi saya terpaksa stop nyusukan dia awal. Nasib baik dia ok je. Tak sibuk mencari2.. Alhamdulillah tempoh 2 tahun ini sangat indah. Tak ada sakit2 badan semasa menyusu, tak ada nipple crack mcm masa Qayyuum dulu, semuanya berjalan lancar. Fattah memang pandai menyusu, kuat menyusu sbb tu susu ummi banyak. hehe

Sepanjang tempoh itu, ummi dapat mengepam susu dan supply pada Qayyuum skali sampai umur Qayyuum 3tahun 4bulan. Dan saya ambil 2orang anak sedara untuk dibuat anak susuan dan anak angkat. Al-maklum lah tak ade anak pempuan. hehe

Kepada anak ummi, MUHAMMAD AMMAR FATTAH BIN OMAR DIN, selamat ulangtahun kelahiran yang kedua. Ummi puas hati sangat dapat menyusukan awak.Semoga Fattah jadi anak soleh dan menyenagkan hari ummi dan ayah selalu. Ummi sayang Fattah sangat2..

Oh ye, sepanajang tempoh mengandung dan menyusukan Fattah, ummi amalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE DAN SET MENYUSU SHAKLEE tau! Alhamdulillah susu meriah, badan cergas walaupun kena handle anak 3 orang. That's why suka suggest kawan2 ambik set ini juga =)


Kami sekeluarga raya 2013





1 comment:

  1. Saye juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg sebulan berkahak teruk after kene prolonged jaundice. Kos ulangalik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer di rumah.

    So sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM200 FREE POSTAGE! boleh hubungi saye utk sebarang pertanyaan ye! 013-3333062 (sms/whatsapp/wechat). Tq :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...