Thursday, November 8, 2012

Nur Fatnin Zinnirah

Entry kali ni sy nak bercerita tentang anak angkat saya. Memandangkan kesemua anak sy boy, suami sy telah berniat untuk membuat anak sahabat baiknya sebagai anak angkat kami sekiranya baby tersebut ialah girl. En suami siap suruh sy susukan supaya tidak terjadi hal aurat nanti dgn baby tersebut.

Anak kawan kami ni merupakan anak kedua. Mereka juga mempunyai anak lelaki yg berumur 2tahun. Nama baby ni,sy dan En. Suami yang pilih.hehe. Keluarga Fatnin memberi penghargaan kepada kami untuk memilih anak untuk anak mereka.
Nama yang diberi adalah Nur Fatnin Zinnirah binti Zulkifli.
Nur- cahaya
Fatnin- yang bijak
Zinnirah- cahaya yang dikembalikan.

Fatnin dilahirkan pada 10may 2012. Maksudnya Fatnin lahir awal 2bulan dari Fattah.Saja sy berikan nama yang dekat bunyinya dgn nama Fattah,ala2 kembar gitu.hehe. Selepas sy bersalin, sy mula untuk memberi susu kpd Fatnin. Kebetulan pada masa tersebut Fatnin memang reject botol,jadi sy terpaksa bg direct kepadanya. Cuma untuk cukupkan syarat 5x kenyang je. Ibu Fatnin memang jenis yg banyak susu. Memang cabaran untuk sy direct feeding Fatnin sebab Fattah yg pada masa tu berumur sebulan sangat kerap menyusu,jadi sy tak ada peluang untuk menyusukan Fatnin. Tapi dapat jugak la sy susukan direct sebyk 2x. Bila Fatnin dah pandai isap botol,sy bg botol je n cukupkan syarat 5x kenyang. Kini sy mempunyai 3orang ank lelaki n seorang anak perempuan.hehe. Dapatla lepaskan gian nak beli baju baby girl. Hehe.

Ni la gambar fatnin semasa baru dilahirkan dan latest berumur 6bulan. Berat Fatnin pun ringan je, 6bulan 6kg.(saya syak Fatnin tak dapat hindmilk sbb menyusu sekejap je dah stop sdgkan susu ibunya banyak n tidak pernah dipam. Saya pernah terangkan kepentingan hindmilk,tapi mungkin ibunya tak berapa faham). Fatnin ni ringan montot,baru 6bln dah nampak tanda nak merangkak.

Itu saja la kisah anak dara saya.



1 comment:

  1. Salam..Zinnirah tu maksudnya cahaya yg dikembalikan ye..ingat nak letak juga nama anak zinnirah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...