Rasa berdebar nak keluarkan baby dah
Ummi perasan anak2 semua excited tunggu baby keluar
Muiz asyik kira hari je. Asyik tanya ummi je bila ummi nak keluarkan baby. Siap cakap nak gi spital nnt tgk bby. Dia ingat lagi masa tgk ummi bersalin Fattah dulu dia g tengok.
Qayyuum biasa2 je. Budak ni mmg xde perasaan cikit. Hahaha.
Fattah pulak bila nampak ummi baring je, mula la dia cbuk nak cium perut je. Skrg tgh psyco dia, nnt baby dah keluar Fattah tido ngn abg2 tau. Tapi dia asyik mengelak je, asyik ckp nk tdo sebelah bby je
Ummi pulak lately ni ssh nk tido, banyak fikir, terbayang2 nak bersalin. Memang plan nak bertahan sampai 1hb, tapi xpasti la sempat ke x. Huhu. Papepun cuma berdoa Allah permudahkan urusan ummi n baby.
Sabtu ni baru nak gi cek up kat Tey Maternity. Kalau dpt delay, mmg delay 1hb. Kalau tak, bersalin on the spot la.. Kat rumah pun tak buat byk keje, taknak aktif2 sangat sbb nak bertahan 1hb kan. Hehe.
Tinggal lagi max 6hari je lagi. Minimum? Esok la. Huhu..
Sekarang cuma pantau pergerakan baby. Kalau ade pape tak kena baru gi spital. Anak ke-4 dah, dah ade la pengalaman sikit. Hehe
Ammar, bersalin, mengandung, 4th baby
No comments:
Post a Comment