Assalamualaikum..
Hari ni saya nak bercerita tentang pengalaman menghadiri kursus Dr. Azizan Osman. Sebelum ni memang saya dengar macam2 cerita positif dari kwn2, jd saya memang teringin nak pegi. Alhamdulillah pada 6 Sept 2014, dapatlah saya join kursus tersebut. Lokasinya di Thistle Hotel Johor Bahru
APA YANG SAYA DAPAT SETELAH JOIN SEMINAR TERSEBUT?
Yang ketara, ia membuka minda saya tentang berniaga. Sebelum ni kita sering dimomokkan dgn kerja kerajaan. Kalau bekerja kerajaan, hidup lebih stabil. Nak buat loan senang. Tapisampai bila kita nak berada di takuk tu saja? Membuatkan saya berfikir kebenarannya. Harga barang semakin naik, tapi income tak berapa naik.. Sedarkah kita, dengan berniaga, kita dpt meningkatkan ekonomi kita dan keluarga?
Masa permulaan seminar, kami dikehendaki utk mengungkapkan ucapan beramai2
"KAMI USAHAWAN BERJAYA"
Terdapat 3jenis/ kategori perniagaan
1) START UP
2) GROWING
3) ESTABLISH
Nak berjaya kena ada impian
IMPIAN KENA BESAR
KEINGINAN KENA BESAR
Semuanya bermula dengan NIAT dan IMPIAN
Impian yang kita ada perlu diTULIS, supaya jelas matlamat dan impian kita. Kita perlu bergerak ke arah impian itu, jika tidak, kita tidak akan mendapatkannya. Biarlah langkah kita itu perlahan, tapi yang pengting at last, kita berjaya capai matlamat kita.
IMPIAN
80% orang GAGAL mencapai impian kerana IMPIAN ITU TIDAK JELAS, TIDAK SPESIFIK, TIDAK DILETAKKAN DALAM TEMPOH BERAPA LAMA KITA MESTI MENCAPAI IMPIAN tersebut.
Dari sekarang kita dah perlu TARGET berapa INCOME KITA untuk 3TAHUN akan datang. Tulis besar2 dan tampal impian kita tu
Siapa yang bertindak dengan cepat, dia yang akan berjaya
FAST ACTION FAST RESULT
KALAU NAK CAPAI APA YANG KITA TAK PERNAH CAPAI, KITA MESTI BERANI BUAT APA YANG KITA TAK PERNAH BUAT
Untuk yang baru nak mulakan bisnes
1) jangan keluarkan produk sendiri
2) pasarkan produk orang lain @ jadi agen
3) mulakan dgn modal yang rendah
Diri sendiri kena berubah
UBAH IMPIAN
BERANI
PERLU ADA ILMU
Jom kita cek di mana tahap hidup kita sekarang. Kebanyakan mesti memberikan jawapan salah satu jawapan di bawah
1) banyak hutang
2) gaji sikit
3) nampak macam ada duit, tapi sebenarnya pokai
4) selalu buat keputusan yang salah
5) stuck dlm kehidupannya/perniagaannya
6) hidup pada tahap yang sama, tiada peningkatan
Agak2 anda orang yang mana?
Bila berniaga, pasti kita mengharapkan keuntungan
Tapi ada 6 faktor yang menyebabkan kita gagal
1) kita ingat kita perlu ada modal duit, sedangkan meniaga perlukan ilmu
2) tidak ada attitute/sikap yang betul
3) tidak ada komitmen dalam melakukan sesuatu
4) tidak sanggup bekerja keras
5) TIDAK SANGGUP BERKORBAN HARI INI UNTUK HARI ESOK
6) 90% bisnes gagal kerana tiada ilmu pemasaran
Agak2 ada ke faktor di atas yang anda masih buat?
Nak berjaya kita perlukan mentor.. sifu yang akan guide kita. barulah mudah utk kita berjaya
Dr. Azizan Osman cerita pengalaman beliau, dia target nak jadi jutawan pada umur 35tahun, tapi pada usia 32tahun beliau dah berjaya jadi jutawan!! hebat kan??
Kita pun boleh. Yang penting kita jelas dgn matlamat dan hala tuju kita, dan tau bila nak capai target kita tu
Sekian sahajalah bebelan saya ni. Saya memilih untuk berjaya dlm bisnes Shaklee. Produk dah bagus, sistem pemasaran yang jelas. Apa lagi yang kita tunggu? Jom melangkah bersama Shaklee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment