Thursday, November 1, 2012

Didikan Al-Quran sejak bayi

Dipetik dari Islamic Parenting
Network.

Alangkah baiknya jika pendengaran bayi
disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat
Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana
bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura
bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari
bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai
bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan
melekat dalam otak mereka. Menjadikan
mereka senang untuk melagukannya bila agak
besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak
yang akan diingat hingga mereka dewasa.
Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya
dan secara automatik, susu yang di
hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al
Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep
letak air ketika kita membaca Yassin. Air
Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang
kerasukkan histeria dan lain-lain.
Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang
didedahkan dengan kata kata yang elok atau
ayat Al-Quran mempunyai susunan molekul
yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan
susu badan kita jika kita sendiri mendengar
ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan
kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya,
malah susu badan kita tersebut penuh dengan
khasiat kerohanian yang akan menjadi darah
daging anak kita. Jadilah anak ini secara
semulajadinya suka akan Al-Quran.
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita
hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan
iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah
sampai kerumah, ibu berpantang di bilik
bersama bayi sambil melihat cerekarama/
telenovela tidak kurang juga drama korea dan
pelbagai rancangan lagi yang dihiburkan
kepada kita setiap hari.
Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan
salahkan mereka jika bila dewasa mereka
menyerap apa yang telah diperdengarkan
kepada mereka sedari bayi. Pendedahan
semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak
seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan
dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila
mereka dewasa nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...