saya sangat bertuah..
Selamat hari ibu buat semua ibu2..jasa dan pengorbanan seorang ibu memang takkan dapat kita balas sampai bila2. Bila saya dah jadi seorang ibu ni saya makin menghargai pengorbanan yang mak saya lakukan untuk membesarkan anak2nya.terima kasih mak.. Kami sayang mak...
Saya pasti mesti ramai ibu2 yang ingin menjaga anak2nya sendiri. Malah ada antara ibu2 yang sanggup berenti kerja untuk melihat anak membesar di depan mata. Bagi saya sendiri,saya rasa sungguh bertuah kerana diberi kesempatan untuk melihat anak2 saya membesar di depan mata saya. Menjadi orang pertama melihat anak pandai tiarap,merangkak,duduk,berjalan dll. Bertuahnya saya kerana dapat peluang itu. Tapi dalam pada masa yang sama saya masih berstatus seorang pekerja makan gaji.camne tu? Sebab jawatan saya sebagai seorang tutor.saya telah menyambung pelajaran di peringkat master masa saya muiz lahir.kebanyakan masa saya di rumah kerana kelas saya hanya pada sabtu ahad.jadi saya dapat menjaga muiz sendiri sepanjang masa tu.sehingga lah umur muiz 10bulan.saya telah habis master dan mula bekerja di uthm.saya mula menghantar muiz ke rumah pengasuh.tapi saya rasa sangat bersyukur kerana dapat melihat muiz membesar di depan mata saya sepanjang 10bulan itu.
selepas itu,saya bekerja selama 8bulan dan mula sambung phd pula.jadi dapatlah saya menjaga anka2 saya sekarang.cuma agk mencabar la utk saya fokus dalam belajar disamping menjaga anak2.cuma saya berdoa agar Allah permudahkan semua urusan saya.bertuahnya saya kerana dapat melihat anak membesar di depan mata. Bertambah bertuah kerana dalam tempoh tersebut saya mendapat gaji dan elaun uthm sepanjang tempoh cuti belajar.Alhamdulillah..syukur sangat dengan rezeki yang Allah limpahkan ini..
muiz masa 10 bulan
muiz & qayyum
No comments:
Post a Comment