Sunday, July 20, 2014

Meh cite sikit,,, SET MENGANDUNG SHAKLEE

Semua dah sedia maklum, yang saya dah menggunakan produk Shaklee sejak Januari 2011 semasa melahirkan anak kedua lagi.

Jadi saya bermula dengan Set Berpantang -> Set Menyusu -> Set Mengandung -> Set Berpantang -> Set Menyusu -> Set Mengandung. Non stop!! hehe

Jadi kali ni saya nak bercerita tentang Set Mengandung dulu..

Untuk set lengkap SET MENGANDUNG SHAKLEE terdiri daripada:
1) ESP - Energizing Soy Protein
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vita C
5) Ostemetrix
6) Omega Guard





Jom kita tengok secara terperinci fungsi setiap produk dalam set ini.
Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya.

1) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Set Mengandung Shaklee
  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
2) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Set Mengandung Shaklee
  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
3) B-Complex
Set Mengandung Shaklee
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
4) Sustained Release Vita-C
Set Mengandung Shaklee
  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan :(



5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Set Mengandung Shaklee
  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
Set Mengandung Shaklee
  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :
  1. Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
  2. Perkembangan bayi yang sihat
  3. Pencegahan baby dari mendapat jaundice.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya

SITI NORMAH HASAN
ID 890876
TEXT/ WHATSAPP 0177304264
Facebook: Siti Normah Hasan  www.facebook.com/sitinormah.hasan
Fan Page: Ammar Afiat Network www.facebook.com/ammarafiat
Penghantaran sekitar

Labis, Segamat
Chaah, Segamat
Yong Peng, Batu Pahat
Parit Raja, Batu Pahat
UTHM, Batu Pahat
Ayer Hitam, Batu Pahat
Skudai, Johor Bahru

Saya menyediakan ready-stok dan anda boleh mendapatkannya daripada saya. Pengeposan ke seluruh Malaysia

Sunday, July 13, 2014

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD AMMAR FATTAH

Assalamualaikum,

Semalam genap dah Fattah umur 2tahun. Alhamdulilllah selesai dah ummi menyusukan dia 2 tahun seperti yang disarankan mengikut syariat Islam. Mengimbau kembali kenangan mengandung dan menyusukan dia.

SEMASA MENGANDUNG

Tahu pregnant masa dah 9weeks. Memang tak sangka, ingatkan kalau fully breastfeeding tak senang lekat. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Terpaksa stop menyusukan Qayyuum masa umur Qayyuum 11 bulan. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Fattah tak ada alahan yang pelik2, cuma pening2 sikit bila naik kereta. Tapi tak ada muntah2.

Masuk usia kandungan 5bulan, saya diserang asma setiap hari. bila malam je mesti batuk2 teruk sampai tak boleh tidur. kadang2 pukul 3 pagi dah tak boleh tidur sebab batuk2..Memang teruk dan azab sangat. kadang2 sampai terkucil. Pernah 1 hari, dah pegi sedut gas neb kat Yong peng, balik kena semput lagi, so pergi Chaah pulak sedut lagi. Perasaan masa tu memang macam dah nak mati je, tak cukup nafas nak tarik.

Masa mengandung 7 bulan, kak Ju (Doc tempat saya selalu cek up) cadangkan saya beli mesin nebulizer tu sendiri. Saya pun beli dgn harga rm250. Bila kena attack asma je, terus sedut gas. Kadang2 sebelum tidur, saya sedut gas dulu siap2, jd tak lah saya batuk2 malam tu.

Saya pegi cek up kat Tey Maternity masa mengandung 34wks. dan buat appoinment utk czer terus. Patutnya due date ikut period 3 July 2012, tapi ikut scan akhir July. Jadi doc bagi tarikh czer masa 38wks, 13 July 2012. Masa seminggu terakhir sebelum bersalin, saya sibuk mengemas rumah. Mungkin sebab bermain dengan habuk, saya kena batuk2 teruk. masa tu rasa nak pospone czer je. Tapi tak berani cakap dengan Dr. Masa sampai kat hospital tu saya asyik sedut gas neb je. kurang la sikit kan.. Pukul 5.50ptg saya masuk bilik bedah. Pukul 6.19pm Fattah selamat dilahirkan dengan berat 3.1kg. (Masa cek up 34wk, berat baby baru 2.4kg, jadi saya pun makan byk2 biar berat bby naik banyak. hehe)

Ni la gambar anak ummi setelah 2 jam dilahirkan

SELEPAS KELAHIRAN FATTAH

Bersalin kali ni saya ditempatkan di wad 1st class, mungkin sebab saya ada asma,so Dr nak pantau lebih dekat la. Malam tersebut saya tak jumpa baby lagi. Tengah2 malam, saya terasa ada kahak dalam tekak saya. Saya rasa tak selesa, tapi saya tak dapat buang kahak tu. Rasa nak terbatuk, tapi saya terpaksa tahan kerana risaukan luka czer. Rasa macam dah nazak dah masa tu. huhu. Dalam pukul 11 lebih, nurse datang melawat. Dia nampak keadaan saya yang menahan sakit, jadi dia tepuk2 belakang badan saya. Dan akhirnya keluar sebiji kahak yang besar. Lepas tu baru lah saya rasa lega dan boleh mula tidur. Ubat bius habis sekitar pukul 4pagi, waktu tu la baru mula rasa bisa berdenyut2. huhu

Suami tidur di hotel berdekatan. Keesokan paginya barulah nurse bawa baby pada saya. Sebelum tu saya ada request untuk susukan anak, tapi nurse tak bagi, dia nak saya berehat je. Masa baby dibawa pada saya, saya terus mengiring sikit untuk menyusukan dia. Alhamdulillah dia pandai dah isap. Dapat la saya susukan dia sikit. Dan breast mula bengkak selepas dia isap.

Hari ke-tiga, barulah saya dibenarkan bangun dari katil. Dalam keadaan sakit2 tu, saya turun ke tempat nurseri, nak tengok baby. masa tu pukul 8pagi. Saya try nak menyusukan dia, tapi dia asyik tidur je. So, saya naik atas. Saya tuam2 breast untuk ilangkan bengkak dan cuba pam. Dapat la 1oz, saya bagi pada nurse untuk suap anak saya. Petang tu saya dah dapat keluar. Dalam perjalanan tu baby menangis nak susu. Gabra jugak saya memandangkan masa Muiz dan Qayyuum dulu, diorang tidur je sepanjang dalam kereta. Saya susukan jugak baby. Malam tersebut, tak boleh tidur sangat sebab baby asik nangis je nak susu. Risau juga tak cukup susu. Tapi baju saya dah basah lencun menandakan susu saya keluar banyak.

Keesokan harinya saya mula mengepam. Guna pam manual, tapi saya rasa tak puas, macam susu tak habis keluar. Pastu barulah saya guna pam medela freestyle saya. Baru lah puas memgepam. Tangan pun tak penat. Huhu.

Sejak hari ke-3 pantang saya konsisten mengepam 3-4kali sehari. Hasil mengapam ada yang saya simpan, ada yang saya terus bagi untuk Qayyuum minum.



                                         Ni antara stok susu awal yang ada. Untuk tempoh 3 hari

Sepanjang berpantang kat rumah MIL, ni yang saya dapat kumpul. Yang lain dah bagi Qayyuum minum. hehe

Setelah 2 tahun tamatlah tempoh menyusukan Fattah. Sekarang pun sya tengah pregnant 4bulan, jadi saya terpaksa stop nyusukan dia awal. Nasib baik dia ok je. Tak sibuk mencari2.. Alhamdulillah tempoh 2 tahun ini sangat indah. Tak ada sakit2 badan semasa menyusu, tak ada nipple crack mcm masa Qayyuum dulu, semuanya berjalan lancar. Fattah memang pandai menyusu, kuat menyusu sbb tu susu ummi banyak. hehe

Sepanjang tempoh itu, ummi dapat mengepam susu dan supply pada Qayyuum skali sampai umur Qayyuum 3tahun 4bulan. Dan saya ambil 2orang anak sedara untuk dibuat anak susuan dan anak angkat. Al-maklum lah tak ade anak pempuan. hehe

Kepada anak ummi, MUHAMMAD AMMAR FATTAH BIN OMAR DIN, selamat ulangtahun kelahiran yang kedua. Ummi puas hati sangat dapat menyusukan awak.Semoga Fattah jadi anak soleh dan menyenagkan hari ummi dan ayah selalu. Ummi sayang Fattah sangat2..

Oh ye, sepanajang tempoh mengandung dan menyusukan Fattah, ummi amalkan SET MENGANDUNG SHAKLEE DAN SET MENYUSU SHAKLEE tau! Alhamdulillah susu meriah, badan cergas walaupun kena handle anak 3 orang. That's why suka suggest kawan2 ambik set ini juga =)


Kami sekeluarga raya 2013





Sunday, July 6, 2014

Ambil Report Card Anak

Semalam cikgu Muiz bagitau ada hari terbuka untuk pelajar2 Tadika Agama Johor. So, ummi n ayah pun pegi la sekolah Muiz nak ambil report card dia.

Rasa excited pulak nak ambil report card anak. Yelah, 1st time kan. Hehe..

Memang tak expect apa2 pun, tak kisah macam mana keputusan dia. Yela, tadika lagi kan. Lagi pun ummi tengok Muiz ni main2 je kat sekolah. Peksa pun macam tak peksa. Jadi ummi target dia mungkin dapat nombor belas2 kot.

Ummi pun pegi ke kelas Muiz jumpa cikgu kelas dia. Cikgu muda lagi, baru lepas SPM kot. Cikgu ni baru kerja sebulan je. Dia cakap Muiz ok.. Main2 jugak tapi bila cikgu suruh belajar dia nak belajar.

Cikgu tunjuk report card Muiz. Muiz dapat No. 3!! Masa tengok tu ummi tersenyum.. Memang tak ummi jangka Muiz dapat no. 3 dalam kelas, 3/20. Yang dapat no. 1 dan 2, budak perempuan. Tapi pencapaian biasa2 aje la.. walaupun dapat no. 3. Hehe. Cikgu tunjuk semua kertas peperiksaan dia. Muiz ni belum pass lagi mengenal abjad ABC sebenarnya. Cikgu2 dia kurang tekankan tentang ABC. Lebih fokus pada iqra. Tapi ummi ok je, tak kisah sangat. Bagus juga dia dapat belajar iqra tu.

Ayah cakap nak bagi hadia warna pensil kat Muiz. Kirim pada ucu beli di BP Mall.


Ni la hadiahnya. Muiz color 36batang + add on Qayyuum color 12batang. nak beli memang tak boleh beli 1 je, berebut nanti. Huhu. Tu pun, Fattah berebut jugak, nak color yang baru, taknak yang lama. 


Qayyuum khusyuk melukis sampai terkangkang2. Heheh

Ayah pun join sekaki dgn anak2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...