Monday, May 27, 2013

Perihal sang anak

Assalam
Sambil mengepam susu ni,sempat utk sy brcerita tntg ank2 bujang sy yg makin membesar.
1) Ammar Muiz
Alhamdulillah jd seorg abg yg baik walau kdg2 nampak sikapnya yg inginkn perhatian. Kalau siang memang xreti tdo.asyik tengok kartun aje. Tapi malam pkul 9 dah tertido. Dah pandai tidur sendiri
2) Ammar Qayyuum
Anak ummi yg ni unik ckit. Manjanya terlebih. Susah sgt nak tdo malam. Bangun pagi pun liat. Kurang lasak berbanding Muiz
3) Ammar Fattah
Si kecik ummi ni amatla lasak sekarang. Bila letak dlm walker,laju je dia keluar. Yg paling ummi risau sebab dia suka masukkn brg dlm mulut. Terasa cepat je dia membesar

Anak oh anak...

Monday, May 13, 2013

Fattah genap 10bln

Alhamdulillah arini Fattah dah 10bulan. Rasa cepat je masa berlalu. Kejap je dia dah besar. Ni yg ummi rindu baby lagi ni :p

Arini jugak 1st time ummi dengar Fattah sebut emmi. Ada la 2-3 kali. Rasa terharu pulak.

Minggu lepas Fattah dah pandai berdiri,kemudian pandai merangkak, kemudian pandai duduk. Reverse cycle mcm abg Qayyuum dlu.

Alhamdulillah masih dapat lagi fully bf Fattah lagi. Purata ummi pam dalam bulan ni 30oz shari. Drop berbanding bulan lepas. Puncanya semasa bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu, sy cuma dapat pam 2x sehari. Bila balik rumah,susu mula drop. Sekarang masih dalam proses nak tingkatkan susu semula. Tapi kali ni sy tak stress,just relax. Cuma sy panjangkan waktu mengepam. Kalau sebelum ni pam selama 15min, sekarang0sy pam 25min. Mudah2an susu sy akan pulih semula.

Sunday, May 5, 2013

5 Mei 2013 first time mengundi

Semalam 1st time sy mengundi. Sy mengundi di zon kempas. Manakala suami di yong peng. Saya sampai dalam pkul 9am. Dekat setengah jam juga beratur. Sy tak tahu kalau bawa anak kecil,xpayah beratur.kalau tau,dah bwk Fattah dah.hehe.

Wednesday, May 1, 2013

Ulangtahun kelahiran ke 28

Alhamdulillah hari ni usia sy brtambah lagi. Syukur tak terhingga kepada Allah atas nikmat dan kurniaan yg diberi sepanjang 28 tahun ini. Terima kasih atas nikmat kasih sayang yg Engkau beri bersama suami serta 3 org putera. Juga dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat handai yg sentiasa mengambil berat

Azam sempena umur 28tahun ni
-tingkatkan amal ibadah kepda Allah
-berusaha jd isteri yg sentiasa menyenangi hati suami
-berusaha jd ummi yg dpt mendidik ank2 menjadi anak soleh
-sbr melayan kerenah anak2
-nak habiskan phd tahun ni jugak!!
-dan byk lg azam2 kecil yg lbh positif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...