Tuesday, November 27, 2012

Fattah dah 4bulan setengah..

Cepat je masa berlalu. Anak kecik sy dah 4bulan lebih. Bila masuk ke umur begini,ramai yg tanya xbg makan lg ke. Sy cume ckp,belum. Tapi ada juga makcik2 sy cuba nak bg Fattah makan (durian dan kueh2). Harap2 sy mampu bertahan sehingga umur Fattah 6bulan. Kalau sy tengah makan,memang sy tak bagi Fattah tengok,takut dia terliur pula. Hehe.
Antara perkembangan Fattah di usia 4bulan
Berat sudah 7.8kg (naik 1kg)
Masih eksklusive bf
Dah pandai mengiring
Dah pandai toleh bila orang panggil nama dia
Dah cam ummi. (bila ummi nk g skol,dia tgk je xlepas)
Dah stat masuk walker,tapi dia macam tak berapa minat
Tido dah tak berbedung
Suke masuk jari2 dlm mulut
Kalau nampak abang2 main,dia yg terjerit2 lebih excited.
Dah pandai pgng mainan
Suke snyum n kuat jerit

Sepanjang bulan ni ummi bjaya mengepam 1246oz utk Fattah dan Qayyuum. Alhamdulillah semoga murah rezeki susu untuk anak2 ummi.

Thursday, November 8, 2012

Ni memang adik abg muiz!!

Speechless! Memang sama kan gambar Muiz masa umur 3bulan dgn Fattah berumur 3bulan. Cuma Fattah lebih chubby sebab berat Muiz masa ni dalam 6.5kg sdgkan Fattah sudah 7.7kg.


Nur Fatnin Zinnirah

Entry kali ni sy nak bercerita tentang anak angkat saya. Memandangkan kesemua anak sy boy, suami sy telah berniat untuk membuat anak sahabat baiknya sebagai anak angkat kami sekiranya baby tersebut ialah girl. En suami siap suruh sy susukan supaya tidak terjadi hal aurat nanti dgn baby tersebut.

Anak kawan kami ni merupakan anak kedua. Mereka juga mempunyai anak lelaki yg berumur 2tahun. Nama baby ni,sy dan En. Suami yang pilih.hehe. Keluarga Fatnin memberi penghargaan kepada kami untuk memilih anak untuk anak mereka.
Nama yang diberi adalah Nur Fatnin Zinnirah binti Zulkifli.
Nur- cahaya
Fatnin- yang bijak
Zinnirah- cahaya yang dikembalikan.

Fatnin dilahirkan pada 10may 2012. Maksudnya Fatnin lahir awal 2bulan dari Fattah.Saja sy berikan nama yang dekat bunyinya dgn nama Fattah,ala2 kembar gitu.hehe. Selepas sy bersalin, sy mula untuk memberi susu kpd Fatnin. Kebetulan pada masa tersebut Fatnin memang reject botol,jadi sy terpaksa bg direct kepadanya. Cuma untuk cukupkan syarat 5x kenyang je. Ibu Fatnin memang jenis yg banyak susu. Memang cabaran untuk sy direct feeding Fatnin sebab Fattah yg pada masa tu berumur sebulan sangat kerap menyusu,jadi sy tak ada peluang untuk menyusukan Fatnin. Tapi dapat jugak la sy susukan direct sebyk 2x. Bila Fatnin dah pandai isap botol,sy bg botol je n cukupkan syarat 5x kenyang. Kini sy mempunyai 3orang ank lelaki n seorang anak perempuan.hehe. Dapatla lepaskan gian nak beli baju baby girl. Hehe.

Ni la gambar fatnin semasa baru dilahirkan dan latest berumur 6bulan. Berat Fatnin pun ringan je, 6bulan 6kg.(saya syak Fatnin tak dapat hindmilk sbb menyusu sekejap je dah stop sdgkan susu ibunya banyak n tidak pernah dipam. Saya pernah terangkan kepentingan hindmilk,tapi mungkin ibunya tak berapa faham). Fatnin ni ringan montot,baru 6bln dah nampak tanda nak merangkak.

Itu saja la kisah anak dara saya.



Halangan kenapa saya tak dapat fully bf Qayyuum semula

1)halangan utama pastinya sebab demand susu Qayyuum yg tinggi tetapi Qayyuum dah tak direct lagi.
2)kadang2 stok susu cukup untuk Qayyuum sebab sekarang saya dapat bagi 5-6botol x6oz sehari, tapi
-bila tengah malam kalau dia bangun nak susu,tak sempat sy nak panaskn (tapi biasa Qayyuum tak bangun malam)
-kalau pergi berjalan memang sy sediakan fm je.kalau ebm nanti kena panas2kn semua.
-bila balik jb n Qayyuum dijaga oleh ayah atau adik2 sy.kalau dgn adik2,mmg diorg tau cara nak handle ebm sy.

Buat masa ni secara purata sy dapat mengepam 35-45oz.sy akan mengepam sbyk 3-4kali sehari. Sejak Fattah masuk umur 3bulan,sy berazam memberi lebih banyak hindmilk untuk meningkatkan berat bdnnya memandangkan sekarang Fattah tidak lah kerap menyusu seperti sebelum ni kerana dia mula pandai bermain. Selain tu,sy cuba mengubah teknik mengepam saya,dgn mengepam 15min.rest 5min n pam lagi 10min.dgn cara itu,sy akan mendapat lebih susu,dalam 3-4oz setiap sesi. Selain itu,cara tersebut juga pada saya dapat membantu sy mengosongkan breast dgn lbh efisyen dan menghantar signal ke otak yg sy memerlukan lbh byk susu. Sy akui sy tak dapat buat power pumping dgn kerap,sebab biasanya sy tak sempat buat power pumping sampai cukup sejam kerana Fattah kdg2 menangis.

Gambar dibawah menunjukkan stok ebm sy sy biasa dapat dlm sehari


Thursday, November 1, 2012

Didikan Al-Quran sejak bayi

Dipetik dari Islamic Parenting
Network.

Alangkah baiknya jika pendengaran bayi
disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat
Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana
bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura
bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari
bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai
bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan
melekat dalam otak mereka. Menjadikan
mereka senang untuk melagukannya bila agak
besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak
yang akan diingat hingga mereka dewasa.
Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya
dan secara automatik, susu yang di
hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al
Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep
letak air ketika kita membaca Yassin. Air
Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang
kerasukkan histeria dan lain-lain.
Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang
didedahkan dengan kata kata yang elok atau
ayat Al-Quran mempunyai susunan molekul
yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan
susu badan kita jika kita sendiri mendengar
ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan
kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya,
malah susu badan kita tersebut penuh dengan
khasiat kerohanian yang akan menjadi darah
daging anak kita. Jadilah anak ini secara
semulajadinya suka akan Al-Quran.
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita
hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan
iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah
sampai kerumah, ibu berpantang di bilik
bersama bayi sambil melihat cerekarama/
telenovela tidak kurang juga drama korea dan
pelbagai rancangan lagi yang dihiburkan
kepada kita setiap hari.
Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan
salahkan mereka jika bila dewasa mereka
menyerap apa yang telah diperdengarkan
kepada mereka sedari bayi. Pendedahan
semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak
seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan
dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila
mereka dewasa nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...